Bab 11

217 11 1
                                    

"Awak pernah couple tak sebelum ni?" Soal Nisa

Farish yang mendengar perkataan "couple" terus memberhentikan langkahnya diikuti dengan Nisa. Dia tenung wajah Nisa seketika. Farish mengeluh. Lalu dia menjawab soalan Nisa yang tergendala itu.

"Pernah. Dalam 30 perempuan yang saya pernah couple dan tinggalkan dia" jawab Farish selamba.

"Kenapa awak buat macam tu dengan perempuan yang pernah awak couple? Awak ingat lepas awak dah buat 'BENDA' tu terus awak buang dia macam patung ke gitu?" Marah Nisa.

Farish faham akan maksud Nisa tu mula ketawa terbahak-bahak.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!" ketawa Farish. Nisa yang berang dengan ketawa Farish tu terus meninggalkan dia. Farish yang sedar akan Nisa yang pergi meninggalkannya terus berhenti ketawa dan mengejar Nisa dari belakang.

"Nisa wait!" Laung Farish lalu memegang tangan Nisa. Nisa yang seperti terkena renjatan elektrik apabila Farish dengan selamba memegang tangannya dan terus menoleh ke belakang.

"Don't you dare to touch my hand!" Marah Nisa. "Saya tak pernah sentuh lelaki atau pegang tangan lelaki" sambungnya lagi.

Farish terkaku apabila Nisa mengatakan bahawa dia tidak pernah memegang tangan lelaki.Dia malu dengan dirinya sendiri. Dia pernah memegang tangan wanita lain selama dia menjalinkan hubungan. Lalu dia pun melepaskan tangannya yang asyik memegang tangan Nisa.

"I'm so sorry Nisa. Saya tak bermaksud nak memegang tangan awak" kata Farish dengan rasa bersalah. "Tapi apa yang awak fikir tu semua tak betul. Saya tinggalkan mereka semua sebab diorang tu cintakan duit saya. Diorang bukan cinta saya dengan hati yang ikhlas" sambungnya lagi.

Bila Farish beritahu perkara yang sebenarnya, Nisa mula rasa bersalah pada Farish dan tundukkan kepalanya.

"Saya minta maaf. Saya dah tuduh awak macam tu" kata Nisa. Tanpa dia sedari, air matanya mula menintis. Farish seakan sedar melihat Nisa yang mula menangis terus menegurnya.

"Are you crying Nisa?" Soal Farish yang kasihan melihat orang yang dia sayang menangis.

Ya. Dia mula menyukai Nisa sejak pertemuannya di lif bersama kawan lelakinya petang tadi. "Please don't cry. Saya maafkan awak. Awak tak salah. Dah jangan nangis. Nanti muka awak hodoh macam kodok" gurau Farish untuk menenangkan Nisa.

"Yelah. Saya dah tak nangis dah. Mulut awak ni kurang gula ea? Suka je nak mengejek orang" kata Nisa tersenyum. Lalu mereka meneruskan perjalanan mereka. Tiba-tiba Farish pula ingin menanyakan soalan yang sama diberi oleh Nisa.

"Awak macam mana pula? Awak pernah couple tak sebelum ni?" Soal Farish. Nisa yang mendengar soalan yang diberikan oleh Farish termenung sambil berjalan.

*********
Flashback

Nisa yang penat selepas berjogging pada waktu petang terus menuju ke bangku kosong di hadapan tasik. Sedang dia mengelap peluh pada lehernya, tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang amat dia kenal.

Nisa mengecilkan matanya untuk mengecam seorang lelaki itu. Lalu dia dapat mengecam lelaki itu.

"Itu bukan Ahmad ke? Dan siapa perempuan di sebelahnya? Perempuan tu agak-Agak lah nak pakai dress macam tu. Macam tak cukup kain" Kata Nisa dengan nada berbisik. "Aku kena siasat" sambungnya lagi.

Lalu, dia mula mengikut Ahmad dari belakang. Ahmad dan perempuan tu mula duduk di bangku kosong. Nisa terus menyorok di belakang pokok. Lalu dia mula mendengar perbualan mereka berdua.

"Bie,bila you nak clash dengan perempuan tomboi tu?" Kata perempuan tu.

"Alaa.. sabar lah Sherry. I kena ambil maruah dia dulu. Lepas I dah ambil maruah dia tu I clash lah dengan dia" kata Ahmad dengan sinis.

Nisa yang mendengar perbualan dari Ahmad terus terduduk di sebalik pokok. "Jadi selama ni dia mainkan perasaan aku! Kurang ajar!" Nisa yang berang dengan Ahmad terus bangun dan pergi ke arah Ahmad dan Sherry dengan perasaan marah.

"Jadi selama ni kau nak maruah aku lah!" Sergah Nisa. Ahmad dan Sherry terkejut dengan kehadiran Nisa. Tanpa mendengar penjelasan dari Ahmad, Nisa mula belasah Ahmad sehingga lebam. Sherry cuba menolak Nisa tetapi tidak berhasil kerana Nisa menolaknya ke belakang.

"Nasib baik aku sedar pasal ni. Kalau tak! Memang aku akan jadi budak pengotor! Dengan sini! Mulai hari ni kita putus! Puuih!" Kata Nisa sambil meludah ke arah Ahmad. Lalu aku sengaja melanggar bahu Sherry dan terus meninggalkan Ahmad dengan kesan lebamnya.

End flashback

*********
To be continued...

Wow! Ganasnya Nisa! Sampai belasah Ahmad dengan teruk sekali. Hahaha 😁

[C] N I S A Where stories live. Discover now