"Aku tak nak tanya kau okay ke tak. Aku tak suka tanya soalan bodoh. Aku cuma nak cakap. Kau nampak bodoh lah menangis dekat sini. Pergilah balik. Nah." Dia selamba melemparkan kata kata begitu tanpa menghiraukan perasaan aku. Dia kembalikan surat Hadham kepada aku. Aku masih tidak berganjak.
"Kau nak aku seret kau balik ke?" Soalan itu dibiar sepi. Aku masih tak ada hati nak berkomunikasi dengan dia. sikap selamba dia tu lah yang buat aku menyampah dengan dia.
Dia serta merta memapah aku dan melangkah laju. Aku meronta ronta diminta untuk dilepaskan. Baru beberapa langkah aku terjatuh daripada dukungan dia akibat aku meronta.
Aku menangis lagi. Tiba tiba kilat memancar dan petir sabung menyabung menghamburkan kemarahan. Persis kemarahan yang meledak dalam hati aku tika ini.
Hujan mula turun. Semakin lama semakin lebat. Dan aku masih juga tidak berganjak. Aku masih menangis. Dia juga kekal begitu. Kekal seperti tadi.
Dia memapah aku bangun dan berjalan kekediaman aku dengan pantas. Dia menghantar aku pulang malam itu. Aku tidak melawan pula kali ini. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab hujan dan aku takut nak demam. Esok ada kelas penting. Aku tak boleh tak hadir.
Setelah 10 minit meredah hujan, kami tiba dihadapan rumah aku. Dia menghadapkan aku dihadapan tubuh badannya. Dia sedar aku menggigil kesejukan. Dia membuka kot labuhnya dan menutupi tubuh badan aku.
"Tiaa..masuklah..dah malam ni. pergi mandi. nanti kau demam." Dia merenung aku kembali. tapi tak lama. Dia segera meminta pamit dan pergi.
Langkahnya perlahan. Tetapi semakin lama semakin hilang dari pandangan aku. Ya Allah, Imran..aku rindu kau sangat. Walaupun kau jauh, kau tak selalu ada dengan aku. Kau tetap nak jaga aku. Sungguh. Aku nak tau apa yang kau rasa Imran. Aku nak tau.
Jujur Imran. Aku rindu kau. Setiap saat. sejak kau tinggalkan aku. Aku rindu kau. Tak pernah lekang. Tak pernah hilang.
***
3016"Tiaa.." Aku tidak menoleh kearah pemilik suara itu. Aku terus memandang padang yang terbentang luas dihadapan aku. Mata aku langsung tidak berkelip. Tenangnya. Damainya. Aku sukakan rasa ini.
Ada seseorang mengambil tempat duduk disebelah aku. Aku masih tidak menoleh. Aku tidak toleh pun, bau minyak wangi itu sudah cukup buat aku kenal siapakah gerangan itu.
Ryan Imran. Aku tak terkejut pun dia datang kesini. Dia memang patut pun kesini.
"Kau tak balik lagi?" Kertas terakhir PPA baru sahaja tamat tadi. Semua pelajar sudah pulang meraikan kemerdekaan bagi kami pelajar akhir sekolah menengah ini. Tetapi tidak aku. Aku masih berada disini. BUkan kerana aku akan rindukan sekolah ini. tapi aku akan rindukan kenangan aku dengan Imran. Imran duduk jauh dari sini. Jadi lepas ni mesti susah nak jumpa dia.
"Aku nak duduk sini. Biar aku tak lupa apa apa yang buat hari hari aku indah je sentiasa." Ada air mata yang mengalir dipipi aku. Aku tak tau kenapa aku tiba tiba sebak. Tapi yang pasti aku tak mahu tinggalkan sekolah ini. Senang cerita kenangan ni lah.
"Tadi aku jumpa Kaiwa. Aku pernah cakap kan dekat kau pasal dia. Aku luahkan perasaan aku dekat dia tadi." Hati aku serta merta dipanah petir. Apa? Ternyata apa yang dia ceritakan pasal Kaiwa Ridaula selama ni itu benar. Dia benar benar sayangkan Kaiwa.
"Apa dia jawab?" Soalan tak semenggah. Aku sedih dengan kenyataan itu. Ya Allah, dia tak tau ke perasaan aku pada dia selama ni? Dia lebih memilih Kaiwa berbanding aku?
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...