Bab 15

32 3 0
                                    

"Eh papa, papa buat apa dekat sini."

Hazmizi Iskandar menghampiri Encik Qayyum yang baru sahaja memasuki ruang pejabatnya.

"Papa saja datang tengok anak papa, kebetulan papa ada kerja dekat dekat sini."

"Duduk pa, Mizi suruh Hiana buat air sekejap untuk papa."

Encik Qayyum mengambil tempat di sofa pejabat anaknya itu.

"Mizi marah papa ke?"

Hazmizi terdiam seketika.

"Papa mintak maaf okay, papa bukan tak nak bagi tau Mizi tapi ye lah papa tak nak timbulkan masalah dalam keluarga kita. Papa sayang Mizi macam anak sendiri, jadi papa harap Mizi boleh faham papa."

Hazmizi sekadar mengangguk mengiakan kata-kata Encik Qayyum.

"Tapi macam mana Mizi nak berhadapan dengan Tiara tu? Susah lah pa."

"Tak apa, Mizi pun kan bukannya selalu jumpa dia pun. Mizi sibukkan je diri dengan urusan Mizi. Okay?"

"Ermm ye lah."

"Eh Tiara masuk pukul berapa? Papa gerak dulu lah takut terserempak dengan dia pulak nanti."

"Tak pelah pa, pekerja disini masuk kerja memang pukul 9. Satu jam lagi. Takkannya dia nak datang awal."

"Mizi dah breakfast?"

"Belum pa, jom pa, lama tak makan dengan papa."

Encik Qayyum bangun dari sofa dan melangkah keluar dari pejabat bersama Hazmizi.

***

Aku tiba di pejabat tepat pukul 8.30 pagi. Tak ada lah awal sangat, boleh lah. Biasalah baru masuk kerja, tengok lah nanti. Agaknya selagi belum pukul 8.50 pagi, aku tak akan keluar daripada rumah agaknya.

Jarak office dengan rumah aku bukannya jauh sangat. Yang tak laratnya sebenarnya nak tempuh jam je. Kalau diikutkan lima minit pun dah boleh sampai. Kalau bawak laju lah.

Aku keluar daripada perut kereta dan menuju ke pintu utama pejabat itu. Aku mencari-cari, mana pulak tag nama aku ni. Jangan cakap tak bawak. Tak leh masuk pulak nanti pejabat.

Banggg!!

Aku terlanggar dengan seseorang diruang legar pejabat itu.

"Abah?"

Ternyata abah terkejut melihat aku berada dihadapannya.

"Abah buat apa dekat sini?"

Abah terdiam sebentar. Kenapa abah ni?

"Abah...aa..abahh ni hah ni partner abah untuk ada satu projek yang abah tengah selesaikan."

"Partner dengan CFO syarikat ni? Bidang kerja abah bukannya dengan syarikat lain ke. Apa kena mengena dengan CFO syarikat ni?"

"Eh abah ada buat projek lain, kau budak budak bukan tau apa."

"Jadi abah nak pergi mana ni?"

Abah terdiam lagi. Apa yang abah sorokkan ni sebenarnya. Hati aku tak sedap betul.

"Kami nak pergi lun...."

"Tak kami ada kerja luar nak selesaikan. Okay lah abah pergi dulu. Hari ni abah balik okay. Jumpa dekat rumah. Bye sayang."

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now