Bab 1

6.9K 123 2
                                    

18 May 2013

"Ohh no, ohh no, jangan tinggalkanku"

lagu tasha manshahar memecah suasana damai di dalam kereta sport Rian, dilihat telefonnya yang masih berbunyi  mintak diangkat untuk memastikan gerangan si  pemanggil , 'Mama ' 'aduhhh, kenapa mama call tetiba ni, baru je last week aku balik takkan dah call mintak balik lagi...' desis hatinya....
Dibiarkan hand phonenya itu berdering sendiri, malas ingin menadah telinganya untuk mendengar Pn Siti membebel mengenai hal jodohnya itu... Dikerling phonenya untuk melihat miss call dari mamanya, rasa bersalah mulai berkunjung di benak Rian , beberapa minit kemudian selepas Rian menyediaakan dirinya untuk mendengar bebelan dari mamanya, dia mendail semula nombor Pn Siti....

...tut...tut...tut...tut..."Hello Assalamualaikum ayong, ayong dekat mane ni, puas mama call banyak kali tak dapat.." risau Pn Siti apabila panggilan yang dibuat kepada anak sulungnya itu gagal disambung.... Walaupun dia tahu anaknya itu pasti tahu akan tujuannya menelefon tapi apabila hampir 10 kali panggilan tidak disambut kerisauaan dirinya mulai datang, risau akan anaknya itu, dah laa perempuan, anak sulong pulak tu, mana laa dia tak risau....

"Waalaikumussalam mama, ayong sibuk sikit tadi, tu yang tak perasan mama call.... Hehehe, mama call ni ada apa-apa yang penting ke mama???", walaupun dia tahu menipu itu salah, tapi die terpaksa, kalau dia cakap perkara sebenar tadi tentu sahaja bebelan mamanya itu takkan pernah habis... Dia teringat waktu musim cuti tahun yang lepas, sengaja die tidak menjawab pangilan mamanya itu , dia tahu jika dia menjawab panggilan itu, pasti dirinya akan dimarahi, manakan tidak sudah 10 pinangan dia tolak, mana tak risau Pn Siti...tapi kalau nak dipikirkan jangankan mamanya, kaum ibu-ibu  yang lain juga pasti akan berasa cemas akan perkara ini....Iyelaa hal perkahwinan mana boleh dibuat main kan...

"Ni mama nak tanye, bila kamu kerja balik ni???"kata Pn Siti setelah anak sulongnya itu mejawab salamnya... Dia tahu anaknya itu pasti hairan dengan pertanyaan pertamanya, walaubagaimanapun aku mesti satukan Rian dengan Irfan, getus hatinya...

"Lusa, kenapa mama tanya tiba-tiba pula ni???" Telefonnya dipandang kerek, pertanyaan mamanya itu langsung tidak diambil peduli kerana dia kenal dengan perangai mamanya yang sentiasa mempunyai agenda tersendiri disebalik soalan yang dilemparkan...

"Mama nak kamu hantar mama esok pergi rumah angah, dia minta tolong mama tengok-tengokkan Najwa tu, dia kan sarat dah tinggal tunggu hari je sebab tu mama nak minta tolong kamu hantarkan mama... Esok nanti ambil mama pagi tau dalam pukul sepuluh keatas macam tu ye..." Nada suara yang dikelurkan dilembutkan sedaya upaya agar anak perempuannya itu berlembut hati dan memudahkan dirinya untuk menjodohkan Irfan dengan anaknya itu...

"Iyela, esok pukul sepuluh lebih ayong sampai, itupun kalau ayong takde apa-apa kecemasan la ye mama..."

"Hmmm, yela... Kamu dah sampai kem ke belum ni???"

"Dah nak sampai ni, okay la mama, ayong letak dulu mama kirim salam ayong dekat nenda dengan ayah ye... Assalamualaikum..."

"Iyela, waalaikumussalam..."

Sejurus sahaja panggilan di matikan, keluhan panjang dikeluarkan oleh Rian, pedal minyak kereta sportnya itu ditekan untuk menambahkan kelajuan keretanya... Hatinya kini panas apabila mamanya itu tiba-tiba menginginkan dirinya untuk turun ke Kuala Lumpur demi menghantar mamanya walhal Rian tahu bahawa mamanya itu ingin dia menemui Irfan untuk berbincang kembali mengenai lamaran yang dibuat oleh Irfan kepada dirinya...

**********

Siti mengeluh perlahan, telefon bimbit yang dihadiahkan oleh anak perempuannya itu dipandang sepi... Dia sendiri tidak menyangka bahawa Rian akan menolak mentah-mentah semua pinangan yang datang, jika kerana disebabkan ingin mencari cinta sendiri Irfan merupakan calon yang paling sesuai kerana mereka pernah saling menyukai antara satu sama lain... Fikirannya kini buntu tatkala memikirkan hal anak sulongnya itu yang tidak mahu berumah tangga disebabkan ingin membina kerjaya...

