Bab 2

3.1K 84 0
                                    

Rian hanya mampu termenung jauh mengingatkan kata-kata mamanya yang ingin dia turut ikut sama turun ke Kuala Lumpur... Dalam asik dia memikirkan segala yang berkemungkinan akan berlaku pada esok hari matanya mulai menjadi kuyu dan akhirnya dia tertidur dengan  pakaian uniform nya itu masih tersarung di badannya...

**********
"Ayong, ayong dekat mana ni??" Pn Siti membelek jam dinding di ruang tamunya itu yang menunjukkan hampir pukul 10:30 a.m... Hati perempuanya mulai gelisah, dia risau jika anak perempuannya itu berubah fikiran secara drastic... Panggilan telefonnya disambut, namun hatinya tetap tidak tenteram...

"Apa ni mama, ayong dah nak sampai ni, dah dekat simpang dekat bus stop dah ni, mama tunggu kejap lagi ye... Dalam tiga minit ayong sampai..." tanpa berlengah dia terus mematikan panggilan itu... Pn Siti yang baru hendak membalas, mengeluh kecewa kerana anaknya itu meletakkan ganggang telefon begitu sahaja...

pin... pin... pin...

Kereta Ford yang bewarna hitam milik Rian memasuki perkarangan rumah dua tingkat milik Pn Hajah Puteri Amira... Siti yang dari tadi duduk menunggu anak sulongnya itu lantas bangun menuju ke muka pintu utama rumah itu...

"Haishhh, kamu ni, kenapa lambat???"

"Sorry ma, tadi ayong kena tengok patience tadi... Tiba-tiba je ada emergency... Jom la ma, tunggu apa lagi depan pintu tu?? Kata dah lambat..."

"Kejap, mama nak inform ayah kamu dulu, dia ada kat belakang sekarang ni dengan nenda kamu tu... Kamu masukkan beg mama ni dulu dalam kereta kamu tu ye, nanti kita gerak lepas mama inform ayah okay..."

"Iyela mama..."

Apabila mamanya memberi tahu bahawa ayahnya tidak dapat ikut sama, Rian berasa sangat gelisah... Dia cuba untuk tidak mudah melenting namun tatkala dia bayangkan akan topik-topik perbualan yang akan ke udara hatinya menjadi panas...

**********
'Fuhh, lega... Tidur la mama, tidur lama-lama ye... Selamat aku kali ni... Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, terima kasih banyak-banyak...' Sungguh dia tidak menyangka bahawa mamanya akan tertidur, dalam perjalanan yang memakan hampir dua setengah jam itu, Rian hanya tersenyum kerana dia tidak perlu menadah telinganya untuk mendengar bebelan dari mamanya mengenai hal Irfan dan masa hadapannya...

**********
"Assalamualaikum... Angah, oh angah... Cuba kamu call angah, tanya dia dekat mana sekarang ni..." Siti mengarahkan anak perempuannya itu untuk menelefon anak lelakinya yang sulong itu... Perasaan kurang enak berkunjung di benaknya tatkala hampir dua puluh minit mereka memberi salam namun masih tiada sahutan...

Baru sahaja Rian ingin mendail nombor adik lelakinya itu, kereta sport jenama Mazda berhenti di belakang kereta Ford hitam milik Rian... Rian dan mamanya menghembuskan nafas lega apabila melihat kereta mewah itu...

"Sorry ma, angah bawa Najwa pegi check up tadi..." kata lelaki yang tinggi kira-kira tujuh kaki itu setelah keluar dari perut keretanya menuju ke perempuan yang sudah berumur itu... Kemudian perempuan muda yang duduk di tempat sebelah pemandu juga keluar dari dalam kereta untuk bersua muka...

"Haa Najwa, doktor kata apa je??"

"Ma, tolong la, diaorang baru je balik, kalau ye pun nak tanya, tanya la bila dah masuk rumah... Apa la mama ni..."

"Haa, dah tu tak payah nak buat drama dekat depan rumah angah ni, sekarang ni jom masuk dalam dulu okay..."

"Jom mama, kita masuk dulu ye, nanti Najwa buatkan air... Jom ayong, kita masuk dulu..."

Rumah agam milik Megat Al Zakuan Hisyam dimasuki oleh mama dan kakaknya... Rumah tiga tingkat yang tersergam indah itu sememangnya dapat memukau sesiapa sahaja yang melihatnya... Dengan pilihan warna yang cukup match menaikkan lagi seri rumah itu yang sememangnya sudah mempunyai serinya yang tersendiri...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now