Bab 8

230 12 1
                                    

Dalam perjalanan mahu pulang ke rumah Nisa, tiba-tiba perut Nisa berbunyi.

"Lapar ke?" Soal Haziq apabila mendengar bunyi perut Nisa yang ingin mengisi perutnya.

"Hehehe. Kau dengar ke?" Soal Nisa kembali sambil menahan rasa malunya. Nak cover lah katanya.

"Hmm.. kita makan kat restoran mamak jelah. Dekat sikit dengan rumah flat kita tu" cadang Haziq.

"Okay" kata Nisa dan Haziq terus memandu ke restoran mamak.

_____________________________

Selepas sampai di restoran mamak, Haziq terus memarking keretanya. Setelah itu mereka berdua keluar dari kereta.

Masuk saja ke restoran mamak, Nisa dan Haziq mencari tempat duduk.

Duduk saja di meja, datang pula mamak yang mahu ambil pesanan.

"Abang, adik mahu makan apa?" Soal mamak dengan bahasa 'mamak'nya.

"Saya mahu teh tarik saja" pesan Haziq.

"Saya mahu Nasi goreng USA dan Milo ais" pesan Nisa pula.

"Baik abang, adik sila tunggu 10 minit" kata mamak.

Mereka berdua pun mengangguk kepala tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh mamak itu.

"Aku nak kau belanja aku disebabkan kau makan keropok lekor aku" kata Nisa sambil gelak jahat.

"Aikk! Bukan aku dah bayar ganti rugi ke?" Soal Haziq yang tidak berpuas hati dengan permintaan Nisa.

"Tu lain. Hehehe..please belanja aku" pinta Nisa sambil membuat muka nak minta kasihan.

"Yelah. Ni pun aku kesian tengok kau. Aku makan keropok kau sampai habis. Mesti kau lapar tadi kan?" Soal Haziq yang mula kasihan dengan Nisa.

"Hehehe..tapi aku tahan je. Janji aku dapat tengok bola secara live" jawab Nisa.

Sedang kami berbual rancak, datang pula pelayan mamak yang membawa makanan dan minuman mereka berdua.

"Terima Kasih" ucap Nisa dan Haziq serentak kepada pelayan mamak. Pelayan mamak itu pun mengangguk dan meninggalkan mereka berdua.

Nisa yang kelaparan itu terus membaca doa makan dan dia pun makan dengan gelojoh.

Haziq yang melihat Nisa makan dengan gelojoh itu terus menegur Nisa.

"Aku tau lah kau lapar. Tapi jangan lah kau makan gelojoh sangat. Aku tengok kau macam tak makan 100 tahun" kata Haziq yang mula ketawa.

"Biarlah. Aku lapar kot..janji kenyang" kata Nisa yang bercakap semasa makan.

"Mak aku kata, jangan cakap semasa mulut penuh" Perli Haziq yang meniru dialog Ehsan dalam kartun Upin dan Ipin.

"Amboi! Perli aku nampak" kata Nisa sambil merenung tajam ke arah Haziq dan terus sambung makan.

Sedang Haziq ingin ber'hujah' dengan Nisa, telefon bimbit Haziq berbunyi. Lalu Haziq keluarkan telefon bimbitnya dari poket kanan.

Haziq tengok nama panggilan dari phonenya. Tertera nama maknya. Lalu Haziq seretkan jarinya ke punat hijau.

"Assalamualaikum mak" Haziq memberi salam kepada ibunya, Pn.Haeliza.

"Wa'alaikumussalam. Kamu sekarang dekat mana ni? Kenapa kamu tak balik lagi?" Soal Pn.Haeliza yang dalam keadaan risau.

"Haziq sekarang dekat restoran mamak ni dengan Nisa" jawab Haziq. "Kenapa ya mak?" Sambungnya lagi.

"Takde lah, mak sebenarnya takut lah tinggal sorang-sorang kat rumah kamu ni. Kamu balik lah ye" pinta Pn.Haeliza dengan nada merajuk.

"Tapi mak...takpe lah. Sekejap lagi Haziq balik rumah" kata Haziq dengan terpaksa. Selesai saja Haziq menghabiskan perbualan dengan ibunya, Dia terus bangun dari kerusi.

Nisa yang sedar Haziq bangun dari kerusinya terus menegur Haziq.

"Apehal wei?" Soal Nisa yang minum air milo aisnya.

"Mak aku suruh aku balik" jawab Haziq dengan kecewa.

"Dah tu, balik je lah" kata Nisa. "Nape? Kau risaukan aku ke? Sambung Nisa.

"Yelah. Kau tu perempuan. Kang jadi apa-ap.."belum sempat Haziq ingin menyambung, Nisa pula mencelah.

"don't worry about me. I will take care of myself" kata Nisa. Haziq akur. Dia mengeluarkan not RM 50 dan serahkan kepada Nisa.

"Ni duit belanja kau" kata Haziq dan terus meninggalkan Nisa.

Saat Nisa ingin menyambung makan, tiba-tiba ada susuk tubuh datang ke arah meja Nisa dan menegurnya.

"May I sit here" kata lelaki itu.

To be continued...

Siapa pulak yang kacau Nisa makan tu. Mesti dia tu kacak. Hehehe..

[C] N I S A Where stories live. Discover now