PS: Bab ini merupakan bab terakhir dan mungkin juga jalan ceritanya yang Agak panjang. Jadi harap readers dapat bertahan dengan bab ini. Enjoy!!
_________________________
"Saya cintakan awak"
Nisa menekup mulut tanda terkejut dengan luahan Ahmad. Air mata Nisa mula mengalir dengan pantas sekali. Sedih? Terharu? Nisa tidak tahu perasaannya ketika ini.
"Tapi saya tahu awak cintakan Farish. Betul tak?" Ahmad tahu bahawa Nisa menyintai Farish. Dia terpaksa menahan sakit di hatinya apabila meluahkannya. Ahmad ingin Nisa bahagia dengan orang yang betul-betul dia cintai.
"Terima kasih Ahmad. Saya juga menyintai awak. Tapi nampaknya perasaan cinta saya pada awak makin pudar. Dan ya! Saya mula menyintai Farish. Terima kasih memahami saya. Pasal abang awak tu, saya dah lama maafkan begitu juga dengan awak" balas Nisa sambil memberikan senyuman manis pada Ahmad. Ahmad mula dibawa oleh dua anggota polis dan terus sahaja masuk ke dalam kereta polis. Kereta polis yang dinaiki Ahmad mula meninggalkan tempat kejadian begitu juga dengan konco-konco Ahmad.
"Awak bual apa dekat Ahmad?" Nisa terkejut mendengar suara Farish dari belakang. Lalu ditolehkan badanya ke belakang. Dilihat muka Farish sedang merenung Nisa dengan pandangan tajam.
"Bual pasal sesi 'meluahkan perasaan' antara satu sama lain" Nisa menjawab dengan selamba sambil mengelapkan airmatanya dengan hujung baju lengan panjangnya. Dia mahu mengenakan Farish. Dalam hatinya ingin sahaja meletuskan ketawanya.
Farish yang mendengar jawapan daripada Nisa mula rasa cemburu. Denga perasaan cemburunya yang ingin membuak (?), Farish terus menolak tubuh kecil Nisa ke dinding dan menyebabkan Nisa mengerang kesakitan. Farish mula mengunci pergerakan Nisa dengan kedua-dua lengan sasanya.
"Ke..kenapa ni Farish.." Nisa mula cuak dengan situasinya sekarang. Kadang-kadang Nisa berasa takut bila Farish tidak habis-habis melihat dirinya.
"Kenapa? Takut?" Farish mendekatkan mukanya sedikit ke arah muka Nisa. Nisa cuba mengundurkan kepalanya daripada didekatkan dengan muka Farish tetapi dinding menjadi penghalang.
Farish hampir tergelak melihat muka Nisa yang macam ketakutan. Farish cuba membuangkan sedikit perasaan cemburunya. Fikirannya asyik teringat aksi adegan Ahmad mengucup bibir Nisa. Betapa sakit hati Farish melihat orang yang dia cintai dicium oleh bekas teman lelaki.
"Baik awak bagitahu saya, apa yang awak bual dekat Ahmad sebelum saya kiss awak!" Nisa membulatkan matanya. Kiss? Aku tak nak kena kiss lagi.
"Yelah..yelah" Nisa mengaku kalah dan Farish tersenyum senget.
"Sebenarnya tadi Ahmad nak minta maaf dengan saya. So, saya pun maafkan dia lah" seloroh Nisa menjawab.
"Betul ke ni?" soal Farish dalam keraguan.
"Be..betul lah" balas Nisa dengan perasaan gementar. Farish yang ingin bersuara tidak kesampaian (?) apabila ada suara lain berdehem.
"Ehemm..ehemm.."
Nisa dan Farish memandang ke figura (?) yang menganggu perbualan mereka. Oh.. Abang Azrif rupanya.
YOU ARE READING
[C] N I S A
Misterio / SuspensoSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...