Bab 18

1.6K 46 0
                                    

"Kak Fion, ini file yang Cik Puan nak... Nanti tolong e-mail kepada dia ye..."

"Baik Tuan Megat..."

Kelibat Megat Al Zakuan dihantar oleh para pekerja yang masih belum keluar untuk lunch... Hayati yang sedang dari tadi memerhati terus memasang langkah ke meja pembantu peribadi Cik Puan mereka, iaitu pemilik Mega Holdings... Fion hanya berbuat bodoh melihat rakan sekerja yang lain mulai mendekati mejanya itu, dia sudah lali dengan kerenah pekerja-pekerja Cik Puannya itu, semua kaki gossip...

"Fion, Tuan Mrgat datiang kenapa??? Cik Puan tak masuk ofis ke???"

"Entah..." Jawapan Fion hanya mengundang rengusan... Faham dengan situasi, Fion terus mengemas tempatnya untuk keluar makan... Para pekerja yang lain mulai bebisik antara mereka, sejak dia mulai kerja di situ, pelbagai spekulasi yang dia dengar berkaitan dengan majikannya itu... Walaupun dia sudah berkhidmat dengan Cik Puannya hampir 7 tahun, namun perihal peribadi majikannya itu langsung dia tidak tahu... Bekerja dengan Cik Puan sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi, hal demikian kerana baran Cik Puannya itu sememangnya tidak dapat diduga dek kerana ketegasan yang ditunjukkan tambahan pula ketika meeting diadakan...

Namun begitu, sangkaannya meleset sama sekali, dan pandangan yang selama ini dilemparkan kepada majikannya itu ternyata tidak benar... Fion sedar akan kesulitan majikannya, dia juga terkejut saat mengetahui keadaan sebenar Cik Puannya itu sewaktu di Singapura... Satu keluhan dilepaskan, 'Kenapa manusia sering membuat sesuatu keputusan berdasarkan apa yang mereka lihat??' ... Pertanyaan itu hanya mampu berlegar di benaknya, tanpa berlengah Fion mengambil tas tangannya dan melangkah pergi meninggalkan meja kerjanya...

**********

Pejam celik, pejam celik, kini sudah genap seminggu isterinya pergi bertugas di Autralia... Kabar berita langsung tidak ada dari Puteri Kutub itu... Selama seminggu itu juga dia hanya duduk termenung ketika pulang dari gym... Walaupun badannya mula menampakkan sedikit perubahan, namun secara mentalnya dia masih kusut memikirkan cara untuk manghubungi isterinya itu walaupun kawan-kawan Rian tidak menggalakkannya...

"Bro!!!"

"Hishh kau ni,... Assalamualaikum..." Fakrul hanya tersengih malu... Selepas itu salam Harris dijawab dengan penuh tomakninah...

"Hai, perli nampak..."

"Ala kau ni, relax la... Kau asal Nampak moody je ni, mati bini ke???"

"Wah, mulut jaga sikit ye... Dah la bini aku pergi berperang, kau pulak cakap macam tu, kang ada yang tak masuk kelas karang..."

"Alaa, sorry laaa... Kau ni monyok je asal??? Dia still tak call kau ke???"

Harris hanya menggeleng... Fakrul yang sedari tadi disisi menepuk bahu kawannya itu perlahan... "Sabar ye, nanti dia call la kau... Mungkin dia tengah jalankan misi dia sekarang ni, siapa tahu kan..." Harris hanya mampu mendengus kecil, dia sendiri buntu tatkala memikirkan perihal isterinya itu... Walaupun dia sudah tahu akan kerja Rian, namun hatinya masih lagi terguris kerana isterinya sendiri tidak memberitahu akan perkara tersebut kepada dirinya yang kini telahpun bergelar suami kepada Puteri Riana Natasya...

"Hai..." Fakrul terus memaling kebelakang... Selepas itu dia memandang semula ke arah Harris... Sejak bergelar suami kepada crushnya itu, aura maskulin Harris seakan-akan tersebar luas sehingga majority penuntut perempuan di Universiti itu cuba menarik perhatiannya... Namun segala perbuatan mereka hanya sia-sia, kerana hati dan cinta Harris kini hanya untuk isterinya sahaja... Perempuan yang memakai skirt pendek paras lutut itu terus melabuhkan punggungnya ditepi Harris, seperti yang sering berlaku kepada setiap perempuan yang cuba mendekati Harris, Harris bangun dan menarik Fakrul untuk turut pergi dari situ dan mecari meja yang lain yang terdapat di library, dan sepeti biasa juga perilaku Harris mendapat tomahan dari perempuan yang tidak dilayan itu...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now