Bab 35

149 9 0
                                    

"AISYAH!!"

Nisa tersedar dari komanya setelah menyebut nama Aisyah. Farish dan Azrif terus memusingkan kepalanya selepas Nisa memanggil nama Aisyah.mereka berdua melangkah ke arah katil Nisa. Mereka berdua memandang Nisa dengan perasaan syukur.

Farish mula menekan butang 'call doktor' (?) Pada bawah katil Nisa. Farish dan Azrif tidak habis-habis mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana memakbulkan doa mereka. Doktor serta jururawat mula memasuki bilik wad Nisa setelah menerima panggilan butang(?) dari Farish.

"Encik Azrif dan Encik Farish sila tunggu di luar" arah jururawat kepada Azrif dan Farish. Farish dan Azrif hanya akur arahan dari jururawat.

*****

"Doktor, macam mana keadaan Nisa?" Farish menyoal Doktor Suhaimi sebaik sahaja membuat check terhadap Nisa.

"Alhamdulillah! dia semakin baik setelah sedar dari koma" Azrif dan Farish hanya mampu mengucap syukur ke hadrat ilahi.

"Boleh kami berdua masuk?" Soal Azrif.

"Boleh. Tapi jangan terlalu bising. Nanti pesakit bertambah tertekan pula" setelah mendengar arahan dri doktor Suhaimi, Azrif dan Farish mula memasuki bilik wad Nisa. Mereka berdua melihat Nisa sedang menyandarkan badannya ke belakang kepala katil.

"Nisa!!" Serentak mereka berdua menyebut nama Nisa. Nisa mula memusingkan kepalanya ke kanan melihat dua jejaka yang menyebut namanya. Lalu, Nisa mengukirkan senyuman manis walaupun dirinya masih lagi sakit.

"Ye ye saya saya" Nisa mengulangi ayat yang sama sebanyak dua kali. Farish dan Azrif bergelak ketawa apabila Nisa berkata sebegitu. "Dah beberapa lama saya tak sedarkan diri?" Soal Nisa.

"Dah dua bulan Nisa tak sedarkan diri" Nisa melihat Farish dan Azrif bersilih ganti (?) dengan pandangan sayu.

"Lama juga saya tak sedarkan diri. Hahahaha. Susah-susah awak berdua je jagakan saya" Nisa mula rasa bersalah pada Farish mahupun Azrif.

"Tak ada lah" nafi Azrif. Farish hanya mengangguk tanda setuju apa yang Azrif katakan. Nisa mengeluh panjang.

"Terima kasihlah kerana menjaga saya selama dua bulan. Saya hargai jasa abang Azrif dan awak Farish" ucap Nisa ikhlas sambil memberikan senyuman ikhlas buat Azrif dan Farish.

"Sama-sama!!" Mereka menjawab secara serentak. Nisa, Azrif dan Farish mula ketawa tanda keriangan (?).

*****

"Nisa, sanggup kau buat aku macam tu" Rifa terus berlari menuju ke katil Nisa dan terus memeluk sahabatnya dengan erat diikuti dengan Syukrina. Nisa membalas pelukan mereka berdua. Haziq hanya jadi pemerhati tatkala dia rasa bersyukur kerana sahabatnya telah sedar dari koma.

Nisa melepaskan pelukan diikuti Rifa dan Syukrina. Mereka berdua menangis tersedu-sedu. Nisa mengelapkan air mata Rifa dan Syukrina dengan kedua-dua ibu jarinya.

"Dah..dah lah tu nangis. Aku tak pergi lagi lah" Rifa dan Syukrina mula menangis begitu kuat sekali. 'Aku tersalah cakap ke?' Monolog hati Nisa. Nisa mengusap bahu Rifa dan Syukrina.

"Kau..jangan..buat..kitorang macam..ni..lagi..ok hiks..hiks..?" Kata Rifa dengan sisa air matanya yang masih ada lagi.

"Ok Rifa dan Syukrina yang aku sayangi di dunia dan di akhirat" Nisa memeluk Rifa dn Syukrina semula. Rifa dan Syukrina membalas pelukan dari Nisa. Rindu nak berpeluk dengan sahabatnya.

"Nak peluk juga" omel Haziq yang mahu melangkah ke arah mereka bertiga. Langkahnya terhenti apabila Azrif menarik tangan kanan Haziq manakala Farish pula menarik tangan kiri Haziq.

"Jangan nak mengada-ngada" tegas Azrif dan Farish serentak. Kenapa Azrif dan Farish ni asyik cakap secara serentak. Dah tiga kali kot. Haaih..

Rifa, Syukrina dan Nisa hanya ketawa melihat telatah tiga jejaka di hadapannya. Pn.Haeliza pula hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah anaknya. Lucu bila Nisa melihat Haziq memuncungkan mulutnya macam itik.

*****

Selepas sahabat-sahabat Nisa meninggalkannya untuk pergi ke kantin hospital, Nisa mula membuka telefon bimbitnya yang telah sekian lama dia tidak

1,345 whatsapp 

Gila!. Nisa terkejut apabila melihat mesej whatsapp (?) sebanyak itu. Mesti dari group Selangor ni. Nisa membuka aplikasi whatsapp itu dan melihat whatsapp. Dan yang paling banyak berchatting ialah dari group Selangorians sebanyak 1,310. Diikuti mesej dari Farish 15 whatsapp, Haziq sebanyak 10, Rifa 10 mesej dan Syukrina 10 mesej.

Nisa hanya meninggalkan bluetick pada kesemua whatsapp yang dia baca. Malas nak membalas whatsapp mereka semua. Nisa terus merebahkan dirinya pada katil dan dia hanya memandang kipas-kipas yang berpusing.

KLICK!

Nisa memusingkan kepalanya ke kanan apabila mendengar tombol pintu dipusing oleh seseorang.

"Assalamualaikum Nisa"

To be continued...

Selamat malam readers!

Pendekkan cerita ni? Author saja je nak pendekkan cerita. Btw, cerita ni pun dah nak sampai penghujungnya. Tapi tak tahu sampai bab mana. Author kena fikirkan jalan  ceritanya.

Author nak promote sikit. Author ada buat cerita baru yang bertajuk 'SINGER'. Sinopsis cerita baca dekat sana. Author malas nak taip 😝

Kalau readers suka dengan jalan cerita ni,  please press 'Vote' ☆

[C] N I S A Where stories live. Discover now