"Nisa..."
Rifa hanya melihat van itu pergi. Dia tidak dapat membantu Nisa. Rifa sedaya upaya untuk bangun walaupun perutnya masih lagi terasa sakit. Lalu, dia mengambil telefon lenovonya dan menghubungi seseorang.
***********************
Rifa pov..
On the phone..
"As..salamua..laikum Farish.." Ya! Aku sedang menghubungi Farish dengan suara tersekat. Nak hubungi abang Azrif, lupa nak simpan nombor dia.
"Waalaikumusalam. Ya Rifa. Awak ok tak? Kenapa suara awak lain ni?" Aku tidak dapat bercakap dengan betul akibat tendangan dari orang itu.
"Farish..Nisa.." aku tidak dapat menjawab soalan Farish. Apa yang penting ialah keselamatan Nisa.
"Kenapa dengan Nisa?!" sakit telinga aku bila Farish menjerit nama Nisa. Haaiih dia ni.
"Nisa..nisa..kena culik!" aku memberitahu perkara sebenar pada Farish
"Hah!! Jangan main-main Rifa. April fool dah lepaslah" Aku tak bergurau lah encik tengku ooiii..
"Saya tak gurau lah! Tadi ada sebuah van putih berhenti dekat depan kitorang. Lepas tu orang lelaki tu terus tarik tangan Nisa. Saya cuba nak tolong dia. Tapi ada seorang lelaki ni dia tendang perut saya..."aku tak habis cakap lagi, Farish mematikan panggilanku
Tapi aku ingat nombor plat van putih itu..
WWW 3456
End pov..
**********************
Farish pov..
Aku dan Azrif menikmati hidangan tengahari di restoran yang berada di hadapan pejabatku.
"Kau tadi ada call Nisa tak?" aku memandang Azrif yang tengah makan. Aku terus menganggukkan kepalaku apabila Azrif menyoal.
"Sebenarnya Nisa hancurkan phone dia" entah kenapa aku boleh terbatuk hanya disebabkan pasal telefon Nisa. Aku mengambil minuman berperisa tembikai lalu aku minumnya dengan rakus. Keadaanku sudahpun kembali sedia kala.
"Kenapa Nisa hancurkan phone dia? Dan macam mana kau tahu?" aku menyoal Azrif sambil mengelap sisa-sisa baki minuman yang melekat pada hujung bibirku menggunakan tisu yang tersedia. Aku lihat Azrif meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan tanda menghentikan makan (?). Azrif menarik nafas lalu dia mula bercerita.
"Aku ada datang rumah dia. Bila aku ketuk pintu, dia menjerit ketakutan. Aku tendang lah pintu rumah dia. Bila aku masuk rumah dia, dia peluk lutut dia sambil menangis. Aku pun tenangkanlah dia dan membawa dia ke luar rumah. Kalau tak, kena tangkap basah dan kahwin free jelah" aku mencebik. Sempat lagi dia buat lawak.
"Aku suruh lah Nisa cerita masalah dia dekat aku. Tapi dia tak nak. Lepas Nisa baca mesej entah dari siapa, tiba-tiba dia menjerit macam orang tengah marah dan terus campak phone dia kat lantai" aku menganggukkan kepala. Nisa ada masalah ke? Apa masalah dia sampai tak nak kongsikan pada Azrif mahupun aku.
"Aku rasakan Farish, Nisa mungkin ada sembunyikan sesuatu daripada kita" aku memandang Azrif. Entah kenapa aku tak ada selera nak makan apabila mendengar cerita dari Azrif.
Don't let me down~
Aku memandang IPhone 6s yang berada di sebelah kiri. Aku lihat nama Rifa terpapar pada skrin telefon pintarku. Lalu aku menyentuh butang hijau dan mengheretkannya.
"As..salamua..laikum Farish.." Rifa memberi salam. Tapi kenapa suara dia macam orang tengah tahan sakit. Aku memandang Azrif dan muka Azrif be like 'siapa tu?'. Aku menjarakkan telefonku dan menjawab soalan Azrif.
"Waalaikumusalam. Ya Rifa. Awak ok tak? Kenapa suara awak lain ni?" Aku memberhentikan langkahku untuk makan (?) dan menyoal Rifa dengan curiga.
"Farish..Nisa.." Nisa? Kenapa dengan dia?.
"Kenapa dengan Nisa?!" Aku meninggikan sedikit suaraku. Aku memandang Azrif yang tekun melihatku.
"Nisa..nisa..kena culik!" bagaikan tukul 'thor' mengetuk di atas kepalaku. Nisa? Kena culik?.
"Hah!! Jangan main-main Rifa. April fool dah lepaslah" Aku cuba menyakinkan diriku. Aku dengar Rifa mendengus geram dalam talian.
"Saya tak gurau lah! Tadi ada sebuah van putih berhenti dekat depan kitorang. Lepas tu orang lelaki tu terus tarik tangan Nisa. Saya cuba nak tolong dia. Tapi ada seorang lelaki ni dia tendang perut saya..." Aku terus mematikan panggilanku.
End pov..
****************************
"Kenapa ni bro?" Azrif terkejut melihat Farish bangun dari tempatnya dengan terburu-buru.
"Kawan Nisa call tadi yang Nisa kena CULIK!!" Azrif juga bangkit dari tempat duduknya selepas mendengar perkataan 'CULIK '. Lalu, mereka berdua meletakkan not kertas RM50 di bawah gelas dan meninggalkan restoran.
************
Situasi Nisa...
Spplaaaaasshh!
Nisa terus tersedar dari pengsannya apabila ada sebaldi air menyimbah ke mukanya. Dirinya mula diikat pada kerusi kayu. Dilihat ada tiga orang lelaki yang berdiri dihadapannya. Nisa tidak dapat mengecam muka tiga orang lelaki kerana ada lampu yang menerangi kedua-dua belah matanya.
"Baru bangun Nisa?" soal lelaki yang betul-betul berada di hadapannya. Nisa mencebik. Soalan bodoh apakah..
"Kau tak nampak ke aku baru bangun sebab ada orang tu simbah air" Nisa mengejek kata-kata lelaki itu. Lelaki itu mengenggam penumbuknya. Tetapi dia menyabarkan hatinya dahulu.
"Huhh! Kau tak ingat aku ke?" soal lelaki itu dengan senyuman senget.
"Macam mana aku nak ingatkan kau? Muka kau pun aku tak nampak!!" Nisa mengejek lelaki itu lagi.
'Bodoh! Dia takkan tak kenal suara aku kot.. Perangai kau still lagi tak berubah Nisa. Dasar blank girl' desis hati lelaki itu.
"Ok" lelaki itu mengambil lampu yang menghalang penglihatan Nisa terus dihalakan kepadanya. Nisa membulatkan matanya lepas melihat lelaki itu.
"Ah...Ahmad!"
*******************************
To be continued...
YOU ARE READING
[C] N I S A
Mystery / ThrillerSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...