EPILOG V

2.1K 51 3
                                    

Kebisingan yang terhasil sewaktu kereta api melaui jalan itu telah menelan suara yang meminta tolong... Susuk tubuh yang tiggi lampai menghampiri si dia yang sudah terkulai layu dengan tangan dan kakinya yang diikat pada diding... Bau hanyir darah memenuhi segenap ruang, ruang udara yang sedia ada hanya menjadi satu-satunya sumber cahaya yang menerangi bilik gelap itu...

"¿Qué quiere de mi?!!!!!!!!" ("Apa yang kau nak dari aku!!!!!!") teriak lelaki itu saat dia menyedari akan kehadiran manusia yang datang menghampirinya... Oleh kerana cahaya yang terpancar menyuluh ke arah lelaki berasal dari spanish itu, maka dia hanya dapat melihat susuk tubuh tanpa wajah...

"Just want to inform you that you have unfinished debt with me..."

**********

"Kau betul-betul nak balik Malaysia ke bro???" sayu hati Fakrul tatkala Haris memberitahunya yang dia akan berlepas ke Malaysia jam 2 petang waktu tempatan...

Teksi yang berada di hadapan rumah dipandang sepi, sememangnya niat Harris ke situ adalah untuk mencari isteri tercinta, dan membawa Rian pulang bersama... Namun setelah hampir seminggu tanpa sebarang berita yang positif, dia mengambil keputusan untuk memulakan pencariannya semula pada titik asal...

"Bro, aku bukannya taknak duduk dengan kau, tapi kerja akupon dah banyak... Aku pegang amanah Rian untuk jaga business aku ni elok-elok, kau sendiri tau kan..."

Fakrul hanya mampu mendiamkan dirinya, walaupun jauh di sudut hatinya dia mahu menasihatkan Harris supaya berhenti berharap. Bukannya dia tidak tahu akan fikiran Harris, semua yang kawan baiknya itu rasa dia tahu... Namun dia juga tahu yang Harris tidak akan pernah berputus asa...

Mata Harris tepat memandang ke arah Fakrul... Setiap hembusan nafas yang dihela oleh satu-satunya kawan yang dia ada di muka bumi ini dibaca satu persatu, walaupun dia hendak memberitahu Fakrul yang dia hendak berjumpa seseorang yang mengenali Rian, akan tetapi hatinya berbolak-balik... separuh dari dirinya ingin berkongsi akan berita itu namun separuh lagi menghalang dirinya dari berkata apa-apa dan hanya merahsiakan perkara itu...

Selepas bersalaman dan berpelukan, pintu teksi dibuka...

"Bro, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau..." Mata yang tadi hanya berkaca kini sudah mengalirkan air mata... Ternyata tidak mudah untuk dia menghantar pemergian Harris...

"Aku pon akan sentiasa doakan kau jumpa jodoh kau..."

Mendengarkan kata-kata itu satu tumbukan ringan diberi ke bahu Harris sebelum mereka berdua sama-sama mengukirkan senyuman...

**********

"What the hell are you planning to do by locking him in that building??!!!!"

"Why don't you just kill him?? You clearly know that he the one who's planning all of this right... Now what are you still waiting for???"

Setiap kali rumah agam itu dirasai seperti berpehuni pasti dek kerana jeritan dan tengkingan dari Alex kepada Rian... Jika tiada itu semua rumah agam itu hanyalah sebuah rumah yang menyediakan tempat tinggal dan tempat berteduh...

Alex menggenggam erat kedua-dua penumbuknya... Dia semakin keliru dengan semua rancangan yang dibuat oleh Rian... Seboleh-bolehnya dia hendak mengakhirikan semua dan menghantar Rian untuk berubat sebelum terlambat...

Dan seperti biasa Rian hanya duduk termenung ke luar tingkap sambil tangannya memegang cawan yang diimport dari Mesir sebelum menghirup air yang terkandung didalamnya...

Masih tiada response selepas sepuluh minit Alex menampakkan kemarahannya... Kata-kata amarah dan soalan yang dilemparkan seperti tiada apa-apa makna kepada Rian, setiap butir perkataan itu seperti angin sepoi-sepoi bahasa yang hanya lalu untuk memberikan sedikit nyaman kepada si pendengar...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now