Bab 24

1.8K 43 0
                                    

Tepat jam 7.00 malam moto Ninja putih Rian memasuki perkarangan rumah dua tingkat itu... Asyraf yang mendengar deruan enjin moto berkuasa tinggi itu dengan cepat membuka pintu kepada kakaknya... Satu senyuman dipamerkan, Rian yang baru keluar dari garaj moto hanya membalas senyuman adik bongsunya itu, tangan dihulur untuk memberi adiknya itu menyalam tangannya... Asyraf hanya menyambut dan mencium tangan kakak kesayangannya itu, tubuh kakaknya yang tegap itu dipeluk erat, ahli keluarga yang melihat hanya tersenyum melihat terlatah antara kakak dengan adik yang berpelukan di depan pintu...

"Sudah-sudah la peluk, pintu rumah tu tutup cepat nanti nyamuk masuk karang ada yang mengamuk tak pasal..." Rian dan Asyraf hanya memandang Halim dan kemudian meletuskan gelak mereka... Pintu utama ditutup dan tangan ayahnya itu dicium sebelum tubuh tua itu dipeluk erat oleh Rian...

"Ayah sihat???"

"Tadi elok la, lepas kena peluk ni rasa nak demam pula..." Rian hanya mencebik, manakala Asyraf dan Riasya masing-masing sedang menggelakkannya... Harris yang baru keluar dari bilik hanya melihat sahaja adegan itu, senyuman Rian dipandang sayu walaupun dia tahu sukar untuk dirinya melihat senyuman itu namun dia tegarkan hatinya untuk sentiasa kuat agar hati sang isteri dapat ditakluki...

"Dah tu gelaknya, amboi sampai dapur boleh dengar suara kamu orang tu tahu... Ni mama dah siap masak dah, jom makan, Harris jom makan..." Panggilan itu dijawab dengan anggukan sebelum masing-masing melangkah menuju ke ruang dapur... Rian dan Harris berjalan beriringan kerana ditinggalkan oleh adik-adiknya, dia tahu yang kedua-dua adiknya itu mahu membantu dalam mengeratkan hubungan antara dia dan Arris... Harris pula hanya memandang kehadapan tatkala Rian berjalan disebelahnya, hatinya tiba-tiba berdegup laju dan kakinya seolah-olah tidak menjejak bumi dek kerana kegembiraan yang dirasai saat itu...

"Rian, bila balik????"

"Baru je tadi nenda, nenda sihat???" Tangan nendanya itu dicium dan seperti biasa kedua-dua pipi orang tua itu dikucup perlahan...

"Nenda macam biasa la, dah duduk makan... Nenda dengan mama kamu dah masak banyak dah ni, moh kita makan..."

Masing-masing menarik kerusi untuk melabuhkan punggung masing-masing... Aroma yang terhasil dari masakan itu sememangnya membuka selera, usai sahaja bacaan doa yang dibaca oleh Harris nasi kini dicedok dan masing-masing mengambil lauk pauk kegemaran masing-masing...

"Ayong, kenapa tangan kamu merah???" Pertanyaan Riasya membantutkan suapan Rian... Tangan kanan yang ditunjuk dibelek, kesan merah yang ada dipandang kejap...

"Takde pape la..."

"Iyeke, ayong tumbuk orang ye???" Pertanyaan Asyraf menyebabkan mama, ayah dan nendanya tersedak... Manakala Harris dan Riasya hanya memandang Rian dengan wajah yang meminta penjelasan...

"Takde pape la, biasa la tangan merah macam ni sebab kena angina kan, lagipun ayong keluar taditak pakai sarung tangan..." Riak wajah yang selamba itu dipandang dengan curiga oleh semua yang ada, mungkin jika orang lain akan percaya namun tidak bagi mereka yang mengenali Puteri Riana Natasya secara luar dan dalam... Suapan tetap diteruskan walaupun masing-masing tidak mempercayai dengan alasan yang diberikan oleh Rian, manakala Rian pula hanya meneruskan kunyahan tanpa sebarang riak wajah...

Harris hanya menelan setiap kunyahan dengan perit, tekaan dari adik iparnya itu masih bermain di fikirannya walaupun penjelasan telah diberikan... 'Tumbuk orang??? Sebab tu ke dia Nampak bengang atas kereta???' Pelbagai soalan hanya dilemparkan di dalam kotak fikirannya tanpa sebarang kesimpulan yang tepat yang mampu dibuat...

**********

Asyraf yang menyedari akan kehilangan kakaknya lantas mencari, setelah dia melihat pintu utama yang terbuka sedikit dia menyimpulkan bahawa kakaknya itu kini berada di luar rumah...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now