Bab 42

136 6 0
                                    

"Kenapa dengan Nisa tu?" Soal Farish. Azrif pula hanya mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu. Azrif mengalihkan kepalanya ke arah Farish lalu bersuara "Farish, aku nak minta maaf sebab aku tumbuk kau masa tu" pinta Azrif.

Farish hanya memandang kosong pada Azrif. Dia juga perlu memaafkan Azrif kerana dia takut dosanya akan bertambah. Sudah 3 minggu dia dan Azrif tidak bertegur sapa. Bagi diri Farish, mungkin dia sudah mendapat dosa.

"Yelah. Aku dah maafkan kau. Lagipun salah aku juga sebab tinggikan suara dekat Nisa masa tu" Farish memberikan senyuman ikhlas buat Azrif. Azrif membalas senyuman Farish.

***********

Situasi Nisa pula...

Nisa menyandarkan dirinya di belakang pintu rumahnya dan terus duduk. Sempat lagi dia menangkap gelak ketawa Farish dan Azrif dari luar. Nisa tersenyum apabila dua jejaka itu sudahpun memaafkan diri mereka sendiri.

Tetapi senyumannya terus berubah 100% apabila teringatkan kotak yang baru dia terima. Hati Nisa bagaikan hampir luluh dan dirinya menyelubungi rasa takut.

"Aku kena buat solat istikharah" Nisa bangkit daripada duduk dan terus menuju ke biliknya dan membuat solat istikharah.

*************

Situasi Farish dan Azrif...

Mereka masih lagi di hadapan rumah Nisa dengan gelak ketawa mereka. Entah apa yang mereka cerita itu. Setelah gelak ketawa mereka berhenti, Farish memulakan perbualannya dengan Azrif.

"Azrif, kau tak rasa pelik ke dengan perangai Nisa tu?" soal Farish. Sejak kebelakangan ni Farish perasan yang perangai Nisa telah berubah.

"Pelik? Maksud kau?" soal Azrif balik sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Yelah. Tadikan aku nak tengok kotak tu, tapi dia macam tak nak bagi aku tengok. Aku rasakan mesti dia ada simpan sesuatu" Azrif setuju dengan apa yang Farish bicarakan. Azrif pun ada rasa ingin tahu apa isi dalam kotak tu. Mereka berdua pun berborak pasal 'kotak' itu.

S

K

I

P

Selepas membuat solat istikharah, Nisa menanggalkan telekungnya dan terus dilipat dengan kemas diikuti dengan sejadah miliknya. Lalu, diletaknya di tempat penyidai telekeung (?).

Nisa keluar dari biliknya lalu dia melangkah ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Duduk sahaja di atas sofa empuknya, Nisa mengambil alat kawalan jauh TV dan astro yang berada di atas meja dan menekan punat on/off serta menukar rancangan lain. Nisa tertarik dengan berita yang baru ditukarnya.

"SEORANG WANITA DALAM 20-AN DIJUMPAI MATI DALAM KEADAAN SEPARUH BOGEL. PIHAK POLIS SYAKI INI BERUNSUR KES ROGOL DAN BUNUH!"

Mata Nisa membulat apabila melihat wanita itu. "Itu bukan ke girlfriend Ahmad". Ya! Itu Sherry, teman wanita Ahmad.

"Tapi kenapa Sherry kena tu? Jangan-jangan..Ahmad tak yang buat dia macam tu" omel Nisa. Dia juga terfikir yang kemungkinan juga Ahmad yang merogol dan membunuh Sherry.

Tiitt~~tiitt~~

IPhone 6s Nisa bergetar. Nisa melihat ada mesej masuk pada telefonnya. Lalu, dia menekan aplikasi mesej itu untuk membaca mesej tersebut.

[C] N I S A Where stories live. Discover now