Bab 29

1.6K 45 0
                                    

Telefon pintar milik Rian yang berdering mematikan keasyikan dia menonton drama inggeris yang bertemakan action di kaca television itu... Tanpa berlengah Rian bangun dari duduknya dan membuka pintu rumah sambil tangannya menarik slide button untuk menjawab panggilan... Riasya dan Asyraf hanya membiarkan, Harris yang terbiasa dengan kelakuan isterinya itu hanya melihat sahaja...

"Sekaran ni macam mana???" Bahasa France ditutur dengan lancer, walaupun dia tahu tiada sipa yang mendengar perbualan itu namun untuk keselamatan Rian tetap menggunakan bahasa asing...

"Aku tahu tu, jangan risau aku tahu nak buat macam mana... Sekarang ni kau beritahu dekat semua supaya bertindak macam yang kita rancang sebelum ni... Yang lain biar aku urus sendiri...."

"Kau bukan lawan dia, lagipun ni takdir aku, aku tahu nak urus macam mana... Kau tak payah risau, aku dengan dia sama-sama boleh rasa, sekarang ni pun aku tahu dia tengah buat persiapan sebab tu aku tak nak kita terburu-buru dulu..."

"Tenang... Memang aku tak tahu kemampuan dia, tapi kau kena ingat yang dia pun tak tahu kemampuan aku, jadi hal aku kau tak perlu risau... Urus apa yang patut dulu, lagi seminggu kita jumpa..."

Panggilan yang dibuat diputuskan, keluhan kecil dilepaskan, tekanan yang dirasa semakin menebal... Walaupun Rian cuba untuk berlagak seperti biasa, namun masa yang berlalu membuatkan dia semakin gusar... Pertembungan antara dua pihak yang sememangnya telah ditakdirkan membuatkan Rian rungsing... Takdir yang telah ditetapkan seolah-olah tidak masuk dek akal, namun dia tetap percaya dengan kuasa Allah yang maha mentadbir dan maha berkuasa... Sememangnya setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi dan sebagai seorang muslim wajib untuk kita mempercayai qodo' dan qodar Allah...

Malam itu suasana sedikit janggal, dengan perubahan Rian membuatkan semua yang ada didatangi pelbagai persoalan... Riak wajah yang dipamerkan menambahkan lagi kerisauan Riasya dan Asyraf, namun kerisauan mereka berdua hanya mampu dipendam sahaja...

"Ayong masuk tidur dulu... Good night..."

Harris tidak berani mengeluarkan sebarang kata-kata... Aura yang terbit ketika isterinya itu kembali duduk disebelahnya membuatkan dia tidak berani untuk bergerak walau sedikit pun... Selepas sahaja pintu bilik ditutup, mereka semua berpandangan... Kelakuan aneh yang jarang ditunjukkan oleh Rian sememangnya mengundang seribu persoalan... Drama inggeris hanya ditonton tanpa sebarang penghayatan, usai sahaja drama itu menutupkan tirainya Harris dengan pantas bangun dan memasuki bilik yang di khaskan untuk dia dan Rian... Dengan penuh cermat, Harris memulas tombol pintu...

Terkedu, terkesima dan segala 'ter' datang kepada Harris, melihatkan susuk tubuh Rian yang sedang membuat senaman 'push up'... Rian yang menyedari kehadiran Arris terus memberhentikan aktivitinya tadi, rutin harian yang sering dilakukan ketika dia menghadapi masalah dan kerungsingan... Pintu bilik tadi ditutup gopoh, sekali lagi suasana mulai janggal... Rian menyarung semula baju t-shirt yang dibuka sebelum memulakan 'push up', manakala Harris hanya merebahkan badannya ke atas katil... Matanya dikatup rapat, cuba untuk mengelakkan pertembungan mata antara dia dan isterinya, Rian pula terus menutup lampu dan berbaring sama di atas katil...

Perasaan malu cuba untuk dilupuskan, malam itu mereka berdua hanya tidur menelentang tanpa bergerak sedikit pun kerana masih gugup dengan situasi yang telah berlaku...

**********

Jam loceng di telefon pintar Harris berbunyi, dengan mata yang masih berpisat Harris menggagahkan juga dirinya untuk bangun selepas menjalani malam yang amat meletihkan... Hampir jam 3 pagi baru matanya dapat ditutup rapi, walaupun isterinya sudah lama di buai mimpi Harris masih lagi tidak dapat menghilangkan debar di dadanya... Dengan peluh yang menitik di dahi dan di bidang dada Rian yang luas itu menaikkan nafsu syahwat lelakinya... Tambahan pula Rian hanya mengenakan singlet hitam yang ketat tanpa mengenakan sebarang pakaian dalam membuatkan jantungnya berdegup dengan laju... Kelangsingan pinggang Rian menarik perhatian Harris untuk memegang namun sempat dia menahan kemahuannya itu selepas Rian kembali menyarung baju t-shirt ke badannya...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now