"Assalamualaikum Nisa" Pn.Haeliza memberi salam pada Nisa. Nisa memandang Pn.Haeliza pelik. 'Tak pernah pun dia beri salam pada aku' monolog hati Nisa.
"Wa..alaikumusalam mak cik" Nisa cuba untuk memberikan senyuman manis pada Pn.Haeliza walaupun dia tahu bahawa Pn.Haeliza membenci dia. Pn.Haeliza mengorak langkah menuju ke katil Nisa.
"Mak cik..sebenarnya nak minta maaf pada kamu..hiks..hiks" Pn.Haeliza terus melutut di hadapan Nisa. Nisa terkejut melihat kelakuan Pn.Haeliza melutut di hadapannya.
Nisa membangunkan dirinya dari katil dan berjalan ke arah Pn.Haeliza. Sampai saja di hadapan Pn.Haeliza, Nisa terus membangunkan Pn.Haeliza tetapi Pn.Haeliza masih lagi dengan posisi melutut.
"Mak..cik..dah lah..saya maafkan mak cik. Mak cik tak ada buat salah pun..dah bangun mak cik.." Luah Nisa. Pn.Haeliza mengangkat mukanya yang mula mengeluarkan air matanya (?) untuk melihat Nisa yang sudah memaafkannya. Pn.Haeliza menyesal kerana memulaukan (?) Nisa.
Pn.Haeliza bangkit dari melutut. Dia memandang Nisa dengan sayu. Menyesal dengan apa dia buat. Pn.Haeliza tidak menyukai Nisa kerana dia menyintai ayah Nisa, iaitu Tan Sri Muhammad Hafiz semasa zaman sekolah menengah. Namun, hubungan mereka berdua terpaksa berpisah disebabkan Tan Sri Muhammad Hafiz dipaksa berkahwin dengan pilihan ibu bapa Tan Sri Muhammad Hafiz, iaitu Pn. Sri Siti Mariam sebagai isterinya.
Setelah Pn.Haeliza dapat tahu bahawa Nisa ialah anak kandung Tan Sri Muhammad Hafiz dan Pn. Sri Siti Mariam, Pn.Haeliza melayan Nisa seperti acuh tak acuh dan bertambah benci pada Nisa disebabkan muka Nisa hampir seiras dengan Pn. Sri Siti Mariam.
"Terima kasih Nisa. Mak cik tak sangka Nisa sanggup maafkan Makcik setelah apa makcik buat pada kamu" luah Pn.Haeliza. Nisa memberikan senyuman yang dia tidak boleh katakan. Secara drastik, Nisa mula memeluk Pn.Haeliza dengan erat sekali seperti seorang anak memeluk ibunya.
"Boleh saya memeluk mak cik?" Pn.Haeliza hanya mengangguk dari belakang dan bibirnya mengukir senyuman. Nisa masih lagi dengan situasi memeluk Pn.Haeliza.
"Saya..rindu..ibu..saya..hiks..hiks" akhirnya Nisa luahkan perasaan rindunya pada Pn.Haeliza sambil menangis. Selama setahun Nisa tidak berjumpa dengan ibu atau ayahnya yang menetap di Jepun. Tan Sri Muhammad Hafiz dan Pn. Sri Siti Mariam sibuk dengan kerjayanya sampai sanggup meninggalkan anaknya di Malaysia seorang diri.
Akhirnya pelukan antara Nisa dan Pn.Haeliza terlerai. Pn.Haeliza memandang Nisa yang mula menangis terenjut-enjut. Kedua-dua Ibu jari Pn.Haeliza mula mengusap air mata Nisa. Dia faham apa yang Nisa rasakan.
"Mak cik faham apa yang kamu rasakan. Tapi di mana ibu bapa kamu?" Soal Pn.Haeliza. Pn.Haeliza sedar yang Nisa hanya tinggal seorang diri di rumah flatnya dan dia tidak pernah nampak Tan Sri Muhammad Hafiz dan Pn. Sri Siti Mariam.
