EPILOG III

2K 46 2
                                    

'Apa yang dah jadi sebenarnya??'

'Kalau betul ini semua hanya rancangan Rian, di mana dia sekarang??'

'Kalau betul dia buat semua ni demi keluarga dan aku, kenapa sampai kena gadai nyawa sendiri??'

'Takkan dah takde jalan lain???'

"Huh... Kenapa semua ni rumit sangat???"

Harris duduk berteleku di atas kerusi kayu yang diletakkan di hadapan kolam renang... Pandangan kosong dilemparkan, otaknya serabut mencari jalan penyelesaian bagi semua masalah yang timbul... Segala penerangan yang diberikan oleh keempat-empat rakan baik isterinya menambahkan lagi kekusutan yang dia sendiri alami...

Flashback...

Aidil duduk di hadapan Harris sambil menghirup air laici ais yang dipesan... Syahira dan Syuhada pula masing-masing sibuk memerhati sekeliling, risau jika ada yang memerhati mereka...

"Okay, sekarang ni boleh cerita kan???"

Dengan nafas yang lemah, Aidil meletakkan gelasnya di sisi...

"Macamni, sebelum Rian keluar dari rumah dia ada cakap yang pertarungan tu still buat dia ragu... Untuk pengetahuan kau, Rian boleh rasa lawan dia dan sama juga dengan lawan dia... Dua-dua boleh berhubung, tapi taklah sampai boleh berkomunikasi... Lately sebelum hari pertarungan tu, dia tiba-tiba nampak apa yang lawan dia nampak... Maknanya dua-dua tu tau apa yang diaorang nampak..."

"Yup, tapi Rian tak cakap dia nampak apa sebab dia kata benda tu bahaya untuk kitaorang... Kalau kitaorang tahu, nyawa kitaorang dalam bahaya..." Sambung Syahira...

"Jadi, apa yang patut aku tahu sekarang ni???" Nada Harris berubah tegas, sabarnya semakin menipis... Sudahla lima tahun dia perlu tunggu untuk mereka semua berkumpul dengan alasan tiada apa yang penting, tetapi hari itu boleh pula mereka bertiga membuat keputusan untuk menceritakan semuanya itupun selepas lima tahun...

"Okay.... Okay.... Rian syak ini ada kena mengena dengan ahli majlis... Dia rasa ahli majlis yang buat puak tu berpecah, dan puak yang lagi satu tu sebenarnya nak balas dendam bukannya nak rampas takhta... Rian sebenarnya still ragu-ragu dengan gelaran yang diaorang bagi, and sebab tu dia nak siasat semuanya..."

"Jadi...."

"Jadi ada kemungkinan yang kematian Rian pun sebahagian dari rancangan dia untuk siasat ahli majlis... Kalau nak diiukutkan logik puak diaorang berdarah abadi dan kalau nak bunuh pun memang kena guna tenaga yang betul-betul kuat sebab kudrat mereka semuanya bukan biasa-biasa..."

"Sekarang ni aku kena buat apa??"

"Kitaorang cuma nak kau cari Rian and kalau boleh cari dia dekat Eropah... Amira ada mesej aku yang dia mimpi Rian jumpa dia dekat negara yang ada di Eropah..."

Tanpa menjawab, Harris terus menghirup coffee yang berada di dalam cawan bersaiz sederhana dengan perlahan... Otaknya ligat memikirkan pelbagai cara untuk mencari isteri yang selama ini dianggap telah dijemput illahi...

**********

"Mama.... Mama.... Kenapa ni???"

"Tak, mama mimpi ayong kamu..."

"Mama nak minum apa-apa tak?? Acik buatkan..."

"Takpe la... Nanti kalau mama nak minum mama bagi tahu ye..."

Terkejut Riasya tatkala mendengar mamanya menyebut nama satu-satunya kakak yang dia pernah ada... Sejak ayongnya pergi, nama itu tidak dibenarkan langsung disebut di dalam rumah itu... Telefon pintar ditangan ditenung sejenak... Selepas beberapa minit jari jemari Riasya pantas menekan pad nombor di skrin telefonnya namun seketika kemudian telefonnya dipadamkan... Otaknya masih berkeras untuk tidak membenarkan dirinya menceritakan segala yang dia nampak dua tahun lalu, tambahan pula perkara itu hanya dilihat sekali sahaja...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now