Azrif yang mendengar suara entah dari mana terus pusingkan badannya ke belakang. "Adik! Bukan kita ada selfie ke masa tu?" Soal Azrif kepada Nisa yang lari tercungap-cungap. Azrif teringat yang Nisa pernah bergambar dengannya dulu.
"Alaa..itu ada kawan adik. Tapi ni lain sikit. Ni kita berdua je. Please abang Azrif" Nisa mula memohon (?) Kepada Azrif sambil membuat 'puppy eyes' dan mulut dimuncungkan seperti itik.
Azrif terkaku melihat muka Nisa. Azrif terasa pipinya membahang. Entah apa lah yang dia rasa.
"Abang Azrif, kenapa pipi abang bewarna merah jambu? Abang Azrif blushing eh" Nisa yang melihat pipi Azrif sudah berwarna merah jambu terus menyakat Azrif.
Azrif mula meraba pipinya. Di tekan-tekan pipinya dengan menggunakan jari telunjuk kanan dan kirinya.
"Dah! Dah! Mari selfie. Kan nanti ramai penyokong datang sini pula" kata Azrif yang ingin menyimpan perasaan malunya.
Nisa mengeluarkan iPhone 6 dan dia memilih aplikasi kamera. Lalu dia menghalakan telefonnya ke hadapan.
"Satu. Dua. Tiga" Nisa menangkap gambar bersama Azrif. Bunyi kamera yang ditangkap oleh Nisa sebanyak tiga kali.
"Terima kasih abang Azrif" habis sahaja sesi menangkap gambar bersama Azrif, Nisa mengucapkan terima kasih.
"Sama-sama" balas Azrif. Lalu, Nisa pun keluar dari kawasan bilik persalinan (?) Dan dia terus menuju ke luar stadium (?).
Tiba sahaja di luar, Nisa terus menuju ke perhentian bas. Nisa duduk di bangku perhentian bas. Dia ingin mencari teksi untuk pulang ke rumahnya.
Beberapa minit kemudian, Nisa ternampak teksi yang pergi ke perhentian bas yang diduduki Nisa. Lalu Nisa menahan teksi tersebut dan akhirnya teksi itu berhenti di hadapannya. Nisa mula membuka pintu belakang teksi dan memasuki teksi tersebut. Setelah masuk ke dalam teksi, dia mula menutup pintu itu semula.
"Pak cik, bawa saya ke restoran mamak Shah Alam" setelah Nisa memberi lokasi yang ingin dituju, pemandu teksi itu terus menuju ke tempat yang Nisa inginkan.
******************
Setelah Nisa berada di dalam teksi selama 30 minit, akhirnya dia sampai di tempat yang dia ingin dituju, iaitu restoran mamak.Nisa mula mengorak langkah ke dalam restoran mamak. Sampai sahaja dia di dalam restoran mamak, dia pergi ke tempat kosong dan duduk.
Nisa yang ternampak pelayan india muslim itu terus mengangkat tangannya untuk memesan makanan. Pelayan india muslim yang ternampak Nisa mengangkat tangannya terus pergi ke arah Nisa.
"Ya dik! Mahu makan apa?" Soal pelayan mamak itu.
"Bagi saya air milo ais dengan nasi goreng cina" pinta Nisa. Pelayan mamak itu mengangguk dan pergi ke dapur untuk memberi pesanan kepada tukang masak.
3 minit kemudian..
Makanan yang dipesan oleh Nisa sudah sampai di hadapan mejanya. Nisa yang menelan air liur segera menahan. Nisa memulakan bacaan doa makan. Selepas mengaminkan doanya, dia pun minum air milo ais dan makan makanan kegemarannya.
10 minit kemudian...
Selepas Nisa menghabiskan makanannya, dia pergi ke arah kaunter untuk membuat bayaran.
Setelah Nisa membuat bayaran, dia melangkah ke luar restoran dan terus menuju ke rumah flatnya yang tidak terletak jauh. Dalam 15 minit baru dia sampai rumah flatnya 😁.
*****************
Selepas Nisa keluar dari restoran mamak, Dia mengambil telefon dan earphone dari begnya dan Nisa menyambungkan earphone pada telefonnya dan kepala earphone Nisa disambungkan pada telinganya.
Lalu dia membuka aplikasi muzik. Nisa mula memilih lagu kegemarannya, iaitu 'HATE - 4Minute' (K-pop Song). Nisa mula menyanyi mengikut rentak muziknya.
"Ne nunbicci malhae jugo isseo,
Liar liar liar doe nal sogiji ma oh,
ijen doe isang algo sipji anha,
I don't wanna know know know,
Deoneun no no no kkeutmasseo"Sedang Nisa ingin menyambung lirik yang kedua, Nisa berhentikan dirinya di sebuah rumah flat yang lama ataupun kita panggil rumah 'buruk'.
Nisa ternampak ada sebuah bas ekspres di luar rumah flat itu. Nisa seakan kenalpasti bas ekspres itu.
"Itu bukan bas team Selangor ke? Kenapa boleh ada bas kat kawasan rumah tu?" Nisa menyoal tentang bas pasukan Selangor itu (?).
Nisa berfikir lagi. Dia meletakkan jari telunjuknya ke dagu dan menghayunkan seperti orang yang sedang memikir. Tanpa rasa takut, dia mula memasuki kawasan rumah tersebut.
Selepas memasuki kawasan perumahan itu, dia terus berdiri di belakang bas selangor dan dia keliling bas tersebut. Dia pusing dan pusing. "Betullah tekaan aku. Ini memang bas Team Selangor " Nisa mula mengagak bahawa apa yang ditekanya adalah betul.
"Diorang buat apa kat sini?"
To be continued...
YOU ARE READING
[C] N I S A
Mystery / ThrillerSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...