Bab 15

183 10 2
                                    

Selepas Nisa menunaikan solat Asar, Nisa terus menuju ke almarinya untuk memilih baju yang sesuai apabila bertandang ke rumah Haziq.

Nisa keluar dari biliknya dan terus menuju ke bilik Rifa. Lalu Nisa mengetuk pintu bilik Rifa

Tuk..tuk..tuk..

"Rifa, kau dah siap ke belum ni?" Kata Nisa sambil mengetuk pintu bilik Rifa. Setelah aku mengetuk beberapa kal, dia terus keluar dari biliknya. Aku terkaku seketika.

"Rifa, you look so gorgeous. You look very beautiful" ujar Nisa dengan pujian. Ya, memang dia kagum dengan kecantikan Rifa. Yelah, dia kulit putih langsat. Sementara Nisa pula berkulit hitam manis.

"Kau ni ada-ada je. Aku cantik begini sebab Allah swt menganugerahkan aku dengan kecantikan sebegini. Alhamdulillah" kata Rifa yang tidak ada rasa bongkak. Yelah dah lah pakai tudung. Manis pula tu muka dia.

Kata-kata Rifa sama persis dengan Farish. Rindu pulak pada Farish ni. Jangan ganggu dia Nisa. Maybe he's busy.

"Dah jom! Mesti Haziq dah tunggu kita" Nisa terus menarik tangan Rifa lalu membawanya keluar. Setelah berada di luar rumah, Nisa terus mengunci pintu dan seterusnya mengunci pintu pagarnya.

____________________________

Nisa pov.

Aku hanya memakai T-shirt berlengan panjang yang berwarna hitam berbelang putih, seluar jeans berwarna biru, topi yang berlogo NY dan memakai cermin mata yang besar.

Manakala Rifa pula hanya mengenakan pakaian jubah berwarna putih yang bermanik, berselendang labuh yang berwarna hitam

Setelah kami berdua tiba di depan rumah Haziq, Aku segera menekan butang loceng.

Kriiing..kriingg

Setelah aku menekan butang loceng rumah Haziq, aku menunggu dia untuk membuka pintu rumahnya. Kalau aku buka pintu rumahnya, nanti diorang ingat aku ni pencuri pula.

Aku memerhati saja Rifa yang berada di sebelahku. Huuish! Bukan main merah muka dia. Dah macam tomato aku tengok muka dia.

"Weh! Baik kau cover muka kau" aku dah nak separuh ketawa bila tengok muka dia yang terlampau tomato tu.

"Kenapa dengan muka aku?" Soal Rifa sambil meraba mukanya.

"Muka kau sekarang dah macam buah tomato. Yelah! Kawan kita ni tengah blushing. Hahahaha" akhirnya ketawa aku meletus.

"Hiish! Orang tengah blushing, dia ketawa pula" marah Rifa. Belum sempat aku mahu berkata, tiba-tiba pintu rumah Haziq dibuka. Tapi orang yang membuka pintu itu bukan Haziq. Tetapi ibu kepada Haziq, Pn.Haeliza.

Pn. Haeliza hanya memandang aku dalam 2 saat saja sebelum kepalanya memusing ke arah Rifa. Pn.Haeliza memandang Rifa dari atas sampai ke bawah. Dan bibirnya mengukir senyuman manis kepada Rifa.

"Nama kamu siapa ya?" Soal Pn.Haeliza kepada Rifa.

"Nama saya Nur Rifa mak cik. Tapi mak cik boleh panggil saya Rifa saja" jawab Rifa plus memberi senyuman manis kepada Pn.Haeliza. Aku hanya memerhatikan gelagat mereka berdua sambil memasukkan pergelangan tangan aku ke dua belah poket seluar.

"Mak, mereka dah sampai ke belum?" Entah dari mana datang suara Haziq tu. I don't know 😝

"Dah sampai lama dah. Rifa, jemputlah masuk" pelawa Pn.Haeliza kepada Rifa. Aku sangat kecewa dengan kelakuan Pn.Haeliza ni.

Pn. Haeliza memang tak sukakan aku. Sejak aku berpindah ke sini, dia tidak pernah pun senyum dekat aku. Aku salah aku pada dia? Aku pun tak tahu. Kemudian Haziq datang ke arah kami .

"Rifa, cantiknya awak" puji Haziq kepada Rifa. Aku tengok muka Rifa, bukan merah lagi. Aku tengok hidung dia pun dah kembang sebab kena puji dari orang yang dia suka.

"Ter..ter..rima kas..ih" kata Rifa dalam keadaan gagap. Haaish! Rifa. Malu ke. Aku pun turut tersenyum.

"Mak cik buatkan air untuk kamu ya Rifa" aku sedikit terkejut dengan apa yang dibicarakan oleh Pn.Haeliza.

"Haii mak, untuk Nisa tak ad.." belum sempat Haziq ingin berkata, aku cepat memotong percakapannya.

"Takpe lah Haziq, aku kejap lagi nak keluar. Nak beli barang sikit" bohongku. Rifa memandang ku seperti ingin meminta penjelasan. Aku hanya endahkan je.

"Kalau macam tu, aku pergi dulu tau. Assalamualaikum" lalu, aku terus meninggalkan rumah Haziq dengan perasaan kecewa. Perasaan kecewa apabila aku tidak dilayan dengan baik. Aku seperti halimunan bagi Pn.Haeliza.

End pov..

To be continued..

Sorry lama tak update. Kita lagi tengah mencari kolej untuk sambung belajar. 😘

[C] N I S A Where stories live. Discover now