Penerbangan oleh Boeing MY 67-BT0091 daripada Sydney, Australia kembali ke Malaysia telah disahkan terhempas di Tanami, Australia. Jadual penerbangan yang dijangka tiba pada 11.16 malam (waktu Malaysia) tidak tiba pada waktu yang ditetapkan. Radar telah mengesan bahawa kapal terbang itu telah terhempas di Tanami pada pukul malam (waktu Malaysia). Seramai 278 penumpang kapal terbang itu telah terkorban termasuk seorang juruterbang dan dua orang pembantu juruterbang serta 12 orang crew penerbangan tersebut. Seramai 215 penumpang berasal daripada Malaysia, 7 orang daripada Singapura........ Mayat mangsa yang terlibat dalam nahas itu telah dibawa pulang ke Malaysia malam semalam. Diminta semua ahli keluarga diminta tampil untuk mengenal pasti mangsa penumpang kapal terbang tersebut...
Puan Yaraha tergamam di sofa tempat duduknya. Dia tidak menyangka, anaknya adalah salah seorang daripada penumpang-penumpang nahas kapal terbang itu.
Ya Allah anak aku. Puan Yaraha menangis semahunya. Waffiy mendengar tangisannya Puan Yaraha. Dia menuruni anak tangga dengan perlahan.
Apabila tiba di ruang tamu itu, dia mengambil tempat di sebelah uminya dan memelum erat Puan Yaraha.
"Abang kau fiy.."
"Waffiy tau umi.. Sabarlah Umi.."
Serentak dengan itu aku melangkah masuk kedalam rumah. Sebaik sahaja aku membuka pintu, aku terlihat Waafiy dan umi sedang duduk melihat berita yang disiarkan di kaca televisyen itu.
Aku terus melangkah laju jauh daripada mereka.
"Duduk sini Tia. Dengar berita pasal abang Tia ni."
"Tak nak. Han balik tak lama lagi. Tia akan tunggu. Berita tu tipu."
Aku melangkah laju menaiki anak tangga. Puan Yaraha terkesima melihat tindakan anak perempuannya.
"Kesian Tia. Reihan. Balik lah nak. Umi kesian tengok Tia. Reihan tak kesian ke dekat Tia? Dekat umi?"
***
Aku menghempas pintu bilik aku. Kuat. Aku mencampakkan beg tangan aku di atas katil.
Serentak dengan itu air mata aku mengalir laju. Aku menuju ke bilik air. Aku membersihkan diri dan mengambil wudhuk.
Aku mengangkat takbir menunaikan solat isyak dan solat sunat hajat. Aku berdoa agar Reihan selamat walau dimanapun dia berada.
Aku membuka telefon bimbit aku. Mesej yang aku hantar kepada Reihan tidak dijawab. Sudah dua hari aku menelefon dan menghantar mesej. Dia langsung tidak menjawabnya.
Aku membuka televisyen. Aku mengalih siaran televisyen itu kepada berita terkini. Walaupun dah tengah malam, stesen penyiaran tetap ada lagi lagi berita terkini. Berita terkini akan disiarkan setiap dua jam sekali.
Tak ada berita yang menyiarkan berita nahas kemalangan kapal terbang itu. Aku membuka bahagian rakaman. Periksa, mana tau ada berita yang disiarkan tentang kemalangan tersebut.
Jumpa.
Nasib baik. Aku menekan punat pada alat kawalan jauh.
.......kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak Malaysia Youth Airlines petang tadi. Berikut adalah senarai nama penumpang dari Malaysia yang telah terkorban dalam nahas kapal terbang tersebut.
Aira Wahida
.......
.......
.......
....... Bla bla bla
.......Selepas 158 nama...
YOU ARE READING
Pelangi Untuk Qaula
RomanceQaula Tiara. Hidupnya ni umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Bala demi bala menimpa. Mula mula lah tabah, lama lama kecundang. Biasalah, hati manusia mana yang mudah untuk tetap kental. Dia sering menyalahkan takdir dan akhirnya dia membuat keputusan...