Bab 1

595 17 1
                                    

Pada waktu malam

12.12.2014

11:30 p.m.

Aisyah sedang memandu kereta manakala Nisa hanya duduk di sebelah Aisyah. Sedang mendengar lagu di radio dan tanpa kami sedari, ada sebuah kereta mengekori kami berdua.

Aisyah mula tersedar bahawa ada kereta berwarna hitam berjenama Perdana sedang mengekori mereka berdua. Lalu, Aisyah yang berasa takut akan situasi ini terus menegur Nisa.

"Nisa, cuba kau perhatikan kereta kat belakang kita tu. Aku rasa diorang tengah mengekori kita berdua" tanya Aisyah dalam keadaan takut.

Lalu Nisa pun tengok kereta yang dikatakan Aisyah melalui kereta cermin sisi kiri.

"Ye lah we. Aku rasa diorang ni nak rompak kita or diorang nak rogol kita. Pemandu dia pun macam lelaki je. Ada seorang lagi yang duduk disebelah pemandu." jawab Nisa yang terlalu takut dengan situasi

"Apa kita nak buat ni? Aku takut" jawab Aisyah sambil memandang Nisa dan pandang ke hadapan semula. Aisyah teramat lah takut akan situasi ini.

"Takpe, aku ada. Apa kata kau pandu laju-laju. Kalau diorang tu nak memotong kita, kau halang diorang" cadangan Nisa sambil memegang tangan Aisyah. Aisyah mengangguk dan menerima cadangan Nisa.

Nisa melihat kereta yang berada di belakang. Dan dia terkejut bahawa apa yang dikatakannya adalah benar. Kereta perdana itu ingin memotong kereta mereka.

"Aisyah cepat halang kereta tu daripada memotong kita" arah Nisa. Lalu Aisyah mengikut arahan Nisa.

Tanpa Aisyah memandang ke hadapan dan asyik toleh kepalanya ke belakang, ada cahaya terang menerangi mata mereka berdua.

Apabila tersedar akan cahaya itu, Nisa memandang ke hadapan. Mata dia membulat besar.

"Aisyah, AWAS!!" Mendengar saja jeritan Nisa, Aisyah memandang ke hadapan. Dia tidak sempat nak mengelak dan...

BUUUKKK!!!!!!

Kereta mereka berdua bertembung dengan sebuah lori yang membawa kayu balak. Dan secara tidak sengaja, Aisyah terpelanting ke luar kereta manakala Nisa hanya di dalam kereta.

Kereta mereka berdua berada di tempat highway yang penuh dengan kesesakan lalu lintas disebabkan kemalangan diantara Nisa, Aisyah dan pemandu lori itu. Lalu, pengguna jalan raya pun keluar dari kereta mereka dan berpusu-pusu menuju ke kereta mereka berdua.

Nisa yang tersedar itu terus menoleh ke tempat pemandu. 'Mana Aisyah' desis hati Nisa. Dengan kudrat yang ada, Nisa pun keluar dari kereta dan mencari kelibat Aisyah.

Nisa terasa berat pada kepalanya terus tidak dapat mengimbangkan badannya dan terus pengsan. Tanpa Nisa menyedari, air matanya keluar.

"Aisyah!!!!" Sayu suara Nisa. Sebelum pengsan, dia sempat mendengar suara pengguna-pengguna jalan raya.

"Sesiapa call ambulans!!!" jerit seorang lelaki. Dan Nisa terus pengsan disamping mengeluarkan air matanya..

To be continue...

Di mana Aisyah? Adakah dia selamat? Or dia memang tidak boleh diselamatkan?

[C] N I S A Where stories live. Discover now