"Tapi apa doktor?" Soal Azrif dengan penuh debaran.
"Cik Nisa sekarang mengalami koma" Farish tersandar pada dinding dan terduduk lepas mendengar keputusan doktor. Syukrina dan Rifa menangis terenjut-enjut (?). Haziq pula tersandar pada dinding tanda terkejut. Azrif pula hanya mampu menangis.
"Saya dapat berita bahawa Cik Nisa didera dan dipukul dengan penculik. Adakah itu betul?" Soal doktor kepada Farish dan Azrif.
"Ya doktor. Dia dipukul, didera dengan penculik" terang Azrif.
"Hasil yang kami siasat (?) Cik Nisa terpaksa membuat 10 jahitan pada kepalanya, 5 jahitan pada perutnya" terang doktor itu. "Tapi Cik Nisa kekurangan darah jenis O. Siapa antara kawan dia yang berdarah jenis O?" Sambung doktor lagi.
"Saya doktor" lalu mereka berlima melihat gerangan yang bersuara itu. Dan suara itu ialah Tengku Farish Nabil.
"Encik Farish sila ikut kami" Farish aku dengan arahan doktor dan mula mengikuti doktor dan jururawat.
Selepas Farish pergi mengikuti doktor dan jururawat, tiba-tiba dua anggota polis datang dan menuju ke arah Azrif.
"Assalamualaikum Encik Azrif. Kami dari polis Shah Alam. Kami mahu En.Azrif memberi keterangan tentang Kes melibatkan Nisa" kata Inspektor Hashim.
"Waalaikumusalam. Baiklah Encik" kata Azrif. Pengawai polis itu mula menolak kerusi roda Azrif. Syukrina, Rifa, Haziq dan Pn.Haeliza hanya memandang Azrif yang mengikuti dua pengawai polis tersebut.
**********************
10 minit kemudian..
Farish telah selesai menderma darah untuk Nisa. Dia mula keluar dari bilik derma darah (?) Dan mula mengorak langkah ke bilik VVIP. Katanya dia yang membayar semua kos rawatan Nisa. Manakala kawan-kawan Nisa telah balik ke rumah masing-masing. Azrif pula telah berada di bilik pesakitnya.
Farish telah sampai di bilik Nisa, Lalu, dia mula menolak pintu bilik dengan berhati-hati. Farish mula melangkah ke tempat Nisa yang terbaring (it means pergi ke arah katil Nisa). Farish mula menarik kerusi dan terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Assalamualaikum Nisa. Awak apa khabar" Farish memulakan perbualan dengan salam. Farish yakin bahawa Nisa boleh mendengar suara Farish walaupun dia dalam keadaan koma.
"Ni saya Farish. Awak tengah buat apa tu?" Soalan bodoh Farish. "Hahaha..hiks..hiks.." Farish ketawa kesedihan.
"Nisa, saya nak minta maaf dekat awak. Disebabkan saya ego dan tak menjawab panggilan awak tadi, awak jadi macam ni. Awak teruk dibelasah. Hiks..hiks"
"Saya dah dengar luahan awak dekat peti suara pada telefon saya. Awak cakap yang saya ni sebagai hero awak. Awak tahu tak apa yang saya rasa masa tu? Saya rasa gembira sangat. Tapi selepas saya mendengar suara awak serak, saya mula rasa risau.
"Bila saya sampai dekat tempat rumah flat lama tu dan nampak penculik tu pegang awak dalam keadaan awak yang tidak menyedarkan diri, saya rasa sangat sedih. Lagi bertambah sedih bila melihat awak dalam keadaan sekarang. Kena pukul dengan teruk, toreh dekat pipi, kena tikam dekat perut. Hiks..hiks..saya tak tahu nak buat apa..hiks..hiks" Farish mula menangis.
Farish terus memandang muka Nisa yang berbalut pada pipi kiri hingga ke pipi kanan. Dia melihat air mata Nisa mula keluar.
"Saya tahu awak mendengar apa yang saya cakap" Farish mula mengesat air mata Nisa dengan jari telunjuknya. Farish terdengar pintu bilik Nisa ditolak oleh seseorang. Lalu, dia memusingkan badannya untuk melihat gerangan yang menolak pintu bilik. Dan orang itu ialah Azrif yang memakai baju hospital.
Azrif mula memasuki bilik VVIP Nisa. Dia mula menolak kerusi rodanya ke arah katil Nisa.
"Dah selesai pergi jumpa polis?" Farish menyoal Azrif. Dia tahu bahawa Inspektor Hashim ada berjumpa Azrif untuk diberi keterangan.
"Dah" Hanya itu yang mampu Azrif jawab.
"Boleh tak kau ceritakan dekat aku apa yang berlaku pada Nisa?" Farish mula mempersoalkan tentang Nisa yang terus didera kepada Azrif.
Azrif mengeluh "betul kau nak tahu?"
"Ya. Aku nak tahu kenapa dia boleh dibelasah dan ditikam. Dia kenal ke si penculik tu?" Tekad Farish. Dia juga ingin tahu.
"Hmm..penculik tu belasah Nisa kerana dia dendam pada ayahnya yang memecat si penculik tu.
"Penculik tu pernah merogol dan membunuh kawan dia. Tetapi penculik tu sebenarnya nak rogol dan bunuh Nisa. Penculik tu tersilap. Jadi, dengan cara membelasah Nisa adalah satu dendam bagi si penculik tu" terang lebar dari Azrif.
"Hais, kenapa kau tak tolong dia? Dia perempuan. Seorang perempuan tidak boleh diperlakukan seperti ini" Farish mula memarahi Azrif dalam suara perlahan.
"Aku nak tolong macam mana? Aku kena ikat dengan penculik tu!" Azrif juga turut memarahi Farish. Geram dengan Farish.
Mereka berdua terus berdiamkan diri dan mula memandang Nisa yang terbaring kaku.
**********************
Azrif mula meminta diri untuk balik (?) Ke bilik wadnya. Farish masih lagi duduk bersebelahan dengan Nisa. Farish hanya melihat sahaja Nisa. Dia mula mengusap pipi kanan Nisa yang berbalut.
"Mesti pipi awak sakitkan kena toreh. Tapi kalau orang sakit itu bererti dosanya akan terhapus" kata Farish yang mengusap pipi kanan Nisa.
Mata Farish mula memberat. Dia membaringkan kepalanya di atas katil Nisa. Sebelum memejamkan mata, Farish terlebih dahulu membaca doa tidur. Selepas mengaminkan doa, dia memandang Nisa dan matanya mula tutup.
"Saya doakan supaya awak sedar dari koma secepat yang mungkin"
To be continued...
**********************
Saya di sini ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia. Pandu kereta berhati-hati kalau yang baru otw ke kampung pada hari ni.
Dan selamat menikmati makan daging!
YOU ARE READING
[C] N I S A
Mystery / ThrillerSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...