Bab 14

1.8K 58 6
                                    

Mata Harris terus membulat melihat kecantikan sekitar rumah isterinya yang kelihatan bak istana itu... Rian hanya menahan ketawanya apabila mulut suaminya itu dibuka luas hanya kerana terkejut melihat saiz rumah yang bakal mereka duduki itu sangkal Rian...

"Dah habis tengok rumah ni ke belum??"

Pertanyaan Rian hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri... Harris masih tidak mampu untuk menerima hakikat bahawa dia akan duduk di situ, di dalam rumah agam yang luasnya seperti istana walaupun sebenarnya kalah istana... Rian hanya menggeleng kepalanya... Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menyedarkan suaminya itu dari terus-menerus menelek rumahnya...

Dengan menjinjing beg pakaian suaminya itu, Rian melangkah masuk kedalam rumah yang sudah lama dia tidak kunjungi itu... Pintu besar utama dikuak Rian, ruang tamu rumahnya masih kelihatan sama dan tidak berhabuk... Kerja-kerja rumah yang di lakukan oleh orang gajinya sangat-sangat memuaskan hati...

'Mak aii.... Besarnya rumah dia.... Ni rumah ke istana ni..... Dah la cantik, kemas, dekorasi pun cantik, memang nampak mewah gila la... Ni kalau Rul tahu aku khawin dengan crush dia confirm menangis dia ni.... hehehehe....'
Harris terus-menerus melihat rumah agam yang terbina dihadapan matanya itu... Rasa kagum dan tersentuh melihat kehidupan isterinya itu... Tiba-tiba dia berasa dia tidak layak untuk menjadi teman hidup Puteri Riana Natasya...

"Mr. Husband... Dah habis ukur rumah ni??? Taknak masuk ke?? Kalau nak tidur luar boleh je..."

Harris terkejut kerana dengan tiba-tiba isterinya itu berada dihadapannya... Lebih menakutkan lagi, jarak antara Rian dan Harris hanya beberapa inci sahaja... Tanpa berlengah Harris terus menapak ke belakang... Melihat raut wajah isterinya yang cantik membuat hatinya tidak senang duduk...

"Dah la tengok rumah ni... Jom masuk..."

Harris hanya membuntuti langkah Rian... Wajahnya ditunduk ke bawah... Tak sanggup memandang dia menunjukkan wajahnya yang sudah membahang menahan malu tadi... Setapak Harris memasuki ruang rumah agam Rian mulutnya sekali lagi ternganga... Kini langkah Rian hanya dibiarkan kerana dia ingin mengamati setiap bucu rumah isterinya yang sangat-sangat mewah itu... Dengan warna putih yang dipadankan bersama warna peach suasana di ruang tamu itu seakan-akan hidup... Harris membuka langkahnya perlahan-lahan, setiap yang dihias di ruang tamu itu dipandang dan dibeleknya...

Rian hanya memerhati, senyuman di bibir munggilnya diukir... Telatah suaminya itu sungguh menggelikan hatinya... Rian hanya duduk di atas sofa yang bewarna coklat perang... Dia meyilangkan kakinya seperti sedang melihat peragaan pakaian di atas runway...

"Arris nak makan apa???" Rian membuka mulut tatkala hampir lima belas minit suaminya itu membelek ruang tamunya...

"Awak nak makan apa???" Harris kembali menanyakan soalan kepada isterinya... Dia sebenarnya malu kerana isterinya itu telahpun melihat aksi terujanya melihat setiap perhiasan yang ada di ruang tamu itu... Sudah la dia menatap potret gambar isterinya yang berada di bahagian atas di tengah dinding ruang tamu rumah itu... Walaupun gambar itu gambar bertudung namun kejelitaan Rian seolah-olah terserlah sehingga dia menjatuhkan rahang mulutnya...

"Hmm... Takpe la, saya masak je la apa yang ada... Awak naik dulu atas, bilik saya dekat bahagian kiri... Beg baju awak saya dah letak dalam bilik baju dan saya dah kemas dah baju-baju awak... Kalau awak nak rehat, pergi la rehat dekat dalam bilik tu nanti kalau saya dah siap masak saya panggil awak turun makan..."

Harris hanya mendengar setiap butir perkataan yang dikeluarkan oleh isterinya... Sementara Rian sudah pun pergi ke dapur... 'Biar betul bini aku ni... First time dia cakap banyak macam tu...' Harris hanya melangkah pergi mendaki tangga untuk menuju ke bilik Rian... Di dalam hatinya masih berbunga riang... Kata-kata isterinya masih terngiang-ngiang...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now