"Ibu bapa saya pergi ke Jepun sebab hal kerja" luah Nisa. Pn. Haeliza memandang Nisa dengan sayu sekali. Sanggup Hafiz dan Mariam tinggalkan anaknya. Monolog hati Pn.Haeliza. Pn.Haeliza terus memeluk Nisa tanpa sebab. Nisa terkejut dengan perilaku Pn.Haeliza dan tangannya mula membalas pelukan Pn.Haeliza.
*****
2 minggu kemudian...
6:50 p.m.
Nisa menghirup udara sedar di luar hospital. Betapa rindunya dengan dunia luar daripada dunia hospital yang berbau ubat (?). Di temani pokok-pokok hijau yang nyaman. Indah dengan ciptaan-Nya. Nisa memegang pemegang beg bagasi dan mula melangkah ke perhentian bas.
Langkahnya terhenti apabila ada sebuah kereta ferrari berhenti di hadapan Nisa. Lalu, pemandu itu membuka tingkap kereta di bahagian sebelah pemandu. Nisa menurunkan sedikit badannya untuk melihat pemandu kereta itu.
"Kenapa awak tak call saya?. Senang lah saya nak ambil awak" kata lelaki yang sedang melihat Nisa dari tingkap.
"Bukan saya tak nak call abang Azrif, tapi abang Azrifkan sibuk dengan latihan abang tu" kata Nisa pada Azrif. Nisa tidak mahu menyusahkan Azrif dan sahabat-sahabatnya yang lain. Azrif mengeluh. Lalu, Azrif menanggalkan tali keledar dan mula keluar dari keretanya.
"Abang Azrif nak buat apa ni?" Nisa terkejut apabila Azrif mengambil beg bagasinya dan letakkan di belakang tempat pemandu (faham² jelah). Nisa terkaku seketika. Setelah Azrif meletakkan beg bagasi Nisa, dia melangkah ke tempat Nisa semula.
"Adik, abang ok je. Adik tak susahkan abang pun. Lagipun adik kan baru aje sembuh. Kalau terjadi sesuatu nanti macam mana.." luah Azrif sambil kedua-dua tapak tangannya memegang bahu Nisa. Nisa tidak marah jika Azrif memegang bahunya kerana bajunya berbalut dengan sweater. Janji tak sentuh antara kulit lelaki dan perempuan. Nisa mengeluh.
"Baik lah abang Azrif. Terima kasih atas keprihatinan abang Azrif pada adik" Ucap Nisa sambil memberikan senyuman manis pada Azrif. Azrif membalas senyuman Nisa dan tangannya melepaskan gengaman bahu (?) Nisa. Nisa mula menuju ke kereta Azrif dan duduk di tempat bersebelahan dengan pemandu.
*****
Nisa dan Azrif terus berdiamkan diri. Yang hanya kedengaran suara DJ dari radio. Azrif memfokuskan pemanduannya manakala Nisa memandang pokok-pokok hijau ke arah tingkap (?).
Roy..Roy..
Nisa teringatkan Roy dan konco-konconya. Seja masuk ke hospital dia mahupun Azrif tidak pernah menbertanyakan tentang Roy. Apa yang dia buat sekarang? Dia dekat mana?. Pelbagai soalan dalam hati Nisa.
"Abang Azrif,adik nak tanya sikit boleh tak? Tapi abang Azrif jangan marah tau" Nisa mula bersuara setelah lebih setengah jam berdiamkan diri.
"aiik! Macam serius je. Apa adik nak tanya?" Soal Azrif yang memfokuskan pemanduannya.
"Roy dengan konco-konconya dekat mana sekarang abang Azrif?"
To be continued...
Sorry lambat update. Sorry sangat-sangat. Author memang sibuk sampai tak teringat nak buat cerita baru.
Macam mana jalan cerita? Okay or Bad?
If you like, please press '☆'
If you don't like, please '💬'
😘😘😘
YOU ARE READING
[C] N I S A
Mystery / ThrillerSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...