Sampai saja di hadapan pintu rumah, Nisa mengambil kunci rumah di dalam beg sandangnya dan terus memasukkan kunci ke dalam lubang kunci (entahlah). Lalu pintu itu dibuka dari luar dan Nisa mula memasuki rumahnya.
"Baru balik?" Soal Seseorang. Nisa terkejut. Yelah rumah dia dalam keadaan gelap gelita.
"Siapa tu? Kalau tak aku kick kau. Kau ingat aku takut dengan kau." Kata Nisa bongkak. Lalu 'seseorang' itu membuka lampu di ruang tamu. Nisa melihat gerangan itu. Nisa berasa lega apabila orang yang bercakap dengannya adalah Rifa.
"Ishh kau ni Rifa. Terkejut aku. Aku ingatkan perompak lah tadi. Ataupun hantu" mengejek Nisa.
"Hehehe..sorry buat kau terkejut. Asal kau lambat balik? Kau dating dengan Haziq eaah" kata Rifa dengan jari telunjuknya menunjuk ke arah Nisa.
"Excuse me! He's not my type okay" kata Nisa dengan bongkak."Nape kau je yang tak dating dengan Haziq? Kau kan suka dia" sambungnya lagi.
Rifa memang menyukai Haziq sejak Nisa mengenalkan dirinya dengan Haziq. Rifa teringin mahu meluahkan perasaannya pada Haziq. Tapi dia takut bahawa dia akan bertepuk sebelah tangan.
"Memang lah aku suka dia. Tapi aku takut bila aku bagitau perasaan aku kat dia, aku akan bertepuk sebelah tangan" sayu Rifa. Nisa mula rasa kasihan bila mendengar akan sayuan Rifa itu.
"Aku akan tolong kau dapatkan Haziq" semangat Nisa yang ingin menolong Rifa untuk mendapatkan Haziq.
"Betul ke ni?" Kata Rifa dengan semangat.
"Yeah. Nanti aku aturkan dating korang berdua ye" lepas mendengar arahan Nisa tu, Rifa mula tersenyum sampai ke telinga.
"Thanks Nisa. Kau lah bestfriend aku till jannah" lalu Rifa mula memeluk Nisa begitu juga dengan Nisa yang membalas pelukan Rifa.
________________________
8:00 a.m.
Nisa yang baru lepas mengemas rumahnya terus pergi ke dapur untuk membuat sarapan. Rifa pula duduk terperap dalam bilik. Entah apa entah yang dia buat.
Nisa yang sudah menghidangkan mee goreng dan air teh terus memandang ke bilik tidur Rifa.
"Dia buat apa dalam bilik tu? Tidur ke dia? Selalunya dia tak biasa bangun lambat. Paling lambat pun pukul 10 pagi baru dia bangun." bebel Nisa seorang. "Bukan nak tolong aku pun" sambungnya.
Akhirnya Rifa keluar dari bilik tidurnya. Nisa tengok muka Rifa dalam keadaan yang menggelikan. Yelah ada sisa tahi mata. Dan yang paling menjijikkan bagi Nisa adalah air liur basi meleleh keluar dari mulut Rifa.
"Kau usya apa Nisa?" Soal Rifa dalam keadaan mamai. Nisa yang ingin bersuara tidak kesampaian apabila melihat muka Rifa yang menggelikan. Tapi dia terpaksa bersuara.
"Kau pergi basuh muka kau. Geli aku tengok muka kau tu. Dah lah ada tahi mata, lepas tu ada air liur basi. Eeeee!" Arah Nisa yang mula mengigilkan badanya. Eeyuuk!!
Rifa yang masih dalam keadaan mamai terus membulatkan matanya apabila Nisa memberitahunya bahawa dia ada air liur basi. Serta merta dia menekup mulutnya dengan rasa malu. Lalu dia menuju ke sinki dapur untuk menyegarkan mukanya. Selepas membasuh mukanya, Rifa terus menuju ke meja makan.
"Wahh! Sedapnya Bau. Pandai lah kau masak" puji Rifa yang tiba di meja makan. Lalu dia duduk di atas kerusi sambil melihat mee goreng yang oleh mengiurkannya.
"Alaa..biasa lah tu. Lagipun aku tahu masak makanan goreng dan makanan dalam tin je. Kalau makanan berkuah aku kena belajar lagi lah" kata Nisa jujur. Nisa memang tahu masak makanan goreng daripada makanan berkuah.
"Hmmm. Cedokkan mee goreng tu untuk aku please." Pinta Rifa dengan puppy eyes dan mulut muncung itiknya.
"Nasib baik kau comel, kalau kau tak comel, memang tak lah aku nak tolong cedokkan mee goreng ni untuk kau" balas Nisa. Lalu dia mengambil pinggan di sebelah kirinya dan menceduk mee goreng di atas pinggan. Lalu dia memberi pinggan yang diisi mee goreng itu kepada Rifa.
"Thanks" ucap Rifa
"You're welcome" balas Nisa.
Lalu mereka pun bersarapan pagi hanya dengan mee goreng dan air teh yang disediakan oleh Nisa.
To be continued...
YOU ARE READING
[C] N I S A
Mystery / ThrillerSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...