Bab 29

36 3 0
                                    

Mata aku terbuka. Aku dimana ni?

Semuanya putih. Kosong. Tak ada apa apa. Tempat apa ni.

"Tolongggg!"

Aku menjerit meminta pertolongan. Tiada siapa. Hanya aku bersama gema suara yang aku cipta.

Seseorang sedang menghampiri aku. Seorang lelaki yang bertubuh tinggi lampai dan tegap. Gaya langkahnya membuatkan aku cukup kenal siapa pemiliknya.

Reihan.

Dia berjalan perlahan menghampiri aku. Aku berdiri tegak sahaja disitu. Aku tidak berganjak. Aku juga tidak berlari mengejarnya. Aku tak tahu kenapa. Kaki ini seakan tidak boleh mengorak langkah.

Semakin lama semakin dekat dia dengan aku. Dia berada satu langkah sahaja berhadapan dengan aku. Dia memandang aku.

"Han,what is this place?"

Soalan pertama aku tidak dijawab. Dia sekadar tersenyum. Dia mencapai kedua belah tangan aku.

"Ill go"

"Where?"

"Its time. I should go"

"Where are you going?

"Please take care of umi."

"Please, jangan pergi. Jangan tinggalkan Tia."

"Han pergi tak jauh, walau dimanapun Tia, Han akan sentiasa ada dekat dengan Tia"

"Please dont go. Im begging you. You have promised not to leave me so please keep it."

"Han kena pergi Tia, Sorry."

"No, Han jahat. Han dah janji kan."

Aku memukul dadanya berulang kali.

"Tia akan ikut Han nanti."

Aku berhenti memukulnya. Aku memandangnya dengan riak wajah yang penuh dengan curiga. Apa Han cakap ni.

"Bila?"

"Bila tiba masanya Tia. Bila tiba masanya. Han tunggu Tia nanti okay."

Reihan melangkah pergi meninggalkan aku. Semakin lama semakin jauh.

Aku tidak berdaya untuk mengejar dia.

Tenenet tenenet tenenet tenenet!

Bunyi jam loceng buat aku terjaga. Lah mimpi rupanya.

Aku melihat jam loceng yang berbunyi. Pukul 6.00 pagi. Haih mengantuk lagi lahh.

Aku menguap sepuas tidak. Malam tadi dah lah tidur lambat. Aku bangun juga dari katil dan menuju kebilik air.

Aku membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk solat subuh.

Hari ni nak pakai baju apa eak?

Aku membuka almari pakaian aku. Aku mencapai blazer warna kelabu dan padankan dengan selua slack hitam. Boleh lah.

Aku mengenakan tudung bawal crepe berwarna hitam dan sedikit makeup pada muka.

Jam menunjukkan pukul tujuh pagi apabila aku sudah menyiapkan diri untuk ke tempat kerja.

Aku menuju ke dapur. Kosong je. Tak ada sarapan pulak tu. Aik pelik? Umi mana pernah tak masak sarapan. Dah pukul tujuh biasanya umi dah sediakan sarapan.

Nampaknya kena beli dekat luar lah ni. Hari ni aku kena masuk kerja awal, sebab banyak kerja dekat pejabat tertangguh disebabkan aku minta cuti selama tiga hari.

Aku melangkah keluar dari pintu utama. Kereta umi ada je. Takkan lah umi tidur lagi. Umi tak pernah lah tidur time time gini.

Peliknya. Takpe lah nanti dah sampai pejabat aku call je lah. Kena cepat ni nak cari sarapan lagi.

Pelangi Untuk QaulaWhere stories live. Discover now