Keesokan harinya..
Nisa mula menyediakan sarapan paginya, iaitu Nasi goreng dan telur bulat lalu meletakkan makanannya di atas meja ruang tamu yang berhadapan dengan televisyen. Tidak lupa juga air milo panas yang baru dia buat tadi.
Nisa melabuhkan punggung di atas lantai jubin kerana dia sudah biasa makan sambil tengok televisyen. Lalu, Nisa mula mencapai alat kawalan jauh televisyen dan astro bagi memudahkannya membuka dan menukar rancangan lain.
********************
5:30 petang
Nisa telahpun berada di taman permainan lalu melabuhkan punggungnya di atas bangku kosong. Pada waktu sebegini, Nisa akan selalu berada di taman untuk berjoging. Tetapi Nisa terpaksa menangguhkan aktivitinya disebabkan luka pada tikaman di perut belum sembuh sepenuhnya.
"Hmmmm. Kalau Roy tak tikam aku, mesti aku dah boleh joging dah" omel Nisa seorang diri. Entah kenapa Nisa boleh sebut nama orang yang ingin membunuh dia.
"Kenapa awak sebut nama dia lagi?!" Marah seseorang. Nisa begitu terkejut apabila dimarahi oleh seseorang dari belakang. Lalu, Nisa memusingkan badannya 180° dan terlihat tubuh Farish. Farish mula pergi ke tempat bangku Nisa.
"Awak ni Farish! Terkejut saya tahu tak. Awak ni memang nak bagi saya heart attack ea?. Huhh! Huuh!. Hahahahaha"soal Nisa dalam gurauan sambil membuat gaya seperti orang sakit jantung. Namun, ia tidak membuatkan Farish ketawa mahupun lawaknya yang tidak kelakar.
"Awak ingat benda ni kelakar ke? Saya tanya, kenapa awak sebut nama dia?!!" Suara Farish begitu kuat sehingga orang-orang yang berada di taman ini memandang Nisa dan Farish.
Muka Nisa menjadi muram. Lawak Nisa yang dia buat tadi tidak menjadi. Nisa menundukkan kepalanya ke bawah kerana dia takut untuk melihat muka Farish yang begitu bengis. Nisa tidak tahan dengan 'layanan' Farish mula mengeluarkan airmatanya.
Buussshhh!!
"KAU TAK BERHAK NAK MARAH DIA KALAU DIA SEBUT NAMA LELAKI TAK GUNA TU!!!"
******************
Azrif pov..
Aku kini telah berada di taman. Taman ni ialah taman yang selalu Nisa berjoging. Aku tahu pada waktu petang macam ni pasti Nisa akan datang ke taman ini.
Aku memusingkan kepalaku untuk mencari kelibat Nisa. Nak bagi kejutan sedikit lah katanya. Tiba-tiba aku ternampak tubuh seorang gadis yang aku kenali. Siapa lagi kalau bukan Nisa a.k.a adik. Bibirku yang mengukirkan senyuman telah bertukar menjadi muram apabila aku melihat Farish juga berada di sebelah Nisa.
Hati aku rasa sakit apabila keakraban mereka berdua. Tapi aku pelik. Kenapa Nisa menundukkan kepala dia ke bawah. Dan aku tengok muka Farish bengis gila mengalahkan muka bengis aku. Lalu aku cuba mendekati mereka berdua tanpa mereka sedari.
"Awak ingat benda ni kelakar ke? Saya tanya, kenapa awak sebut nama dia?!!" Nisa sebut nama siapa? Nama aku ke? Kalau dia sebut nama aku, takkan dia nak marah terlampau gila dekat Nisa.
Aku berfikir sejenak. Farish marah sebab nama itu. Aku tahu! Pasti Nisa ada sebut nama lelaki tak guna tu. Siapa lagi kalau bukan Roy yang tak sedar diri tu. Nisa.. Nisa.. Kenapa adik sebut nama dia. Adik tahu kan abang pun benci dengan nama dia.
Aku melihat Nisa mula mengeluarkan airmatanya. Nisa menangis?. No! No! Aku tak nak lihat air matanya yang mengalir. Aku lihat juga Farish dengan wajahnya masih lagi bengis. Aku sudah naik angin dengan Farish. Lalu, aku berlari ke arah mereka berdua. Sampai sahaja di tempat mereka berdua,
Bussshhh!!
Aku mula menumbuk Farish. Farish terbaring di atas tanah akibat tumbukan kuat olehku. Tak ada lah kuat mana pun. Dan aku juga lihat Nisa memandang aku dengan terkejut. Mungkin sebab kehadiranku ini.
"KAU TAK BERHAK NAK MARAH DIA KALAU DIA SEBUT NAMA LELAKI TAK GUNA TU!!!" aku memarahi Farish.
End pov..
• • • • • • • • • • • • • • •
Farish bangkit dari pembaringannya lalu dia juga membalas tumbukan padu pada Azrif. Azrif pula terbaring di atas tanah akibat dia terima 'buku lima' dari Farish. Nisa cuba menenangkan dua jejaka yang berada di hadapannya.
"Sudahlah tu Farish, abang Azrif" Nisa cuba lagi menenangkan pergaduhan dengan suara perlahan. Malah, pergaduhan mereka berdua masih berterusan. 'Aku sakit pun korang berdua nak gaduh juga ke. Nasib baik tak ramai sangat yang berada di taman ni'.
"ENOUGH!!!! " Jerit Nisa dan menyebabkan dua jejaka itu menghentikan pergaduhan mereka sambil memandang ke arah Nisa.
"Kenapa saya tak boleh sebut nama Roy?! Saya tahu dia ada seksa saya dan tikam saya, tapi takkan awak berdua tak boleh bagi saya sebut nama dia?!! Kalau saya tak sebut nama dia, habis nak sebut apa? Lelaki jahat! MACAM TU HAH?!!!!" Terang Nisa. Farish dan Azrif hanya diam membisu.
"Setiap manusia pasti ada buat salah. Kita tak boleh menghukum kesalahan manusia melainkan Allah SWT! Kita sebagai manusia perlulah meminta maaf pada orang yang ada buat salah pada kita. Kita tak tahu bila Allah akan menarik ajal kita. Sebelum Allah menarik ajal kita, sebaiknya kita perlulah meminta maaf" terang Nisa lagi sambil mengesatkan airmatanya.
Farish dan Azrif hanya diam dan diam terus. Mereka berdua tiada jawapan untuk membalas kata-kata Nisa. Adakalanya kata-kata Nisa itu betul juga. Nisa mengeluh panjang.
"Saya nak balik dulu" Nisa mula meninggalkan Farish dan Azrif. Nisa memberhentikan langkahnya sambil mengelap airmata dengan baju lengan panjangnya. Nisa masih lagi menangis. Farish dan Azrif dapat mendengar tangisan Nisa dan mereka berdua juga melihat bahu Nisa terangkat-angkat tanda menahan esakannya. Lalu, Nisa mula mengorak langkah meninggalkan Farish dan Azrif.
****************************
To be continued...
Hello readers! Sorry lah author lambat update bab terbaru. Okay, yang ini author akan update dan kemungkinan esok juga author akan update bab yang seterusnya pula.
YOU ARE READING
[C] N I S A
Mystery / ThrillerSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...