Flashback again...
"Jangan bergerak! Kalau tak aku tembak korang semua" kata lelaki yang menutupkan kepalanya dengan topi sambil menghalakan sepucuk pistol ke arah Shahrom dan seterusnya menghalakan sepucuk pistol itu ke arah pemain Selangor yang lain.
"Ka..kau siapa?" Soal Shahrom dalam keadaan takut.
"Kau tak perlu tahu aku ni siapa. Tapi aku nak rompak korang" jawab lelaki itu.
"Ambillah duit kami semua. Janji lepaskan kitorang semua" pohon Azmi Muslim.
"Hahahahahaha!! kau ingat lepas aku dah ambil duit korang and aku lepaskan macam tu saja? Not my taste lah brader!" Kata lelaki itu sambil ketawa jahat.
"Sekarang ni aku nak korang semua turun dari bas ni dan ikut arahan aku" arah lelaki itu. Lalu, pemain-pemain Selangor, Jurulatih serta Pengerusi mula turun dari bas dan ikut saja arahan dari lelaki durjana itu. 😁
End Flashback....
**********************
"Ooooooo" Nisa hanya membuat muka 'O' setelah Shahrom Kalam menamatkan ceritanya. Kepalanya masih lagi memberat disebabkan kesakitan yang dialaminya. Orang kata kalau sakit dosa kita akan terhapus.
"Adik macam mana boleh ada dekat sini pula?" Azrif mula menyoal Nisa. Tapi Azrif ada rasa kasihan pada Nisa melihat keadaan Nisa. Darah di kepala Nisa masih lagi tidak berhenti dan terus mengalir.
"A..dik..a..da..ja..jalan..kaki..de..kat..kawa..san..ni..ma..sa..a..dik..jalan..ka..ki..de..kat..kawasan..ni, a..dik..ternam..pak..bas..Selangor..A..dik..terfikir..a..pa..ab..bang..semua..bu..at..dekat..si..ni.." kata Nisa tersangkut. Dia terpaksa menahan kesakitan pada kepalanya yang berdenyut-denyut.
"Tan..pa..ber..fi..kir..pan..jang, a..dik..terus..masuk..ke..si..ni..masa a..dik dekat..tingkat 1, a..da..orang..mula..me..mukul..a..dik men..guna..kan..batu" terang Nisa. Azrif, Nazmi dan Shahrom yang mendengar cerita dari Nisa mula rasa sedih.
"Adik! Kenapa adik tetap masuk juga kat kawasan ni! Kalau terjadi sesuatu dekat adik macam mana?" Tegas Azrif. Dia ada rasa sedikit risau terhadap Nisa. Yelah! Ada ke anak dara pergi keluar seorang diri pada waktu malam macam ni.
"A..dik..dah..bia..sa..pergi..dan..balik..se..orang..diri..adik..dah..ter..biasa..ban..yak..kali..a..dik..ke..na..ka..cau..dengan..lelaki..miang..tapi..a..dik..a..da..seni..mem..pertahankan..diri" terang Nisa lagi. Bergetar-getar dia bicara.
Azrif hanya mengeluh. Dia tidak mahu Nisa diapa-apakan. Dia mula menyukai Nisa tapi tak tahu macam mana. Yang pasti hatinya mula menaruh kepada Nisa. Gadis yang dia sukai.
"Wow! Wow! Seronok berborak?" Soal sinis dari lelaki yang entah dari mana muncul. Nisa serta ketiga-tiga pemain Selangor mula memusingkan kepala untuk menghadap suara lelaki tersebut.
"Lepaskan kitorang lah si*l" Azrif mula rasa geram apabila melihat lelaki yang menyamar sebagai pemandu bas mereka. Dan dia membawa 3 orang suruhannya. Mesti lelaki yang menyamar jadi pemandu bas tu ialah ketuanya.
Busssshhh!
Lelaki itu mula menumbuk rahang kiri Azrif sehingga ada kesan darah pada tepi mulutnya. Nisa, Shahrom dan Nazmi terkejut dengan apa yang lelaki itu buat pada Azrif.
"lain kali bahasa tu sopan sikit. Kalau tak kena macam ni" lelaki itu menghayunkan tangan kanannya dan..
Busssshhh!!
Sekali lagi rahang Azrif ditumbuk. Darah pada tepi mulut kiri Azrif mula mengalir dengan banyak sekali. Tetapi Azrif tidak ada rasa sakit pada mulutnya. Sebaliknya dia mula rasa sakit di dalam hatinya (?).
"Kenapa korang rompak mereka? Korang kenal mereka secara privasi ke?!" Nisa yang geram dengan lelaki yang berani tumbuk muka Azrif mula bersuara. Yelah! Muka pemain favouritenya kena tumbuk. Hilang muka kehandsomeman dia.
Lelaki yang mendengar suara kemarahan (?) Nisa mula mengorak langkah ke arah Nisa dan meninggalkan Azrif yang lemah terbaring. (Dia baring sambil terikat. Paham² jelah)
Lelaki itu mula memegang lembut kepala Nisa dan mula bersuara "Kau ni cantik je lebih. Tapi mulut tu tak SOPAN!" Sebaik sahaja lelaki itu menamatkan ayatnya, dia terus menghempaskan kepala Nisa ke lantai simen.
"Aaaaaarrggghhhh" Nisa meraung kesakitan yang amat sakit. Kepala Nisa mula mengeluarkan darah dengan begitu banyak sekali. 'Dia ingat kepala aku ni bola ke?' Marah Nisa dalam hati. Sempat lagi dia nak bergurau.
"Adiiiiikkk!" Laung Azrif. Dia begitu kasihan melihat Nisa dalam keadaan sebegitu. Tanpa dia sedari, ada setitis air mata mula mengalir. Ya! Air jantannya sudah mengalir. Shahrom dan Nazmi yang melihat keadaan Nisa hanya diam dan ada kalanya ingin menangis.
"Jom tinggalkan mereka!" Sebaik sahaja 'berkenalan' dengan mereka berempat, lelaki itu dan konco-konconya mula meninggalkan mereka berempat.
To be continued...
YOU ARE READING
[C] N I S A
Misterio / SuspensoSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...