Buushhhhhh!
Roy terbaring di atas lantai simen selepas ditumbuk oleh seseorang. Konco-konconya juga terkejut dengan apa yang dilakukan oleh si dia. Lalu Roy memandang gerangan tuan yang menumbuk mukanya. Dia tersenyum sinis.
"Berani kau tumbuk aku Azrif" Azrif lah yang menumbuk Roy. Dia hilang sabar dengan apa yang dia buat pada Nisa.
"AKU DAH HILANG SABAR DENGAN KAU! NISA TIDAK BERSALAH DALAM HAL KAU TU!" Azrif memarahi Roy walaupun dia kadang-kadang takut jika Roy akan buat sesuatu padanya. Konco-konco Roy ingin membelasah Azrif tetapi dihalang oleh Roy.
Roy mula melangkah ke arah Azrif dengan hanya tersenyum sinis.
"INI POLIS! SILA KELUAR! TEMPAT INI TELAH DIKEPUNG!" Polis memberi amaran kepada Roy dan konco-konconya. Sebahagian anggota polis mula menerjah masuk ke dalam rumah flat lama tersebut.
"Sapek! Wan! Man! Kau pergi ikat 3 orang ni sekali! Lepas dah ikat diorang, Sapek dengan Wan pergi tengok pemain-pemain lain pula" Arah Roy pada konco-konconya. Lalu konco-konconya mula mengikat tiga pemain Selangor.
"Woi! Lepaslah!!" Azrif mula membentak diikuti pula dengan Shahrom dan Nazmi. Roy pula membawa Nisa (meletakkan tubuh Nisa pada bahunya) (?) dan mula mengambil duit-duit yang dirompak olehnya.
*******************
Situasi Sapek & Wan.
Sapek dan Wan mula melangkah ke tingkat satu dimana kesemua pemain, jurulatih dan pengurus berada di situ. Wan membuka pintu bilik manakala Sapek mula berlari ke arah pemain-pemain, jurulatih serta pengurus diikat.
"Ikut aku cepat!" Tegas Sapek. Dia mula menarik tali yang diikat pada pemain-pemain, jurulatih serta pengurus. Wan juga membantu Sapek untuk menarik tali.
"Jangan bergerak! Kami polis! Sila angkat tangan anda! Anda berdua telah dikepung" sergah seorang anggota polis sambil mengacukan pistol ke arah Sapek dan Wan.
Wan dan Sapek yang ingin mengambil pistol yang berada di dalam poket tidak berjaya apabila tiga anggota polis melepaskan tembakan ke arah mereka berdua.
Bang! Bang!
Wan dan Sapek mengerang kesakitan apabila bahu kanan mereka berdua terkena tembakan dari polis. Kedua-dua anggota polis mula melangkah ke arah Wan dan Sapek manakala seorang lagi anggota polis berlari ke arah pemain-pemain, jurulatih serta pengurus untuk membuka tali ikatan.
Anggota polis mula menggari Wan dan Sapek. Wan dan Sapek muka memberontak tetapi tidak berjaya tatkala bahu mereka terkena tembakan. Lalu, Wan dan Sapek yang digari dibawa oleh dua anggota polis manakala mangsa-mangsa yang diikat dibawa oleh seorang anggota polis.
**********************
Situasi Roy, Man, Nisa, Azrif, Shahrom & Nazmi
Roy membawa tubuh Nisa yang tidak sedarkan diri di atas bahunya manakala Man menarik ketiga-tiga pemain Selangor dengan tali.
Mereka berlima telah berada di luar rumah flat. Lalu Roy mencampak tubuh Nisa ke atas tanah. Nisa tidak mengadu sakit ataupun merengek kerana dia masih lagi tidak sedarkan diri. Man pula menendang belakang Azrif, Shahrom dan Nazmi dari belakang supaya mereka duduk.
"Jangan bergerak! Tempat ini telah dikepung! Anda tidak boleh lari lagi!" Entah dari mana datangnya suara tu. Roy pasti itu suara anggota polis. Lalu, Roy memusingkan kepalanya ke kanan manakala Man hanya perlu mengangkat kepalanya sahaja.
Mereka berdua terkejut. Tekaan Roy memang tepat. Dia dan Man memang berada di depan beberapa anggota polis yang lain. Macam mana lah mereka tak perasan. Roy dengan rasa takutnya terus mengangkat tubuh Nisa dan jadikan dia sebagai tebusan walaupun Nisa masih lagi tidak sedarkan diri.
"JANGAN DATANG DEKAT! KALAU TAK AKU AKAN CEDERAKAN DIA DENGAN TERUK!" Ugut Roy. Manakala Man dan tiga pemain Selangor terkejut dengan tindakan Roy. Roy dah tikam dia takkan nak Nisa jadi tebusan dia.
Ada sepasang mata lelaki melihat keadaan Nisa yang sangat menyayat hati. Tanpa dia sedar, air matanya mula mengalir.
"Nisa"
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Farish pov..
Aku mula mengikuti Inspektor Hashim sehingga memasuki ke kawasan luar rumah flat lama. Aku melihat polis menutup lampu kereta supaya mereka dapat menangkap penculik-penculik itu.
Tiba-tiba aku dan pengawai-pengawai polis lain ternampak kelibat dua orang. Tapi bukan seseorang, aku lihat seorang lelaki berpakaian hitam sedang mengangkat gadis dan letaknya di atas bahunya manakala lelaki yang memakai topi sedang menarik tiga orang tebusan dalam terikat (faham² jelah). Mereka berdua tidak tahu yang kami semua sedang mengawasinya.
"Jangan bergerak! Tempat ini telah dikepung! Anda tidak boleh lari lagi!" Inspektor Hashim mula bersuara dan pegawai-pegawai polis mula menghalakan pistol itu pada mereka berdua.
"JANGAN DATANG DEKAT! KALAU TAK AKU AKAN CEDERAKAN DIA DENGAN TERUK!" Ugut lelaki itu sambil menghalakan sepucuk pistol ke arah gadis itu.
Aku terkejut melihat gadis itu. Itu bukan Nisa ke?. Dan aku lihat pada seluruh badan Nisa. Kepalanya penuh dengan darah. Mukanya penuh dengan lebam dan dua torehan pada kedua-dua belah pipinya. Dan aku lagi terkejut melihat darah mula keluar dengan banyak pada perut Nisa. Adakah Nisa kena ditikam?. Itulah persoalanku.
Aku lihat Nisa hanya terkaku di situ. Dan paling aku tak suka katakan, dia tidak sedarkan diri. Tanpa aku sedar, air mataku mula mengalir apabila melihat orang yang aku sayangi dipukul, didera dan ditikam dengan teruk.
"Nisa" luahku. Aku lihat juga lelaki yang memegang Nisa sebagai tebusan menghayunkan tubuh Nisa macam boneka.
End pov...
To be continued...
YOU ARE READING
[C] N I S A
Mystery / ThrillerSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...