5:45 a.m.
Allahuakbar... Allahuakbar...
Nisa bangun dari tidur apabila mendengar azan berkumandang menandakan telah masuk waktu subuh . Nisa mengambil tuala dan terus menuju ke bilik mandi.
10 minutes later..
Nisa keluar dari bilik air dan terus mengambil sejadah dan juga telekung.
Nisa bentangkan sejadah mengikut ke arah kiblat. Selepas sejadah di bentangkan, Nisa
memakai telekung.Siap memakai telekung, Nisa terus memulakan solat tahajjud dan seterusnya Nisa menunaikan solat subuh.
Selesai sahaja menunaikan solat subuh, Nisa mula menadahkan tangannya dan mula berdoa.
"Ya Allah, Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha mengasihi, Ampunilah segala dosa-dosa hamba, dosa segala kedua ibu bapa hamba, dosa kawan-kawan hamba dan dosa-dosa kaum Muslimin dan musliman yang lain. Sesungguhnya kami lupa akan-Mu Ya Allah! Kami lupa untuk menunaikan perintah-Mu Ya Allah! Kami terlalu mengikut amalan jahiliah yang terdahulu. Berikan-Lah hamba kekuatan untuk mengharungi cabaran yang Engkau berikan kepada kami Ya Allah! Semoga hamba-hambamu ini tidak lupa akan Mu Ya Allah! Amin ya rabbal a'lamin" doa terakhir Nisa sebelum tadahan tangan diraup ke mukanya.
Selepas melipat sejadah dan telekungnya, Nisa terus menuju ke dapur untuk membuat sarapan. Disusuli oleh Rifa yang menuju ke dapur.
"Assalamualaikum Rifa. Good morning" sapa Nisa sambil memandang Rifa dan senyum.
"Wa'alaikumussalam. Good morning too" balas Rifa sambil menuju ke meja makan di dapur.
"Dah solat subuh ke belum?" Soal Nisa. "Nak solat macam mana, aku ABC (Allah Bagi Cuti)" jawab Rifa.
"Nape kau tak sambung tidur terus?" Soal Nisa lagi.
"Kalau rumah aku boleh lah aku sambung tidur. Ni rumah kau. So, sebagai tetamu aku kena lah hormat tuan punya rumah ni" jawab Rifa sambil tersengih. "Nisa, nak aku tolong tak?" Soalnya lagi.
"Boleh je. Kau ambil periuk nasi tu. kau gaulkan. Aku nak buat nasi goreng lah" jawab Nisa sambil memotong ayam menjadi kecil.
10 minutes later
"Wahh! Dah siap pun nasi aku" kata Rifa sambil menutup api gas.
"Aikk! Bukan aku ke yang masak tadi" sinis Nisa sambil membuat teh panas.
"Hehehe..sorry." jawab Rifa sambil menceduk nasi goreng ke dalam pinggan. Selepas menceduk, Rifa terus membawa pinggan yang dipenuhi dengan nasi goreng menuju ke meja makan.
"Nah ini air teh panasnya. Let's eat" kata Nisa. Rifa dan Nisa mengambil pinggan dan cawan masing-masing.
Setelah menceduk nasi goreng ke dalam pinggan masing-masing, mereka berdua membaca doa makan. Habis sahaja membaca doa makan, mereka berdua pun menjamah hidangan makanan mereka.
____________________________
Nisa yang mengemas biliknya sambil mendengar lagu pada phonenya terus memberhentikan langkahnya. Dan dia pun bersuara
"Malam ni ada game lah. SELANGOR vs KEDAH pulak tu. Macam mana aku boleh lupa ni. Tapi nasib baik aku beli 2 tiket. Boleh ajak Rifa nanti" katanya.
Dan Nisa pun pergi ke bilik Rifa untuk memberitahu tentang perlawanan malam ni.
Tok! Tok! Tok!
Nisa mengetuk pintu bilik Rifa dan Rifa pun membuka pintu biliknya. Lalu aku mulakan perbicangan 😜.
"Rifa, malam ni kau nak ikut aku pergi stadium tak?" Kata Nisa dengan teruja.
Rifa juga meminati sukan bolasepak sama seperti Nisa.
"Hmmm.. sorry lah. Aku kena pergi kerja malam ni. Bos aku baru je call aku tadi. Sorry sangat-sangat" jawab Rifa yang juga sedih kerana tidak dapat menemani Nisa.
"Alaaa..takpe lah. Aku kena pergi sorang lah nampaknya" kata Nisa yang membuat suara sedih.
"Nape kau tak minta Haziq temankan kau?" Soal Rifa.
"A'ah lah. Lupa pula pasal si Haziq ni. Thanks Rifa. Cayang dia. Muah muah" kata Nisa dengan gembira sambil mencium pipi Rifa.
"Kau ingat aku lesbian ke? Dah lah aku nak baring" marah Rifa
Nisa tidak mengendahkan marah Rifa itu. Nisa mengambil telefon bimbitnya di dalam poket dan mematikan muziknya.
Dia menaip nombor Haziq dan terus menghubungi Haziq.
"Hello Haziq" kata Nisa
To be continue...
YOU ARE READING
[C] N I S A
Mystery / ThrillerSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...