Haziq pov..
"Betul ke apa yang Nisa cakap ni? Rifa akan tinggal di rumah asal dia? Macam mana kalau dia kelentong aku lagi. Haaaiish!! Tapi dari mesej dia ni macam tak kelentong aku je. Baik aku pergi jumpa diorang" aku bercakap sendirian.
Aku lantas mengambil kunci rumahku di atas meja dan terus menuju ke pintu. Setelah aku memusingkan tombol pintu, aku keluar dari rumahku dan mengunci pintu dan pagar. Mak aku tak ada di rumah kerana dia pergi kedai. Lupa nak bagitahu.
Aku terus berlari menuju ke lif. Setelah pintu lif terbuka, aku lantas memasukinya dan menutup pintu lif dan aku menekan butang 'G'.
Tiba-tiba pintu lif berhenti di tingkat 5. Lalu, pintu lif itu terbuka. Aku ternampak susuk tubuh seorang lelaki. Aku tengok badan dia. Tegap gila sioot!. Jealous aku 😁.
Dia senyum kepada aku. Aku membalas senyumannya. Senyuman itu kan satu sedekah. Lalu dia menekan butang '→||←' (tutup pintu lif). Tetapi dia tidak menekan butang apa-apa pun. Mungkin dia nak pergi ke bawah.
"Kau ni kawan Nisa kan?" Soal lelaki tegap itu pada aku. Macam mana dia tahu kawan aku tu?
"Ya. Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" Aku menyoal dia.
"Memang kita tak pernah jumpa. Tapi aku ada terserempak kau dengan Nisa dekat lif. Aku ingat masa tu Nisa ada pakai baju jersi Selangor (ayat keling)" lelaki itu pun cerita bukan ayat kelimg lagi.
Aku berfikir sejenak. Yelah! Aku baru ingat yang itu. Masa tu aku tengok muka Nisa blushing. Mungkin dia suka lelaki tu kut..
"Aahh! Aku ingat! Btw, my name is Haziq" aku menghulur tangan untuk bersalam dengan lelaki itu.
"Nama aku Tengku Farish Nabil. But you can call me Farish". Farish menyambut tanganku.
"Tengku? Mesti kau ni anak orang kaya kan?" Aku menyoal dia. Aku terkejut jembalang gila bila nama dia ada perkataan 'Tengku'
"Memang aku ni anak orang kaya. Tapi aku tak suka sangat nak menunjuk-nunjuk kekayaan" Aku memandang Farish ni. Memang dia tak berlagak.
"Actually kau nak pegi mana?" Farish menyoal aku.
"Aku nak jumpa Kawan-kawan Nisa" Aku jawab dengan seloroh
"Nak ikut boleh tak?" Aku mendapat satu idea yang bernas. Dengan adanya Farish ikut aku, aku boleh kenakan Nisa. Muahahahahaha!
"Ok" hanya dua huruf sahaja yang aku mampu jawab.
*******************
Sampai saja di tempat letak kereta, aku mencari kelibat Nisa dan buah hatiku. Siapa lagi kalau bukan Rifa."Woi! Asal kau lambat?!" Nisa mula memarahiku. "Eh! Farish pun ada kat sini" Ohh dengan aku bukan main garang lagi.
"Dengan aku bukan main garang lagi. Kalau dengan si Farish ni baik pulak dia" aku hanya membuat suara geram. Nisa apa lagi, mencebik lah dia.
"Korang baru kenal ke?" Nisa tidak menjawab soalan aku.
"A'ah" aku jawab dengan selamba. Niat aku memang nak kenakan si Nisa ni. Tapi tak jadi lah. "Btw, mana Rifa?" Aku mula tidak nampak kelibat Rifa bila aku bersama dengan Nisa.
"dia dengan housemate dia" Setelah Nisa menunjukkan tempat Rifa melepak' dengan housematenya, aku mula mengorak langkah meninggalkan Nisa dan Farish.
End pov..
___________________________Haziq mula mengorak langkah pergi meninggalkan Nisa dan Firash.
'Kurang asam punya kawan. Dia tinggalkan aku dengan budak CEO ni!' Jerit hati Nisa.
"Awak" Farish mula menegurku. Nisa terkejut apabila Farish menegurnya. Takdelah terkejut mana pun.
"Hah!" Nisa dalam sedikit blurr.
"Jomlah pergi jumpa kawan awak tu" ujar Farish yang teringin mahu jumpa kawan-kawan Nisa. Nisa akur dengan arahan Farish lalu membawa dirinya dan Farish menuju ke tempat Rifa 'melepak'
Sampai sahaja di tempat yang dituju, Nisa mula melaung nama Syukrina dan Rifa. Tetapi Nisa tidak melaung nama Haziq.
"Syuk! Rifa!" Nisa melaung nama mereka berdua. Syuk dan Rifa pun memandang ke arah Nisa dan juga mereka berdua memandang seorang lelaki yang berada di sebelah Nisa.
"Siapa laki kat sebelah kau tu Nisa?"
To be continued...
YOU ARE READING
[C] N I S A
Mystery / ThrillerSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...