Bab 10

224 12 2
                                    

Mereka berdua terus rancak berbual dan gelak ketawa. Tanpa mereka sedari, sudah sejam mereka duduk di restoran mamak. Maknanya sudah pukul 12:00 tengah malam.

Farish yang rancak berbual mula menanya tentang privacy Nisa.

"Nisa, nak tanya something boleh tak?" Tanya Farish.

"Tanya lah" jawab Nisa.

"Boleh tak awak cerita tentang hal peribadi awak. Tak kisah pasal keluarga awak ke, kawan ke. Janji itu cerita peribadi" pinta Farish. "Kalau awak tak keberatan lah" sambungnya lagi.

Nisa sebenarnya tidak mahu mengungkit kisah lamanya. Tapi dia terpaksa berkongsi juga kerana Farish telah menceritakan hal peribadinya. Lalu Nisa menghembuskan nafas dan memulakan penceritaannya.

"Saya pun anak orang berada juga tapi ayah saya tak berpangkat Dato lagi. Tapi selepas saya keluar dari hospital, ibu bapa saya telah meninggalkan saya sendirian di sini dan mereka pergi ke Jepun untuk urusan bisnesnya. Saya sedih sangat. Tapi ibu saya ada masukkan duit sebanyak RM 1 Juta dalam akaun bank saya.

Tapi saya tak guna duit untuk berbelanja besar. Saya guna duit tu untuk keperluan harian macam beli baju, makanan dan tempat tinggal. Saya keluarkan duit saya dalam RM 89,000 je. Saya tak nak lah kalau dah dapat sejuta ringgit terus duduk rumah dan goyang kaki.

Walaupun saya dah dapat sejuta ringgit, tapi saya perlu kerja juga. Kerja-kerja biasa pun sudah cukup memadai" cerita Nisa panjang

"ooohh" Farish membuat muka O "Awak sekarang kerja apa?" Tanya Farish.

"Saya sekarang kerja Salesgirl je" jawab Nisa jujur.

"Tadi awak ada cerita yang awak keluar dari hospital. Awak sakit ke masa tu?" Tanya Farish lagi.

Nisa menghembuskan nafasnya lagi. "saya kemalangan masa tu. Dengan kawan saya" sayu suara Nisa.

"Kemalangan? Bila? Dekat mana? " Tanya Farish yang ingin tahu.

"2 tahun lepas. Saya tak tahu. Tapi dekat situ kawasan hutan. So, takde kereta masa tu. Tapi..ada kereta perdana bewarna hitam mengekori kereta saya dengan kawan saya. Tapi.." kata Nisa terhenti di situ.

"Tapi apa?" Soal Farish kembali.

"Awak, saya minta maaf. Saya belum bersedia nak cerita pasal tu. Maaf sangat-sangat" mohon Nisa.

"Takpe. Saya tak paksa pun. Lagipun awak masih trauma lagi" Kata Farish mengeluh.

"Awak, jom kita balik. Saya pun dah mengantuk ni" kata Nisa yang baru bangun dari tempat duduknya.

"Ok" jawab Farish lalu dia dan Nisa pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Farish mengeluarkan not RM 50 untuk membayar minuman dia dan makanan Nisa.

"Hari ni saya belanja awak. Simpan duit tu" kata Farish

"Takpe lah awak. Lagipun saya tak nak lah susahkan awak" kata Nisa yang penuh rasa bersalah.

"Alaa..sekali sekala belanja sahabat saya ni. Saya tahu duit yang awak pegang tu duit kawan awak kan?" Soal Farish sambil memandang Nisa. Nisa terkejut apabila Farish mengetahui bahawa duit yang dipegangnya itu bukan duit dia.

"Hmmm..terima kasih belanja saya makan" ucap Nisa yang penuh rasa bersalah. Farish tersenyum kemenangan dan dia membayarnya.

______________________________

Farish dan Nisa mula berjalan kaki. Kekok dengan situasi sebegitu, Nisa memulakan perbualan dengan Farish.

"Farish, saya nak tanya sesuatu boleh tak? Tanya Nisa.

"Tanya lah" jawab Farish.

"Awak pernah couple tak sebelum ni? Soal Nisa.

To be continued...

Saya Nizz Syahirah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum Muslimin dan muslimah. Kita kosong-kosong ye 😆

[C] N I S A Where stories live. Discover now