Selepas bersarapan di pagi tadi, Nisa mengangkat pinggan dan juga cawan ke arah sinki dapur diikuti dengan Rifa.
"Sedap juga mee yang kau buat ni. Sampai 4 pinggan aku makan mee goreng kau" puji Rifa yang menjilat bibir bawahnya. Sungguh sedap!
"Aku masak semuanya sedap" bangga Nisa. "Yang kau tu, bila nak belajar masak? Kang kena kahwin nanti baru tau" sambung Nisa berbaur perli.
"Amboi! Perli aku nampak. Alaa..nanti-nantilah aku belajar memasak" kata Rifa dengan malas. Amboi Rifa! Bila nak ajar memasak tu. adoii.
"Suka hati kau lah" balas Nisa. Lalu, dia pun membasuh pinggan dan cawan yang dia gunakan. Rifa pula hanya melihat gerakan Nisa yang membasuh pinggan.
______________________
12:00 p.m.Nisa yang khusyuk menonton televisyen tergendala tatkala ada gangguan di sebelahnya. Lalu, dia menoleh ke sebelah kanannya.
"Wei! Hari ni aku kena balik rumah aku" ujar Rifa sambil menurunkan punggungnya di atas sofa yang bersebelahan dengan Nisa.
"Kenapa? Rina nak balik sini ke? Tak call aku pun"kata Nisa dengan nada merajuk sambil memuncungkan mulutnya.
"Bukan lah. Aku tak nak lah susahkan kau. Yelah aku ni tumpang rumah kau tapi kerja tak buat" sedih je ayat Rifa. Yelah, dia duduk rumah Nisa bukan tolong (ada lah tolong sikit²). Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak menumpang rumah Nisa lagi.
"Tak apa. Kau tak susahkan aku pun. Aku dah biasa buat kerja sorang-sorang. Dah! Tak mau sedih. Aku benarkan kau stay kat sini selagi Rina tak balik sini" pinta Nisa. Sebenarnya dia dah biasa buat kerja sendiri. Yelah, dia kan duduk rumah seorang diri.
"Terima kasih Nisa. Kau lah friend aku sampai jannah" ucap Rifa dengan gembiranya.
"You're welcome babe" balas Nisa. "Oh lupa nak bagitau. Aku akan aturkan dating kau dengan Haziq" sambungnya lagi.
"Ya?! Waahh! Once again thanks a lot" bukan main gembira si Rifa ni bila Nisa sebut nama Haziq. Haaiih Rifa..Rifa
"Hehehe..sebut je nama Haziq, gembira lah kau ye. Dengan aku tak gembira? Soa Nisa sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah dirinya.
"Hehehe..janganlah merajuk! Tite tak tau camne nak pujuk dia" kata Rifa dengan ayat baby ☺.
"Okay. Aku nak call Haziq jap" ujar Nisa. Lalu dia pergi ke biliknya untuk mengambil telefon bimbitnya. Setelah mengambilnya, dia terus menuju ke sofa dan mendail nombor Haziq.
Setelah mendail nombor Haziq, Nisa terus membuka speaker supaya Rifa dapat mendengar perbualan daripada Haziq.
Tuut..tuut..tuut..
"Yeoboseyo (Hello)" Haziq menjawab panggilan daripada Nisa dalam bahasa Korea. Dah pandai dah dia cakap korea.
"Moues-e daehan dangsin-in ma-eum? (awak tengah buat apa?)" Kata Nisa dalam bahasa korea. Rifa pun tak faham apa yang Nisa katakan. Tapi yang dia tahu itu bahasa korea.
Amek kau Haziq. Nisa dah cakap korea dah.
"Sorry! Aku tak faham bahasa korea. Mentang-mentanglah kau dah fasih berbahasa korea" jelas suara Haziq seakan jealous (kot lah)
Nisa memang fasih berbahasa korea. Selain itu, dia juga fasih berbahasa Inggeris, bahasa jepun, bahasa sepanyol dan bahasa Perancis.
"Tu lah. Cabar aku lagi. Kan dah kena hentam dengan aku" kata Nisa dengan bangga. Jangan bangga sangat cik Nisa oii!
"Hmmm yelah. Hah! Ada apa kau call aku ni?" Tanya Haziq.
"Ni. Aku nak datang rumah kau boleh tak? Aku pergi rumah kau nanti aku bawa Rifa sekali. Boleh tak aku bawa dia sekali?" Soal Nisa. Rifa yang mendengar suara Haziq dari telefon menanti jawapan darinya.
"O..ok juga. Tapi kalau kau tak datang rumah aku takpe lah juga. Boleh lah aku sweet-sweet dengan Rifa" Ujar Haziq yang dapat mendengar suara sengihnya dalam telefon. Muka Rifa yang putih tadi terus memerah setelah mendengar jawapan dari Haziq. Haaii blushing ke cik akak oii.
"Amboi! Macam halau aku je. Takpe. Tak nak kawan" Nisa terus berubah muram. Nisa tau yang Haziq sengaja berkata demikian.
"Yelah. Datang je lah" kata Haziq. "Kau dengan Rifa nak datang pukul berapa?" Sambungnya lagi.
"Tengok lah dulu. Ok lah. Aku nak off phone. Bye Assalamualaikum" ucap Nisa
"Waalaikumussalam" kata Haziq. Lalu mereka berdua terus mematikan talian mereka. Haziq tak tahu bahawa Rifa juga mendengar perbualan antara Nisa dan Haziq.
To be continued..
YOU ARE READING
[C] N I S A
Mystery / ThrillerSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...