"Awak fikirkan apa tu??" Siti hanya memberikan segaris senyuman sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya...

"Anak kesayangan abang tu la, susah sangat nak bawa bincang bab-bab khawin ni..."

"Laa, dia kan baru je kerja memang patut la kalau dia taknak fikir pasal khawin lagi... Awak pun biarkan la dia tu cari jodoh dia sendiri, lagipun dia baru je mula kerja setengah tahun pun tak sampai lagi, sabar-sabar la sikit... Sekarang ni fikir pasal awak nak dapat cucu, kan Najwa tu dah sarat, tinggal tnggu hari je nak lahirkan cucu awak yang sulong... Dah-dah la, kita ni tak boleh sangat paksa anak, diaorang pun ada kehidupan masing-masing, kita ni cuma boleh nasihatkan je..."

Ceramah panjang Halim itu hanya dibiarkan tidak berjawab, otak Siti kini ligat memproses segala bait perkataan yang dilemparkan oleh suaminya itu... Selepas beberapa minit meneliti akhirnya Siti mengeluh perlahan... Halim yang masih disisi hanya mendengar keluhan isterinya itu... Bukannya dia tidak tahu akan kesungguhan Siti meyakinkan anak sulongnya itu untuk menerima lamaran dari jejaka yang bernama Irfan... Waalupun dia sebagai bapa tidak mempunyai sebarang masalah dengan lelaki itunamun dia tidak akan sesekali membuat keputusan bagipihak anaknya kerana dia hanya menginginkan anknya itu mempunyai pasangan yang mampu membahagiakan anak-anaknya...

Kejadian dua bulan yang lalu terlayar di minda Halim, kejadian dimana keluarga Irfan itu datang menghantar rombongan meminang Rian... Walaupun kedatangan mereka tidak diundang namun tetap disambut baik, segala perbincangan dibuat namun nasib dia memberi alasan bahawa anak perempuannya itu bertugas diluar dan tidak ada di tanah air... Namun lain pula isterinya itu, riak wajah yang dipamer seolah-olah anak perempuannya itu akan bersetuju dengan peminangan tersebut, dan tatkala sebulan yang lalu semasa Rian pulang ke tanah air Siti dan Rian bergaduh teruk kerana lamaran Irfan ditolak mentah-mentah... Seminggu mereka berdua bergaduh disebabkan hal itu namun selepas puas dinasihatkan oleh Halim kepada isterinya mengenai impian anak perempuan mereka yang ingin kerjayanya stabil sebelum berumah tangga akhirnya melembutkan hati isterinya itu...

Namun tidak dinafikan bahawa dirinya juga agak teerkejut apabila Rian mengatakan bahawa dia tidak mahu berkhawin dengan Irfan walhal dia tahu bahawa mereka berdua pernah bercinta sebelum itu... Persoalan itu malangnya hanya berlayar di fikiran Halim, belakang isterinya dipandang mengharap agar tiada pergaduhan yang akan berlaku pada esok hari sepanjang perjalanan mereka dua beranak itu turun ke Kuala Lumpur...

**********

Pintu bilik dikuak perlahan, sakit badan yang ditanggung membuatkan Rian terus merebahkan dirinya di atas katil bujang yang terdapat di bilik khas untuk dirinya itu di kem tempat khas untuk pegawai-pegawai yang masih bujang... Kipas yang terpasan di siling dipandang, fikirannya ketika itu kusut memikirkan perihal mamanya yang masih mengharapkan dia akan terima Irfan untuk menjadi suaminya... Tudung yang masih tersarung di buka lalu dicampak ke bawah, tiba-tiba api kemarahannya bangkit tatkala mengenangkan kedegilan Irfan yang masih ingin mengejar cintanya yang sememangnya tidak akan atau pernah diberi dan diperolehi... Seketika dia berasa menyesal kerana kesilapannya yang tidak mampu mengawal kerinduannya terhadap Adib ketika itu sehingga menjerat dirinya pada ketika ini, terjerat kerana ketamakkan hatinya...

'Kenapa aku tak boleh tahan hati aku ni time tu, menyesalnyaaaa.......' Kepalanya dipicit perlahan, pening yang dirasakan sememangnya mengundang sumpah seranah, setelah dia selesai menyumpah mulutnya ditampar berulang kali seakan-akan mampu menghilangkan tabiatnya yang sering menyumpah seranah... Barannya juga semakin menjadi-jadi dan jika dia berasa marah punch bag akan menjadi mangsa amarahnya... Berjogging juga telah menjadi satu tabiat tatkala dia mengalami stress atau sedang memikirkan sesuatu yang penting dan ketika harus membuat sebarang keputusan yang penting dalam hidupya...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now