Bab 23

43 3 0
                                    

Pintu bilik Johar dikuak perlahan. Kelihatan seorang pesakit yang bertubuh tinggi dan agak langsing memasuki bilik yang khas disediakan untuk Johar sebagai doktor pakar.

"Assalamualaikum cik, sila duduk sini."

Dia mengambil tempat disebelah meja kerja Johar.

"Cik Larissa Raiha?"

"Saya."

"Sakit apa ye cik?"

"Entah lah, gastrik agaknya."

"Ouh, saya check cik dulu ya."

Larissa mengangguk membenarkan Johar untuk memeriksanya.

"Cik..?"

"Rissa."

"Cik Rissa datang dengan siapa?"

"Papa saya."

"Ouh dia tunggu di luar ke?"

"Ouh tak dia cari parking tadi, dia suruh saya masuk dulu, kejap lagi dia sampai."

"Okay, memang cik Risaa ada gastrik tapi tak teruk sangat. Cuma saya nasihatkan cik Rissa perlu jaga pemakanan, dan cik Rissa sedang diet ke?"

"Mestilah, kalau tak macam mana nak dapat badan macam ni."

"okay nasihat saya buat masa ni Cik Rissa perlu kurangkan diet. Cik Rissa perlu mengambil makanan yang seimbang secukupnya. Saya rasa cik Rissa ni makan tak ikut masa yang tetap bukan?"

"Maaflah, saya student, jadi masa makan saya memang susah untuk tetap."

"Kalau cik Rissa sayangkan kesihatan Cik baik cik dengar nasihat saya."

"Doktor ada bagi ubat tak?"

"Ada, saya akan bekalkan ubat gastrik dan tahan sakit untuk cik. Tapi makan bila perlu sahaja. Ubat ni ada side effect jadi nasihat saya kalau cik tak nak makan ubat ni, lebih baik cik dengar nasihat saya."

Sedang Johar memberi keterangan sepenuhnya pada Larissa, pintu bilik Johar dibuka. Ada sekujur tubuh disebalik pintu itu. Johar terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"Abah?"

***

Johar menyedut fresh orange yang dipesannya sedari tadi. Dia langsung tidak memandang wajah Encik Qayyum dihadapannnya.

"Dah berapa lama abah tipu kita orang?"

"Rissa sekarang dah 22, dia jadi anak abah sejak umur dia lima tahun."

Johar membisu. Tak tau nak kata apa. Lebih kurang 17 tahun abah tipu kami sekeluarga. Kiranya masa ni Waffiy tengah dalam kandungan, dan abah buat keputusan untuk kahwin lain. And selama itu juga, kami langsung tak tau apa apa.

"Har tak tau nak cakap apa lagi. Tak sangka pulak Har abah buat kita orang macam ni."

"Mak Fahimah kamu tu suami dia meninggal masa Rissa umur lima tahun, suami dia tu kawan baik abah, jadi abah tak ada pilihan, sebab kawan baik abah suruh jaga dia bla bla bla bla.."

"Apa pun alasannya, bukan boleh semudah tu abah curang dengan umi."

"Abah sayang umi Har, kalau abah tak sayang, abah dah lama keluar dari rumah tu."

Keadaan kembali senyap seketika. Aku malas mahu membalas kata kata abah.

"Cakap lah Har sorang je yang tahu abah kahwin lain?"

"Har jangan bagitau sesiapa ye?"

Jangan bagitau sesiapa? Ahhhh aku nak bagitau umi. Tapi aku kesiankan umi. Takpe lah selagi umi tak tanya apa apa pasal abah, aku diamkan je lah. Kesian pulak abah. Kesian abah? Bolehlah sikit tapi bila teringatkan dia curang pada umi, pada kami semua, haihh..

"tengok lah macam mana nanti. Selain Rissa, siapa lagi anak abah?"

"Bos Tiara, Hazmizi Iskandar."

"Dua orang je?"

"Ryan Imran."

"Hari tu abah balik dengan bau arak segala tu kenapa sebenarnya?"

"Abah teman Rissa pergi kelab malam, lepas tu ada lelaki kacau dia, abah bertumbuk dengan dia."

"Habis tu, kenapa balik rumah kita orang?"

"Abah tak tau Rissa pergi mana masa tu, abah berjalan keluar, ada orang teksi tolong abah, dia nampak ic abah, dia terus hantar abah ikut alamat dalam tu."

"Abah nak cepat ni, hari ni Imran kahwin, abah datang sekejap hantar Rissa tu tiba tiba pulak kena gastrik. Malam ni abah tak balik ya, "

Johar sekadar mengangguk membenarkan Encik Qayyum beredar.

"Har tak ikut sekali?"

"Har tak cuti bah, lunch hour pun dah nak habis, tak sempat kalau nak pergi"

"iyalah, abah pergi dulu ye Har. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Encik Qayyum bangun dari duduknya dan keluar daripada restoran itu. Johar menghantar pemergian abahnya dengan pandangan kosong.

"Apa aku nak buat sekarang?"

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now