Bab 12

33 3 0
                                    

Bunyi kicauan burung disebalik tingkap mengejutkan lenaku. Ahhh aku nak tidur pun tak senang. Aku melihat jam didinding. Lagi satu jam ada temuduga kerja.

Aku menerima tawaran kerja tempoh hari sebagai juruaudit dekat sebuah kilang kasut jenama Gouyer. Aku mesti dapatkan kerja ini. Bukan senang nak dapat tawaran kerja juruaudit pada era sekarang ni. Banyak sangat persaingan membuatkan aku sendiri pening kepala nak cari kerja. Nasib baik murah rezeki aku.

Sehabis sahaja membersihkan diri, aku menuju ke almari pakaian. Rasa macam nak pakai baju kurung lah hari ni. Aku mencapai baju kurung berwarna biru bercorak bunga putih yang kecil. Aku padankan dengan selendang berwarna putih.

Ringkas. Cantik.

Aku mengenakan sedikit bedak dan pelembab bibir sahaja. Cukuplah.

Aku terus mencapai beg tangan aku dan menuju ke ruang dapur.

Kelihatan umi sedang sibuk mengemaskan dapur.

"Mana yang lain umi."

Soalan aku mengejutkan umi yang sedang membasuh pinggan.

"Biasalah, along dah pergi kerja, si Han tu pergi Kl hari ni, Afiy tu tidur lagi."

"Abah?"

Soalan aku membuatkan umi terdiam seketika.

"Abah tak balik Tia sejak semalam. Umi call kata oustation."

Terpancar riak wajah sedih umi. Apa sebenarnya terjadi pada abah. Macam ada sesuatu yang dia sorokkan daripada kami sekeluarga.

"Haih abah tu perdana menteri ke? Asyik oustation aje."

Ternyata respon aku langsung tidak dibalas oleh umi. Umi sekadar tersenyum tawar dan menyambung kembali tugasnya.

"Tia nak pergi mana ni lawa lawa?"

"Alah umi ni, kan Tia dah cakap semalam Tia ada interview kerja dekat Gouyer tu. Nak pergi lah ni."

"Tia nak naik apa?"

Eh haah lah. Lupa aku tak ada kereta. Biasanya aku guna kereta Reihan. tapi dia dah bawa pula. Aduh. Kena naik teksi lah ni jawabnya. Ni yang malas ni.

"Teksi lah kot, nanti Tia call."

Umi sekadar mengangguk dan hilang kebelakang. Basuh baju lah agaknya. Aku terus menjenguk umi ditempat membasuh baju.

"Umi. Tia pergi dulu lah. Dah lambat ni."

"Ye lah. Baik baik naik teksi tu. Orang sekarang ni bukan boleh percaya."

Aku bersalaman dengan umi dan aku melangkah keluar daripada rumah.

Ni yang aku malas kalau nak naik naik teksi ni.

Aku mengambil telefon bimbitku dan mendail nombor Reihan.

"Han, kau dah dekat KL ke?"

"Tak lah, aku dekat JB lagi ni. Kenapa?"

"Jauh tak dari rumah?"

"Sepuluh minit lah."

"Amek aku kejap boleh tak? Aku nak gi interview ni takde teksi pulak."

"Okey 10 minit"

Talian terus dimatikan. Aku menunggu dihadapan rumah.

Sepuluh minit telah pun berlalu..

Kelibat Reihan sudah datang dari jauh. Wertty Sport dia tu dari jauh sudah mengaum kuat.

"Masuk."

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now