Bab 34

152 9 0
                                    

2 bulan Kemudian..

Farish masih lagi menanti akan Nisa walaupun dia masih lagi belum sedar dari koma selama dua bulan. Kerja-kerja Farish sudahpun siap. Farish juga menyuruh Rifa dan Syukrina untuk membersihkan badan Nisa serta menggantikan pakaian Nisa. Dia juga tidak henti-henti berdoa kepada Yang Maha Esa agar Nisa dapat sedar.

"Nisa, bila awak nak sedar? Awak tak sayang saya ke? Awak tak sayang kawan-kawan awak ke? Awak tak sayang Azrif ke? Tolonglah sedar Nisa. Saya perlukan awak. Saya cintakan awak" luah Farish. Dia luah yang dia memang cintakan Nisa.

Farish tidak sedar bahawa ada seseorang mendengar perbualannya di luar pintu bilik Nisa.

'Di..dia cintakan Nisa!'

*****

Azrif pov..

Selepas aku meletakkan keretaku di tempat parking kereta, aku mula memasuki hospital dengan membawa bunga lili putih untuk Nisa. (Lupa nak bagitahu, yang aku ni dah keluar dari hospital 5 hari yang lalu).

Aku menekan butang lif dan pintu lif di hadapanku terbuka. Aku memasuki dan terus menekan butang 4⃣. Dan lif itu pun bergerak ke tingkat 4.

Ting'

Pintu lif itu terbuka. Aku mula melangkah keluar dari lif dan kakiku mula melangkah ke bilik wad Nisa. Yelah, dalam beberapa hari ni aku tidak melawat Nisa disebabkan latihan bolasepak.

Sedang aku ingin memusingkan tombol pintu, aku terdengar luahan suara lelaki dari bilik Nisa. Itu pasti Farish. Aku menekapkan telinga kiriku pada pintu dan mencuri luahan Farish.

"Nisa, bila awak nak sedar? Awak tak sayang saya ke? Awak tak sayang kawan-kawan awak ke? Awak tak sayang Azrif ke? Tolonglah sedar Nisa. Saya perlukan awak. Saya cintakan awak" aku terkejut. Aku jauhkan telingaku pada pintu bilik wad Nisa.

'Di..dia cintakan Nisa!'

Entah kenapa hati aku sakit bila Farish meluahkan perasaannya pada Nisa walaupun Nisa tidak sedarkan diri. Tapi aku tahu yang Nisa boleh mendengar.

Aku mula menolak pintu bilik wad Nisa dengan kuat sampai Farish memusingkan badannya untuk melihat aku.

End pov...

*****

Farish terkejut apabila pintu bilik wad Nisa tiba-tiba ditolak kuat oleh seseorang. Lalu, dia memusingkan badannya untuk melihat gerangan orang yang menolak pintu itu.

"Kau ni Azrif! Kalau ya pun janganlah tolak pintu tu kuat sangat!" Farish memarahi Azrif sambil mengurutkan dadanya. Azrif hanya diam membisu seribu bahasa.

Azrif mula melangkah ke arah katil di mana Nisa sedang berbaring selama dua bulan. Setelah sampai di tempat Nisa berbaring, Azrif meletakkan bunga lili putih pada tepi katil Nisa. Farish hanya melihat perilaku Azrif.

"Kau ok tak?" Soal Farish. Azrif tidak menjawab soalan dari Farish. Dia hanya memandang muka Farish dengan perasaan geram. Azeif memalingkan mukanya memandang Nisa yang asyik tertidur. Farish hanya mendengus geram apabila Azrif tidak menjawab soalannya.

*****

Nisa pov..

Aku sedang berada di sebuah tempat yang kebanyakannya berwarna putih. Aku lihat pakaianku dan yup! Pakaian aku pun bewarna putih. Aku melihat sekeliling. Kosong. Penuh dengan asap entah dari mana muncul.

"Nisa!" Aku mendengar suara seseorang sedang memanggilku. Aku memusingkan kepalaku untuk mencari gerangan tuan punya suara itu.

"Nisa!" Aku mendengar lagi. Aku melihat ada tubuh seorang gadis sedang berdiri di hadapanku. Tetapi terlalu jauh. Lalu, aku mengorak langkah pergi ke arah gadis itu. Aku berlari sepantas yang mampu.

Aku memberhentikan larianku. Aku terkejut apabila melihat muka gadis itu. Aku kenal gadis itu. Itu...

"Aisyah.." Aku menyebut nama dia. Ya! Gadis itu ialah Aisyah. Sahabat sehidup sematiku. Aku mula berlari ke arah Aisyah yang mendepakan tangannya tanda mahu memeluk. Sampai sahaja di tempat Aisyah, akum mula memeluk Aisyah diikuti dengan Aisyah yang juga membalas pelukkanku.

"Aisyah..hiks..hiks..aku rindu..kau" Aku meluahkan perasaan rinduku pada Aisyah sambil menangis teresak-esak.

"Aku juga rindukan kau Nisa" balas Aisyah sambil memberikan senyuman yang terlampau manis. Tangannya mula membelai rambut belakangku dengan lembut. Kami berdua meleraikan pelukan setelah beberapa lama berpeluk.

"Aku..dah tahu siapa yang rogol dan bunuh kau..hiks..hiks..aku minta maaf..hiks..hiks.. sepatutnya aku yang berada di posisi kau.." luah aku. Aku rasa sangat bersalah pada Aisyah. Roy yang sepatutnya rogol dan bunuh aku. Bukan Aisyah.

"Sshhhh! Tak baik cakap macam tu. Ajal maut itukan semua di tangan Allah. Lagipun dah Allah panggil aku. Nak buat macam mana..hahaha" kata Aisyah sambil bergurau untuk memberikanku ketenangan. "Lagipun kau belum sampai masa lagi nak meninggalkan orang yang kau sayang" sambung Aisyah lagi.

Aku faham apa yang Aisyah maksudkan "Tak! Aku sepatutnya ikut kau. Kat dunia tiada sesiapa yang sayangkan aku. Tolonglah Aisyah. Bagilah aku ikut kau" aku mula merayu pada Aisyah. Tetapi Aisyah hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak! Ada orang sayangkan kau. Terutama Farish" Aku terkerisma. Farish. Macam mana aku boleh lupakan dia. Tetapi dia tidak menjawab panggilanku sewaktu aku dalam kesusahan.

"Tak! Dia tidak perlukan aku" aku mula membentak.

"Percayalah Nisa. Farish memang perlukan kau. Dia sayangkan kau. Dia juga tak mahu kau pergi buat selama-lamanya" terang Aisyah. Aku memandang sayu pada Aisyah. "Aku pergi dulu" Aisyah mula meninggalkanku sambil melambaikan tangannya.

"Aisyah!" Aku memanggil Aisyah. Panggil dan panggil lagi. Bayang-bayang Aisyah sudah hilang dari pandangan mataku.

"AISYAH!!"

End pov...

To be continued...

Sorry for late. Author kebelakangan ni memang busy sampai terlupa nak publish story.

Mianhae 🙇

[C] N I S A Where stories live. Discover now