Bab 7

2.1K 73 2
                                    

"Kau dah fikir masak-masak??"

"Tuanku, tuanku tahukan keputusan tuanku ni boleh menyebabkan tuanku dalam keadaan bahaya..."

"Aku dah fikir, dan beta tahu risiko keputusan beta..."

"Aku tak setuju..." Wanita berbangsa Itali itu bangun dari tempat duduknya untuk meprotes keputusan ratunya itu... Walaupun dia tahu keupayaan ratunya itu, namun risiko yang bakal di tanggung begitu besar...

"Aku pun tak setuju... Kau akan bahayakan nyawa kau adik... Kau tahukan kau harapan kami..."

Pintu utama dikuak, pandangan ahli majlis kini tertumpu kepada wanita yang kelihatan tua dari mereka... Wanita itu hanya berjalan menuju ke tempatnya... Ahli yang lain hanya berdiam diri sambil menunggu kata-kata yang akan dilemparkan oleh wanita itu...

"Aku setuju dengan tuanku..."

Setelah mendengar kata-kata wanita itu bantahan terus diberikan... Dewan besar itu riuh dengan suara bantahan ahli majlis yang telah pun berdiri...

"Kau ahli sihir patutnya tahu risiko dari keputusan ni... Kenapa kau setuju???" Alexander yang diam kini mengeluarkan kata-katanya itu kepada wanita yang kelihatan separuh umur itu...

"Tuan Putera, aku tahu akan ada kebaikkan yang dapat kita peroleh dari keputusan tuanku itu... Dan aku pasti dendam ini pasti akan berakhir jika tuanku melaksanakan rancangan tuanku..."

Ahli majlis yang lain hanya berdiam diri... Perbincangan dalam bahasa Greek itu diteruskan sehingga keputusan memihak kepada ratu mereka...

**********
Tiga hari sudah berlalu selepas kejadian di restaurant tempat Rian membuat blind date... Walaupun jam sudah berginjak ke angka 12.00 tengah malam, Rian masih di atas jalan raya memandu keretanya itu di atas jalan yang lengang... Setibanya dia berhampiran dengan gerai mamak yang masih belum tutup, Rian membuat keputusan untuk memakir keretanya itu berhampiran dengan kedai... Secara tiba-tiba seorang lelaki berlari di hadapan kereta Rian, pedal brek ditekan, nasib lelaki tadi tidak mengalami apa-apa kecederaan...

"Encik okay???"

"Cik, cik tolong saya... Tolong saya..."

Rian hanya memandang lelaki yang hampir dilanggarnya dengan pandangan yang bingung... Beberapa minit kemudian dua orang lelaki datang menghampiri Rian dan pemuda itu... Seorang dari mereka memegang tukul besi, manakala lagi seorang hanya memakai buku lima besi...

"Hoi, perempuan, kau takde kena mengena dalam hal ni... So kau better blah sebelum kau jadi mangsa kitaorang..."

"Encik masuk dulu dalam kereta... Biar saya settle hal ni..." Rian membuka pintu keretanya untuk pemuda itu... Harris yang dari tadi berdiam diri hanya mengikut arahan perempuan yang telah menyelamatkan dirinya...
"Hoi perempuan, kau memang cari maut kan, kau tak tahu ye kawasan ni siapa yang pegang..." Lelaki yang bernama Fikri melantangkan suaranya untuk menakutkan perempuan di hadapannya itu... Oleh kerana cahaya lampu kereta Rian yang menyuluh penglihatan mereka berdua terhalang dari melihat wajah Rian...

"Tempat siapa???" Rian hanya ketawa sinis melihat kedua-dua lelaki di hadapannya... Fikri dan kawannya hanya memandang sesama sendiri dengan pelik...

"Ini tempat Taiko..."

"Taiko... Hahahahahaha, si Zaidi Han tu..."

Fikri yang mendengar terus kaku... Mendengarkan kata-kata perempuan itu membuatkan peluh jantannya keluar... 'Tak mungkin dia...'

"Sekarang kau cakap dengan aku, berapa budak tu hutang dengan Taiko..."

"RM 55 000 ... Kau boleh bayar ke..." Lelaki yang bersama Fikri menjawab pertanyaan Rian... Serentak itu Fikri menyiku lelaki itu tanda amaran untuk tidak masuk campur...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now