Bab 41

142 9 0
                                    

|From: 011-xxxxxxxx|
I'm your ex boyfriend, Ahmad  😎
__________________________

Nisa terlepas iPhone 6nya di atas lantai. Dia terkejut bahawa bekas teman lelakinya telahpun kembali. Farish yang melihat Nisa terkejut plus iPhone 6 Nisa terjatuh segera menegur Nisa.

"Nisa, kenapa ni? Awak ok tak?" Soal Farish dalam keadaan risau akan Nisa dan dia mula membongkok ingin mengambil iPhone 6 Nisa yang terjatuh di atas tanah.

Mata Nisa terbutang luas apabila Farish ingin mengambil telefon pintarnya. Nisa merampas telefon bimbitnya terlebih dahulu. Farish kerutkan dahinya melihat kelakuan Nisa yang seperti dalam ketakutan.

"Nisa, are you okay?" Nisa hanya menganggukkan kepala dan memberikan senyum yang kelat pada Farish.

"Saya nak balik rumah dulu" Nisa bangkit dari tempat duduknya dan mula meninggalkan Farish yang terpinga-pinga dengan kelakuan Nisa.

"Mesti ada yang tak kena dengan Nisa" Omel Farish. Lalu Farish juga bangkit dari tempat duduknya dan meninggalkan taman.

|S    K    I    P|

Selesai sahaja menunaikan solat Maghrib, Nisa menanggalkan telekung dan melipatnya dengan kemas dan juga sejadah. Hati Nisa berasa tenang seketika apabila fikiran dia asyik memikirkan tentang Ahmad.

Ding.. Dong..

Rumah Nisa bergema dengan bunyi loceng rumahnya. Lalu Nisa pergi ke pintu depan sebaik sahaja melipat telekung dan sejadah milikknya.

Sampai sahaja di pintu hadapan, Nisa mula memulas tombol pintu dan menarik pintu itu ke ke belakang. Nisa terlihat ada sebuah kotak bersaiz kotak kasut di hadapannya. Nisa merendahkan dirinya untuk mengambil kotak itu dan apabila dia membukanya..

AAARRGHH!!

Nisa terkejut apabila melihat isi dalam kotak itu lalu kedua-dua tapak tangannya terlepas dari pegangan kotak itu. Dalam kotak itu mempunyai bangkai ayam dengan percikan darah yang banyak dan segar. Nisa mengurut dadanya sambil mengucap sebagai mana yang boleh. Nisa ternampak ada kertas di atas lantai simen lalu dia mengambil surat itu. Nisa membuka kertas itu dan mula membaca.

Kepada Nisa yang aku akan hancurkan kau,

Aku kini kembali untuk menuntut bela atas apa yang kau dah buat pada abangku sampai meringkuk di penjara. Aku juga tidak akan berdiam diri sahaja. Aku tidak akan bagi kau kebahagiaan seperti mana yang aku rasakan.

Kalau kau bagitahu polis pasal benda ni, aku takkan teragak-agak nak bunuh kawan-kawan terdekat kau. Remember! I always see you!

[C] N I S A Where stories live. Discover now