Bab 15

1.7K 61 0
                                    

Tanpa berlengah Rian terus mendaki anak tangga dan menuju ke biliknya... Pintu dikuak, Harris yang mendengar terus meletakkan telefon pintarnya ke atas meja kaca yang berada dihadapannya itu... Rian yang melihat hanya mengangkat keningnya... Harris yang sudah kelihatan cuak hanya menayang sengihannya...

"Jom makan..."

"Ohh, okay..." Selepas sahaja Rian berlalu pergi, Harris terus memasukkan telefonnya itu kedalam kocek seluarnya... 'Harap-harap dia tak syak apa-apa... Ya Allah kau tolong bantu aku...'

"Haa, duduk la... Saya masak ini je... Makan la..."

"Terima kasih..." Harris hanya meleretkan intonasinya dengan harapan isterinya akan sedikit sebanyak cair... Maklumla gelaran'Puteri Kutub' sememangnya memberi tentangan hebat kepada Harris kerana untuk mencairkan hati perempuan yang sudah beku lebih sukar dari mencairkan ais di kutub...

Harris menadah tangannya untuk membaca doa, Rian hanya menurut perlakuan suaminya itu... Jujur dia sudah jatuh cinta dengan suaminya, namun dia masih tidak mampu untuk menunjukkan kasih sayangnya itu... 'Maafkan saya Arris, satu hari nanti awak akan tahu juga... Saya janji saya akan tinggalkan awak lepas semuanya selesai...'

Suasana sungguh sepi, Harris yang duduk di tempat utama di meja makan hanya memerhati isterinya... Tiba-tiba hatinya berasa sayu kerana isterinya akan pergi bertugas... Chat yang dihantar oleh kawan-kawan Rian di ingat kembali... Walaupun dia tahu pekerjaan isterinya itu namun apabila mengingatkan yang sebentar lagi mereka akan berpisah, Harris kembali mengeluh...

"Arris... Kalau penat pergi je la naik tidur..."

"Hmmm, awakkk..."

"Apa??"

"Awak pergi pukul berapa??"

"Tak tau lagi... Kalau anak buah saya call saya pergi la..."

"Ohh... Okay..."

Rian yang sedang membuat kerja perasan akan perubahan riak wajah Harris yang bertukar muram... Dia keliru sebentar, 'Kenapa dia nampak sedih pula?? Hishhh kau tak payah nak perasan la dia ada hati dekat kau...' Kata-kata hatinya tidak diendahkan... Dia sendiri tidak pasti apakah yang perlu dia rasakan ketika  melihat riak wajah suaminya itu...

Harris yang sudah berasa mengantuk terus terlelap di sofa... Rian hanya tersenyum nipis... Beberapa saat selepas itu telefonnya berbunyi...

"Hello..."

"Kapten, kapal sampai dalam dua jam lagi... Kapten Iskandar suruh kapten datang awal sebab nanti ada mesyuarat untuk operasi dekat Australia nanti..."

"Hmm ye la..."

Rian terus mematikan panggilan itu... Satu keluhan berat dikeluarkan... Tanpa berlengah kakinya terus melangkah ke bilik untuk mengemas segala barang yang diperlukan... Jam di dinding dikerling... 'Pukul 10.15 minit malam...' Beg pakaian dan barangnya diletak di atas sofa... Wallet Harris diambil lalu beberapa keping note seratus ringgit dimasukkan... Selepas itu kunci moto ninja dikeluarkan dari laci meja kacanya dan satu nota kecil ditulis dan diselit di bawah kunci itu...

Rian mengeluarkan laptop dan di letakkan dihapannya... Sejumlah wang di masukkan ke dalam akaun Harris... "Cukup kot untuk tujuh bulan..." Selepas selesai, dia menyimpan kembali komputer ribanya itu dan terus melangkah masuk kedalam bilik air untuk bersiap...

Baju seragam bewarna putih di pakai dan tanda namanya di pinkan... Selepas selesai bersiap Rian menggalas beg sandang yang jisimnya lebih kurang hampir 3kg itu dan di tangan kirinya dijinjing beg yang sederhana besar... Tangga dituruni oleh Rian, wajah Harris ditatap lama... Dia kemudian menghampiri suaminya yang sedang lena diulit mimpi... Satu nota kecil dikeluarkan lalu diletak di atas meja kaca di ruang tamu rumahnya itu... Rian mengucup dahi Harris, lama... Hatinya luluh dan berasa berat untuk meninggalkan suaminya itu...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now