Bab 29

158 11 0
                                    

Nisa pov..

"Le..pas..kan a..ku!" Aku mula membentak untuk melepaskan tanganku dari gengaman orang tak guna ni. Tetapi percubaanku tidak berjaya tatkala dua orang konco 'bos' itu semakin kuat menggengam pergelangan tanganku.

"DIAMLAH TAK GUNA!" Lalu, 'bos' itu mula menampar pipi kananku sampai aku hilang keseimbangan dan terus jatuh ke atas lantai simen.

Manakala Shahrom, Nazmi dan Azrif hanya diam membisu. Mereka terpaksa diam kerana tidak mahu mereka disakiti.

"Diam pun. Tu lah. Lain kali, jangan banyak sangat bergerak. Jangan banyak sangat memberontak. Nanti terimalah padahnya" 'bos' itu berkata secara sinis.

"Kau..nak..a..pa..da..ri..aku.." akhirnya aku bersuara tapi secara perlahan. Aku terasa sangat lemah.

"Takde apa-apa. Cuma aku nak seksa kau saja" kata 'bos' itu sambil mengeluarkan pisau lipat yang ada di dalam poketnya.

"Apa..kau..nak..buat..de..ngan pi..sau..tu?" Aku menyoal 'bos' itu. Tetapi dia mengendahkan soalan aku itu. Dia mula meletakkan pisau lipat itu pada pipi kananku. Takkanlah!

"Aaaaaarrgghh!!" Aku menjerit kesakitan apabila 'bos' mula menoreh pipi kananku dengan dalam sekali. Darah mula keluar dari pipi kananku.

"Sudahlah tu!" Shahrom mula bersuara walaupun berasa takut dengan apa yang 'bos' buat padaku. Aku penat! Aku mahu berehat!.

Tetapi, 'bos' itu mengendahkan suara Shahrom. Lalu, dia toreh pipi kiri ku pula. Aku mula merasai kesakitan yang amat pada kedua belah pipiku.

"TAK GUNA!!" Aku dah hilang sabar dengan penculik-penculik semua ni. Lalu aku bangun dan terus membelasah 'bos' mereka.

Buusshh..bbuusshh..bbuusshh..

Itu lah bunyi tumbukan aku pada 'bos' itu. Manakala konco-konconya melihat dengan terkejut sekali. Lalu, mereka bertiga mula berlari ke arah ku untuk membelasah aku.

Aku yang melihat konco-konco itu berlari ke arah ku terus aku melepaskan 'bos' dan berlari ke arah tiga konco-konco itu. Lalu, mula lah sesi membelasah-belasah ni.

Buusshh..bbuusshh..buusshh..

Aku melihat konco-konco itu sudah lemah. Huh! Lawan aku pun tak boleh menang. Lembik!

"Kau tunggu lah Nisa. Ini Roy lah! Tak ada siapa pun yang boleh kalahkan aku!" Oh..nama 'bos' itu ialah Roy. Ok. Eleh! Tak nak mengaku kalah pula. Tengok lah nanti.

Lalu, Roy serta konco-konconya mula meninggalkan kami berempat. Aku memusingkan badanku untuk menghadap tiga pemain Selangor.
Apabila aku memusingkan badanku, aku melihat tiga pemain Selangor ternganga mulut tak ingat dunia. Apa yang diorang ternganga tu?

"Ab..bang.. semua..dah..ke..na..pa?" Soalku sambil tergagap. Pipi kanan dan kiriku yang cedera menyusahkan (ada ke) aku untuk bercakap.

"Hebatlah adik lawan diorang tu!" Nazmi memulakan berbicaraan dan terus memuji aku yang bertumbuk dengan penculik-penculik walaupun kudrat aku masih lagi tidak kuat.

"Ter..terima ka..sih" ucapku kepada Nazmi. Aku mula melabuhkan punggungku ke atas lantai simen. Penat!. Aku mengurut-urut tanganku yang baru habis mengerjakan penculik-penculik itu.

End pov..

*******************

Setelah meninggalkan Nisa dan tiga pemain Selangor dalam keadaan lebam, Roy serta konco-konconya pergi ke bilik (apa entah).

"Bos, hebat juga perempuan tu bos. Sampai kita kena belasah sekali" kata konco 1 sambil mengurutkan lenganya yang sakit 😜.

"Yelah bos. Orang perempuan yang kita culik tu bukan sebarangan orang bos" kata konco 2 pula.

"Bos, betul ke kita culik perempuan yang bos cari tu?" Kata konco 3 pula.

Roy yang geram dengan bebelan tiga konconya terus menumbuk dinding. Tangan Roy yang menumbuk dinding itu mengeluarkan darah.

"KORANG JANGAN NAK BEBEL PASAL BUDAK SI*L TU BOLEH TAK! AKU KUSUT SEKARANG NI!!" Roy mula memarahi ketiga-tiga konconya. Konco-konconya hanya diam membisu.

"Nampaknya, aku terpaksa beritahu dia hal yang sebenar" setelah itu, Roy mula meninggalkan tiga konconya dan terus menaiki tangga untuk pergi ke bumbung.

*****************

"Hebatlah adik! Wah!" Shahrom memuji Nisa walaupun Nisa tidak selesa di puji sebegitu. Di terpaksa bertumbuk dengan penculik-penculi itu sebab ingin mempertahankan dirinya walaupun dalam keadaan lemah.

"Boleh lah ajar abang nanti" puji Azrif.

"Abang-abang ni...dah..lah..puji..a..dik" Nisa mula tidak selesa biar pun pujian yang diberikan oleh tiga pemain Selangor ikhlas.

Sedang mereka bergelak ketawa sampai tak ingat dunia, datang pula si Roy tu dengan mukanya yang bengis.

"Hoi Nisa" Roy mula menjerit dan terus menuju ke arah Nisa. Lalu, dia mula menampar pipi kanan Nisa yang mempunyai kesan toreh.

"Kau ni dah apahal?!" Marah Nisa. Manakala konco-konconya pula datang ke arah Roy dan Nisa.

"Geng! Pegang tangan dia" setelah mendengar arahan dari Roy, konco-konconya mula memegang tangan Nisa.

"Woi! Kau ni dah kenapa?! Tak puas hati dengan aku ke?!" Nisa geram dengan apa yang konco-konconya buat. Kau ingat tangan aku ni boleh sentuh sesuka hati je ke?.

"Aku akan bagitau hal yang sebenar" Kata Roy. Lalu, dia menghayunkan tangan kirinya dan..

Buuusshhh!

Roy mula menumbuk pipi kiri Nisa pula. Nisa pula mengerang kesakitan yang amat. Tadi dia kena tampar, sekarang ni dia kena penumbuk free daripada Roy pula. Geram lah tu!.

"Kau..nak..bagi..tahu..apa..?" Nisa mula mengeluarkan suara yang tergetar-getar. Dirinya sudah pun lemah semula.

"Bagitahu tentang Aisyah dan macam mana dia boleh mati"

To be continued...

[C] N I S A Where stories live. Discover now