Bab 11

1.9K 59 6
                                    

"Apa yang kauorang buat ni????" Nada tegas dan bahasa portugis perempuan itu menggerunkan semua lelaki-lelaki yang berada di dalam bilik itu... Dengusan nafas dihela kuat, dia serabut memikirkan segala masalah yang datang...

"Mana dia???" Dengan gelabahnya seorang lelaki yang berbadan tegap mengheret seorang lelaki berkulit hitam ke hadapan perempuan itu... Segala persiapan sudahpun di sediakan di atas meja, pisau yang mempunyai pelbagai saiz diletakkan di atas kain hitam manakala sepucuk pistol diletakkan di bahagian tepi kain hitam itu... Warna perak pistol tidak langsung menarik perhatian perempuan yang sedang menghampiri meja yang tersedia, sebaliknya mata perempuan yang memakai seluar jeans kelabu itu tepat di arahkan ke pisau-pisau yang kelihatan berkilauan...

Lelaki berkulit hitam itu meronta untuk meloloskan diri, namun usahanya hanya sia-sia kerana badannya kini telahpun digari ke tiang besi dengan keadaannya kini berdiri sambil kedua-dua tangannya terangkat ke atas... Baju lelaki itu direntap kuat, lelaki-lelaki yang berada di dalam bilik itu hanya berdiam diri, perempuan itu kemudian menarik meja itu lalu dihadapkan ke hadapan lelaki berkulit hitam itu... Semua yang ada hanya menelan air liur masing-masing dengan perit, wajah perempuan itu langsung tidak berani di pandang tambahan pula mereka semua telahpun melakukan kesalahan yang besar...

"Why you here???" Perempuan itu memandang tahanannya sambil kakinya disilangkan... Dia hanya duduk sambil tangannya menghelus lembut pisau yang bersaiz kecil yang diambilnya sebelum dia melabuhkan duduknya...

Lelaki itu hanya berdiam diri, wajah perempuan itu sememangnya tiada sesiapa yang berani tenung tambahan lagi dalam situasi seperti itu... Kelima-lima lelaki yang berbadan tegap itu turut menundukkan kepala mereka, situasi yang menggerunkan itu sememangnya membuatkan mereka berlima tidak senang duduk kerana amarah permpuan itu tidak pernah dapat diduga kerana pada bila-bila masa sahaja perempuan itu akan meletup...

Beberapa minit berlalu, dan lelaki berkulit hitam itu masih lagi berdiam diri, tanpa berlengah perempuan itu lansung membenamkan pisau kecil itu kedalam betis tahanannya... Bergema bilik itu dengan erangan lelaki berkulit hitam itu, kelima-lima lelaki tadi hanya memandang sekejap sebelum mata mereka kembali dihalakan ke lantai... Wajah perempuan itu kelihatan memerah, dia sangat pantang jika pertanyaannya tidak dijawab... Perempuan itu lantas berdiri dan dengan mata yang mencerlung kakinya menekan kuat tempat pegangan di pisau kecil itu sehingga kedalam... Darah yang mengalir dibiarkan sahaja, menitik-nitik darah itu membasahi lantai bilik gelap yang hanya diterangi dengan cahaya lampu...

"I'm asking you one more time, why you here???" Lelaki tadi menggigil menahan sakit, matanya dipejam erat, hatinya dicekalkan kerana dia tahu bahawa perempuan tadi hanya mahukan bukti dan dia tidak akan sama sekali memberikan apa yang perempuan itu kehendaki walaupun nyawanya tergadai... Senyuman sinis diberikan, wajah permpuan itu masih lagi tidak dipandang, ketakutan yang hadir tidak dapat disembunyikan lagi, degupan jantungnya semakin laju dan darah yang mengalir semakin banyak...

Pisau yang sederhana besar di ambil, tanoa berlengah perempuan itu menusuk masuk pisau itu sehingga ke dalam peha lelaki berkulit hitam itu... Jeritan semakin kuat, matanya juga dipejam erat menahan sakit... Sungguh dia tidak dapat bayangkan bertapa peritnya saat perempuan yang paling digeruni itu menyiksa semua musuhnya, dan pada ketika itu dia hanya dapat berharap agar perempuan itu dapat menamatkan riwayatnya dengan cepat kerana azab yang ditanggung sememangnya sangat besar dan kematian merupakan pengakhiran bagi segala penyiksaan... Namun tidak bagi perempuan yang memakai jam tangan rolex itu, dia kelihatan semakin teruja tatkala tangannya mencapai sebilah lagi pisau yang bersaiz kecil seperti yang tertanam di dalam betis tahannya itu...

"You know exactly who I am, just give what I want and I will release you... Now think wisely..." Dengan nada suara yang kedengaran menakutkan itu cukup untuk membuatkan bulu roma mereka yang berada di dalam bilik itu meremang... Aura yang dingin dan menakutkan itu sudahpun merebak ke seluruh pelosok bilik itu, kelima-lima lelaki yang berbadan tegap itu hanya berdiri setempat dalam keadaan rehatkan diri, mereka berlima tidak berani untuk bersurai kerana arahan tidak diberi walaupun kaki mereka sudah mula kejang... Pisau kecil yang berada di tangan perempuan itu didekatkan dibahagian perut lelaki berkulit hitam itu, dengan sedikit tenaga yang di kenakan torehan halus terhasil... Pisau kecil itu kemudia di naikkan keatas, keperitan hanya di pendam, lelaki berkulit hitam itu sudah tidak berdaya untuk menjerit... Sakit yang mendatang membuatkan tubuh lelaki itu lemah...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now