Nisa tersenyum sinis apabila dia teringat akan 'memori terindah' dengan Ahmad. (Lupa nak bagitau. Nisa ni memang agak kelelakian sedikit. Dia pernah menyertai kelab seni mempertahankan diri seperti taekwondo, silat dan Muay Thai)
Farish yang melihat keadaan Nisa yang asyik tersenyum sinis mula rasa risau. Lalu Farish mula nenegur Nisa.
"Nisa!" Sergah Farish. Nisa apa lagi. Terperanjat tahap gaban lah
"Apa awak soal tadi?" Tanya Nisa dalam keadaan blurr
"Saya tanya, awak pernah tak couple dengan someone sebelum ni?" Tanya Farish lagi.
Nisa memulakan cerita tanpa rasa kekok. Dia cerita tentang isu itu sebab nak malukan si Ahmad yang kena belasah dengan seorang perempuan.
"Yes. Saya pernah bercouple sebelum ni. Tak sampai sebulan, saya dah clash. Dah over" cerita Nisa.
"Macam mana boleh clash pula tu?" Soal Farish lagi
"Saya nampak dia keluar dengan perempuan tak cukup kain. Saya masa tu ingat bukan dia yang keluar dengan perempuan tu. Tapi firasat saya salah. Memang dia keluar dengan perempuan tu. Saya follow lah diorang dari belakang. Lepas tu ex-boyfriend saya mengaku kat perempuan tu yang dia tak cintakan saya. Macam cerita awak lah juga. Tapi dia cakap benda yang boleh membuatkan saya marah" Kata Nisa panjang.
"Dia cakap apa masa tu?" Soal Farish yang ingin tahu cerita dari Nisa.
"Dia cakap dia nak maruah saya. Saya pun sedih lah masa tu dan marah sangat. Sampai saja kat tempat dia, saya mula gaduh besar dengan dia. Ini yang paling kelakar" kata Nisa yang mula menahan gelaknya.
"Alaa..cerita lah apa yang kelakar tu? mesti awak gaduh besar dengan perempuan tu kan?" Kata Farish yang tidak sabar. Disebalik itu juga Farish ingin ketawa.
"Bukan gaduh dengan perempuan tu, tapi saya gaduh dengan ex saya. Saya bukan gaduh perang mulut, saya gaduh cara orang lelaki, iaitu belasah dia sampai lebam. Kelakar gila muka dia. Yang paling malu sekali, dia kena belasah dengan perempuan. Dah lah belasah kat taman. Orang ramai mulalah ketawa" cerita Nisa yang dah mula ketawa. Farish apa lagi. Ketawa terbahak-bahak lah dia.
"HAHAHAHAHA!!! Kesianya laki tu. hahahahaha!! Kata Farish sambil ketawa terbahak-bahak. Menitis air mata jantan dia tu. "Yang perempuan tu apa cite?" Soal Farish dengan sisa baki ketawanya.
"Yang perempuan tu mula lah rasa malu dia. Yelah, boyfriend dia kena belasah dengan seorang perempuan di depan khalayak ramai. Adooii" cerita Nisa yang masih ada sisa baki ketawanya. "Tapi nasib baik saya ada kat taman tu dan dengar perbualan mereka berdua. Kalau tak, mungkin maruah saya akan diambil oleh dia" sambungnya lagi.
"Saya tahu mesti awak susah nak lepaskan dia macam tu lepas apa yang dia cakap" kata Farish. Nisa hanya tersenyum saja.
"Hmm..nak buat macam mana lah kan."kata Nisa.
_______________________
12:30 a.m.
Setelah mereka berjalan kaki selama setengah jam, akhirnya mereka pun sampai di kediaman rumah flat mereka. Yelah, mereka asyik bercerita entah apa entah 😁.
Kemudian, mereka berdua terus masuk ke dalam lif. Nisa menekan butang nombor 3. Manakala Farish menekan butang nombor 5. (Maknanya Rumah Nisa tingkat 3 dan rumah Farish tingkat 5).
Sampai saja di tingkat 3, Nisa terus keluar dari lif. Lalu Nisa memusingkan badannya untuk menghadap Tengku Farish Nabil.
"Terima kasih sebab belanja saya makan tadi. Dan terima kasih juga lah keran mendengar cerita kelakar saya" ucap Nisa sambil tersenyum kepada Farish.
"Sama-sama. Dan terima kasih kerana mendengar cerita saya juga. Cerita awak tu memang kelakar" kata Farish yang mahu ketawa semula."Before I forgot, May I have your number phone? Pinta Farish. Nisa setuju dengan permintaan Farish lalu memberi nombor telefonnya kepada Farish begitu juga dengan Farish.
Setelah mereka menukar nombor masing-masing, Nisa dan Firash terus menuju ke rumah mereka.
To be continued...
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat-umat islam di Malaysia. Kita kosong kosong ye..
YOU ARE READING
[C] N I S A
Mystery / ThrillerSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...