Bab 17

1.7K 48 3
                                    

Kereta Vios milik Fakrul diparking elok manakala moto Ninja Harris dipakir ditepi... Gym yang kelihatan mewah dipandang lama, seumur hidup dia itu kali pertama Harris menjejakkan kakinya ke tempat sebegitu, wajah Fakrul ditatap lama, Fakrul yang sedar akan pandangan itu hanya mengangkat keningnya sebelum menarik tangan rakan baiknya itu untuk masuk ke tempat yang sememangnya terkenal dikalangan 'abang-abang sado'... Pintu dikuak perlahan, wangian perfume lelaki terus menerpa rongga hidung kedua-dua jejaka itu... "Kau series ke ni... Aku seram la tengok tempat ni..." Wajah Harris bertukar keruh kerana kerisauannya yang dikemukakan hanya mendapat sapaan lembut penghawa dingin yang dipasang di dalam gym itu...

Langkah dipasang oleh Fakrul, baginya hanya waktu itu sahaja yang dapat diperuntukkan untuk menemukan Harris dengan seseprang yang mampu mengubah penampilan 'jambu' kawan baiknya itu... "Abang Im!!" Harris hanya membiarkan sahaja Fakrul menguruskan semuanya, fikirannya kini sedang melayang jauh memikirkan isteri yang baru di nikahi semalam... 'Kenapa dia tak chat aku??? Sibuk sangat ke?? Ke memang tak nak aku ambil tahu pasal dia...' Keluhan kecil dilepaskan... Telefon pintar miliknya dipandang sunyi... Walaupun dia sudah mendapat pelbagai tips untuk memikat hati isterinya itu, namun hati lelakinya masih ragu-ragu dengan tindakan yang sedang dia ambil ketika itu...

"Kau okay tak ni???"

"Aku tak pasti la wei, kalau bini aku tak suka macam mana..."

"Kau boleh tak yakin sikit dengan diri kau... Kau nak pikat bini kau ke tak?? Tak menyesal ke bini lawa-lawa tu kene kebas dengan orang lain..."

Kepala Hariss perlahan menggeleng... Fakrul tersenyum menang melihat kawan baiknya yang mula mengalah, tanpa berlengah dia membawa Harris berjumpa dengan pengurus yang boleh membantu dalm menukarkan penampilan Harris... "Abang Im, ni saya kenalkan Harris kawan baik saya yang saya janji nak bawak haritu... Harris ni abang Im, dia yang akan tolong kau dekat sini..." Abang Im lantas menghulur tangan dan hulurannya disambut mesra oleh Harris... Walaupun Harris tidak pernah mengenali akan lelaki itu namun persahabatan yang dihulur tidak ditolak dengan mentah...

"Mari abang tolong terangkan dekat korang prosedur jadi ahli gym ni..." Fakrul dan Harris hanya mengangguk dan membuntuti langkah lelaki itu... Sungguh Harris terkasima saat melihat otot lengan Abang Im yang timbul itu... Badannya yang tegap sememangnya menampakkan kelakian dirinya sendiri bak kata orang lebih kelihatan maskulin... Setiba sahaja di bilik Abang Im, mereka dua melabuhkan punggung masing-masing selepas dipelawa... Pada ketika itu, segala penerangan dibuat kepada Harris dengan teliti... Kepala Harris sesekali diangguk tanda faham...

"So macam mana... Setuju ke??"

Fakrul memandang Harris sambal keningnya diangkat-angkat mengalahkan Ziana Zain... Selepasa beberapa minit Fakrul dan abang Im tersenyum kerana Harris menganggguk setuju...

"Kalau macam tu sign dekat sini... Yuran nanti boleh bayar okay... Abnag nak keluar sekejap nak panggil trainer untuk Harris... Sekejap ye..." Kelibat abang Im langsung tidak dipandang... Otak Harris masih ligat berfikir akan tidakan yang baru sahaja dilakukan... Fakrul tahu akan kegelisahan yang sedang dialami oleh kawan baiknya itu... Dia tahu akan personality crush yang sebelum ini didambakan oleh dirinya... Dingin dan tidak mengambil tahu akan segala perihal yang terjadi disekelilingnya... Walaupunpelbagai spekulasi dibuat namun maklum balas yang diterima sememangnya bercanggah... Ada blogger yang mengatakan Riana berkelakuan sebegitu kerana lelaki yang berdamping dengan dirinya kerana inginkan harta dan kekayaan dari Riana, dan mereka berpendapat bahawa wajar Riana berkelakuan sebegitu... Manakala sesetengah blogger mengatakan Riana berkelakuan sebegitu kerana sombong dengan kekayaan yang diperoleh dan berpendapat tiada lelaki yang mampu menandingi dirinya...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now