EPILOG I

2.3K 64 2
                                    

Sinaran matahari yang memancar dengan terik itu langsung tidak mengganggu konstrasi Harris di tapak pembinaan... Segala bait-bait perkataan di simpan elok di dalam kotak mindanya... Penjelasan architec yang ditugaskan dalam pembinaan hotel 20 tingkat yang terletak di Australia... Hampir setengah jam tapak pembinaan itu dilawati oleh Harris, struktur binaan yang hampir 35% siap itu diteliti dengan serius agar tiada sebarang kemalangan jiwa yang akan berlaku disebabkan kecuaian...

Jam tangan rolex milik isterinya di pandang, '2.35 dah' ... Hati kecilnya mengeluh perlahan, dia sudah terlewat untuk meraikan ulang tahun perkhawinannya, dengan pantas kaki Harris melangkah menghampiri kereta Ford hitam mewah yang terpakir elok...

**********

"Assalammualaikum wife..."

"Sorry saya lambat, awak tak merajuk dengan saya kan???"

"Saya rindu sangat-sangat dengan awak..."

"Dekat site tadi kan, semuanya berjalan dengan lancar je, tapak pembinaan tu pun dah 35% siap..."

"Alhamdulillah sangat, pekerja tak buat hal macam tahun lepas... Takut jugak saya masa saya sampai tadi, ingatkan akan ada aduan rupanya langsung takde... Syukur sangatkan wife..."

"Ni, hadiah dari saya untuk tahun ni... Cermin mata Rayband... Wallet takde yang lattest, jadi saya belikan awak cermin mata... Lagipun awak pun ada kumpul cermin mata kan..."

Sebak sahaja suara Harris menuturkan kata-kata, walaupun dia tahu isterinya tidak akan membalas, Harris tetap ingin berbual dengan isterinya itu... Perbualan yang tiada jawapan tetap diteruskan walaupun dia tahu mustahil untuk dia mendengar suara Rian yang sudah lima tahun pergi meninggalkannya...

5 Tahun Dahulu....

"Argggghhhhhhhhhh"

Air mata Harris kini lebat mengalir di pipinya yang sudah memerah itu, tubuh yang kaku di dakapannya dipeluk erat tanda tidak mahu melepaskannya... Wajah Rian ditatap sayu, kepala Harris digeleng kuat, sungguh dia tidak dapat menerima hakikat itu... Perlahan-lahan tubuh Rian bertukar menjadi debu, tersengguk-sengguk menghamburkan segala perasaan yang selama ini terpendam...

Hujan mulai kembali renyai, perlahan-lahan angin bertiup membawa debu dari tubuh Rian yang sudahpun lenyap dari perlukan Harris seperti mengerti akan kesedihan yang ditanggung oleh Harris...

Suasana kian mulai tenang setelah kedua-dua penaung puak itu mati... Ahli puak masing-masing kian beredar selepas melihatkan kedua-dua jasad Queen mereka bertukar menjadi abu...

Camellia masih lagi menangis meraung di bahu Jonh... Alex dan ahli yang lain hanya memandang bumi yang sudah mulai kering dek kerana sinaran matahari...

"Kenapa??!!!" Harris mulai bersuara, tangannya yang masih terasa akan kesejukkan tubuh badan Rian dipandang dengan deruan air mata yang masih mengalir...

"Ini semua permintaan Rian, dia tahu apa yang terbaik untuk orang yang dia sayang..."

Dengan perlahan Alex menghampiri Harris... Dia langsung tidak menyangka bahawa hari itu akan menjadi hari yang paling menyedihkan bagi mereka semua... Walaupun dia dan Rian hanya berkongsi darah yang sama, namun dia sudah menganggap Rian sebagai adiknya sendiri... Jonh mengusap kepala Camellia dengan lembut cuba untuk menenangkan gadis itu yang semakin galak menangis selepas mendengar kata-kata dari Alex... Dia juga merasakan pilu tatkala melihat perempuan yang dia sanjungi mengorbankan diri semata-mata untuk kelangsungan puak dan untuk menamatkan peperangan yang selama berdekad-dekad telah berlangsung itu...

**********

Deringan telefon bimbit milik Zakuan bergema di dalam bilik utama ditingkat dua rumahnya, Zakuan yang baru sahaja mendaki anak tangga rumah agam miliknya itu terus melangkah dengan laju sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi nada dering telefon pintarnya itu...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now