Bab 22

1.7K 45 0
                                    

Mulut Harris kini ternganga luas melihatkan pemakaiaan isterinya itu yang sememangnya menggugat naluri lelakinya... Baju t-shirt tidak berlengan yang dipakai bersama seluar pendek atas lutut kini terletak elok di badan Rian... Perasan dengan perubahan riak wajah Arris, Rian mengambil keputusan untuk duduk di dapur sambal menikmati coklat kegemarannya Kinder Bueno... Harris hanya menelan air liurnya dengan kesat, jikalau petang tadi Rian hanya memakai seluar pendek paras lutut dimana dapat mendedahkan pehanya yang gebu itu tatkala dia sedang duduk, Arris pasti jika Rian datang ke ruang tamu dan duduk di atas sofa, dia pasti akan dapat melihat segenap bentuk kaki Rian yang sememangnya putih melepak dan sexy itu...

Selepas merasakan bahawa Rian hanya duduk di dapur sahaja, Arris menghelakan nafas lega kerana jujur dirinya itu akan dapat mampu menahan matanya dari melihat kaki isterinya yang selama ini tidak dapat dilihat oleh mana-mana lelaki... Namun terdetik satu perasaan yang aneh dimana separuh dari jiwanya menginginkan Rian dating untuk menemani dirinya di situ... Sekali lagi keluhan kecil dilepaskan...

"Dah kenapa mengeluh tiba-tiba???"

"Haaa???...." Arris mengangkat wajahnya, air liurnya ditelan kasar, kelihatan halkumnya itu sedang turun naik... Rian mengangkat keningnya setelah beberapa ketika soalannya itu masih tidak dijawab... Rian memetik jarinya dihadapan Arris beberapa kali sehingga lelaki itu sedar dari lamunannya...

"Kenapa???" Pertanyaan Rian dibiarkan, wajahnya masih disorokkan kerana malu dengan perbuatannya yang merenung segenap tubuh badan isterinya itu tanpa berkelip...

"Cerita apa ni???"

"Entah..." Rian mengangguk kecil, matanya hanya ditumpukan kepada television dihadapnnya itu, cuba memahami cerita yang sedang di tayangkan... Kakinya dilunjurkan, Arris semakin gelisah, jiwanya ketika itu sememangnya sedang berkocak hebat, sedaya upaya dia menahan nafsunya yang memaksa dirinya untuk mengamati bentuk kaki Rian yang kini terdedah kerana isterinya itu hanya memakai seluar pendek atas lutut... Peha gebu Rian ditatap lama, seketika kemudia Arris bangun dari tempat duduknya, Rian hanya membiarkan kerana dia malas untuk mengambil tahu akan perihal Arris kerana takut dia tidak mampu menahan rasa yang semakin lama semakin kuat untuk sang lelaki yang bergelar suami kepadanya... Sekali lagi dia melanggar prinsip yang dicipta oleh dirinya...

Harris mendaki anak tangga rumah agam itu, otaknya kini ligat mengawal segala pergerakannya supaya beriak seperti biasa... Pintu bilik dibuka dan kakinya dengan pantas membawa dirinya ke atas katil unutk melepaskan segala beban yang dia tanggung... Dia hanya beristighfar perlahan mengharap Allah membantu dirinya dalam mengawal gelodak nafsunya itu dari terus-menerus mengawal dirinya... Beberapa minit selepas itu Harris menutup matanya, kantuknya kini sudah tidak mampu ditahan lagi, Rian hanya menjadi pemerhati...

Dia tahu Arris akan cuba untuk memikat hatinya namun perkara itu harus dihentikan dengan cara menerbitkan nafsunya... 'Maafkan saya Arris...' Lampu yang terpasang ditutup dan Rian hanya meninggalkan lampu tidur ditepi Arris terpasang, Rian sememangnya tidak akan dapat tidur jika terdapat cahaya yang menerangi biliknya itu namun melihatkan Arris yang tidak mematikan lampu ketika tidur membuatkan dirinya serba-salah untuk mematikan semua lampu yang terdapat di dalam bilik itu walaupun hanya terdapat tiga sahaja lampu yang wujud di dalam bilik itu...

**********

Kenyaringan alarm yang membingitkan telinga memaksa Arris untuk membuka matanya... Walaupun kantuknya masih lagi belum hilang sepenuhnya, namun dipaksanya juga kerana bunyi bingit yang keluar dari jam locengnya sememangnya manggangu mimpi indah yang terlayar di mindanya... Tangan kanannya digerakkan untuk mematikan deringan jam loceng, selepas bunyi bingit itu tidak kedengaran Arris kembali meletakkan tangannya di sisi... Badannya digerakkan sedikit, tiba-tiba dia merasakan bahawa ada tangan yang melingkar di pinggangnya manakala tangan kanannya itu seakan-akan berada di atas sesuatu... Matanya masih lagi terasa berat untuk dibuka, diagahkan tangan kirinya untuk bergerak, namun gagal kerana seperti terdapat sesuatu yang berada di atas tangannya itu yang menghalang dirinya dari bergerak...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now