Surprise!!!!!!
Rumah Nisa bergema 'kejutan' dari sahabat-sahabatnya dan Pn.Haeliza. Nisa menekup mulutnya dan matanya mula berair tanda terharu. Nisa melihat ada kain (?) yang tulis 'welcome back Nisa!'
"Welcome back to your house Nisa!" laung Rifa, Syukrina, Farish, Haziq dan Pn. Haeliza.
Nisa terharu lagi dengan ucapan dari sahabatnya dan Pn. Haeliza. Dan air mata Nisa telah pun mengalir. Di hadapan Nisa ada kek coklat yang di letakkan di atas meja. Bahu Nisa tiba-tiba disentuh oleh seseorang dari belakang.
"Abang doakan semoga adik sihat dan tabah mengharungi cabaran" kata Azrif yang mengusap kedua-dua bahu Nisa dengan lembut. Nisa hanya membiarkan sahaja perilaku Azrif. Farish yang melihat keakraban antara Nisa dan Azrif mula timbul rasa cemburu tetapi ditahannya agar dia tidak bertindak secara melulu. Farish tidak mahu peristiwa itu berlaku lagi.
"Terima kasih abang Azrif" ucap Nisa sambil memberikan senyuman kepada Azrif.
"Sama-sama" balas Azrif. Nisa mula melangkah masuk ke rumahnya dan menuju ke meja yang dipenuhi dengan hadiah dan ada kek coklat yang besertakan lilin yang dinyala.
"Heeeyy! Hari ni bukan birthday aku lah. Tak payah lah nak sediakan kek semua ni. Baik buat doa selamat saja" kata Nisa sampai kesemua kawan-kawan dan Pn.Haeliza terkerisma mendengar kata Nisa. Nisa rasa bersalah apabila berkata sebegitu.
"Maaf! Saya tak bermaksud nak berkata sebegitu. Tapi lebih afdal kita buat sahaja doa selamat" terang Nisa agar mahu menjaga perasaan mereka semua.
"TAK APA!!" Serentak mereka semua membalas. Nisa tersenyum kepada kawan-kawan dan Pn.Haeliza. Rifa mula mengambil kek coklat yang besertakan lilin itu membawa ke Nisa.
"Kek yang aku bawa ni menandakan kau sudah balik dari hospital yang membosankan tu.. " Sempat lagi Rifa buat lawak. Nisa ketawa kecil.
"Dan kek ini juga menandakan yang kau, aku, dan Syukrina adalah sahabat sehidup semati" terang Rifa. Nisa menangis kecil dan menekup mulutnya tanda terharu dengan kata Rifa. Pn. Haeliza, Haziq, Farish dan Azrif terharu mendengar kata dari Rifa.
"Now, tuip lilin ni" arah Rifa yang menghalakan kek itu pada Nisa. Nisa kembungkan pipinya dan dia mula meniup lilin.
Kawan-kawan Nisa dan Pn.Haeliza hanya bertepuk tangan selepas Nisa meniup lilin. Rifa meletakkan semula kek coklat itu di atas meja. Tangan Rifa mula mengambil sebilah pisau pemotong kek dan diserahkan kepada Nisa.
"Potong kek tu Nisa. Aku dah lapar ni" gurau Syukrina yang memulaskan (?) perutnya gaya orang lapar. Nisa hanya menggelengkan kepalanya dengan perangai Syukrina.
Nisa menyambut pisau pemotong kek yang Rifa hulurkan sebentar tadi. Nisa meletakkan pisau itu di atas kek dan mula memotong kek coklat. Kawan-kawan dan Pn.Haeliza bertepuk tangan selepas Nisa memotong kek.
*****
"Thanks lah sebab buat majlis macam ni" ucap Nisa yang berada di hadapan pintu rumahnya. Azrif sudah pun balik awal disebabkan esok dia ada kem latihan. Kawan-kawan Nisa (Haziq, Rifa, Syukrina, Farish) dan Pn. Haeliza telahpun berada di luar rumah Nisa.
"You are welcome" serentak mereka berempat menjawab. Pn. Haeliza hanya menggeleng kepala. "Kalau macam tu kitorang balik dulu" pinta Haziq Nisa mengangguk kepalanya. Lalu, Haziq, Rifa, Syukrina dan Pn. Haeliza mula meninggalkan Nisa dan Farish.
"Nisa, boleh tak saya cakap dengan awak?" Selepas mereka berempat meninggalkan rumah Nisa, Farish memulakan perbualannya di luar rumah Nisa.
Nisa memandang Farish dan dia memberikan senyuman ikhlas kepada Farish lalu dia pun menganggukkan kepalanya "awak nak cakap apa Farish?". Farish mengeluh panjang dan mula bersuara.
"Awak maafkan saya kan?" soal sayu Farish. Nisa memandang Farish dengan tanda tanya (?) sambil kerutkah dahinya.
"Awak tak buat salah apa-apa pun Farish" kata Nisa. Dahi Nisa sudah pun berkerut.
"Ya. Saya ada buat salah. Saya marah awak, saya tak jawab panggi.." percakapan Farish tergendala tatkala Nisa mula menyampuk.
"Farish, benda dah lepas. Tak payah nak ungkit. Setiap manusia ada buat kesalahan masing-masing" kata Nisa yang memberikan senyuman manis pada Farish. Farish membalas senyuman Nisa.
"Jadi, maknanya awak sukakan saya lah?" Soal Farish dengan gurauan. Farish sengaja menyoal tentang itu pada Nisa. Nisa terus memandang tempat lain. Tak nak pandang muka Farish yang dah bertambah handsome. Farish tersengih melihat kelakuan Nisa yang enggan memandang mukanya.
"Hahahahaha" Tiba-tiba Farish mula ketawa. Nisa memandang Farish macam 'dia ni ok ke tak?'
"Farish, kenapa ni?" soal Nisa sambil mengarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Walaupun kulit awak hitam manis, tapi saya dah boleh nampak pipi awak yang dah berwarna merah. Awak blushing ea?" Farish mula menyakat Nisa. Nisa terus menekup kedua-dua pipinya dengan kedua-dua tapak tangannya.
'Patutlah pipi aku membahang. Rupa-rupanya aku tengah blushing' desis hati Nisa.
"Diamlah" Nisa memberikan jelingan tajam pada Farish. Farish pula hanya ketawa terbahak-bahak.
To be continued..
Alhamdulillah! Sembuh juga Nisa dari koma. Tapi pada bahagian perutnya ada rasa ngilu sikit.
Dan Nisa sudahpun memaafkan Farish walaupun Farish ada terkasar bahasa dengannya. Baik juga Nisa ni. Biarpun kasar dari luar, tetapi lembut di dalam hati!
Cewaahh!!
Please press '☆'
YOU ARE READING
[C] N I S A
Mystery / ThrillerSelepas Nisa pulang dari stadium Shah Alam dan ingin pulang ke rumahnya, Dia ternampak bas pasukan Selangor (The Red Giants) di sebuah rumah flat yang buruk. "Diorang tidur kat sini ke?" Kata Nisa ragu-ragu. Dan secara tidak sengaja pergi ke rumah...