Bab 19

1.6K 51 2
                                    

"Ayong sebenarnya tak macam tu, tapi dingin dia tu ada la juga sebelum ni cuma tak ketara sangat... Kalau baran dia tu memang ketara la... Ayong sebenarnya dulu takde la kejam macam tu dekat lelaki, ayong berubah sejak Abang Adib meninggal dunia... Tak silap abang waktu tu umur ayong dengan abang Adib tu 18 tahun... Abang Adib meninggal sebab kanser apa entah, abang tak tahu sebab ayong tak pernah cerita so abang takde la tanya since ayong dah mula dingin... Mega Holdings yang ayong terajui sekarang ni sebenarnya wasiat dari abang Adib... Mula-mula memang pelik la sebab masa ayong nak pergi UK, ada seorang peguam dengan seorang perempuan, yang peguam tu abang tak kenal tapi yang perempuan tu Kak Fion..." Najwa hanya mengangguk... selepas beberapa ketika itu Zakuan kembali menyambung ceritanya...

"Sebenarnya ayong dengan abang Adib tu dulu rapat, nak jadikan cerita dua-dua pernah ada perasaan pada diri masing-masing... Tapi abang Adib tak tahu yang ayong pun suka dia, lepas setahun kenal abang Adib tiba-tiba hilang...Abang tahu ni dari kawan-kawan ayong tau, bukan dari ayong tapi cerita ni sahih sebab ayong yang cerita dekat kawan-kawan dia... Nak jadikan cerita satu hari tu abang Adib munculkan diri dia dekat ayong, perang besar juga la diaorang berdua, tapi lepas ayong tahu yang abang Adib sakit dia terus berubah... Masa tu la dia mula ulang-alik dari Perak ke Putrajaya semata-mata nak jaga abang Adib... Lepas ayong terangkan dekat abang dengan semua, baru la kiteorang tahu yang abang Adib tu sebenarnya cinta pertama ayong, abang Adib tinggalkan ayong sebab dia nak sihat sebab waktu tu dia dah disahkan menghidap sakit cancer... Yang ayong pula ingat abang Adib mungkir janji dia, so lepas tu ayong dah mula tukar boyfriend macam tukar baju... Kejap bercinta dengan lelaki ni, kejap dengan lelaki tu... Start dari tu ayong lebih suka bersendiri, borak dengan kiteorang pun kadang-kadang tapi still la ayong tak cakap apa-apa... Lepas ayong cerita tu baru abang faham kenapa ayong layan lelaki macam takde perasaan, kena tinggal pun relax je, kena curang pun boleh relax je... Tapi ayong takde la kejam macam sekarang ni, ayong jadi macam tu masa dia terlibat dalam satu accident dekat Lubnan..."

"Ayong buat apa dekat situ???" Mata Najwa membesar saat suaminya berkata sedemikian, rasa sedih bertandang di jiwanya, mendengarkan kisah ayongnya itu membuatkan dirinya sebak kerana wanita yang tabah itu menyembunyikan kesedihannya dengan cara mengentalkan dirinya sehingga tanpa dirinya sedar dia telah menyampuk penceritaan suaminya itu... Zakuan hanya menggeleng kepala, sejakdari tadi isterinya khusyuk mendengar dia bercerita sehingga tubir matanya hampir membenarkan air mata jatuh berlinangan...

"Ayong terlibat dengan aktiviti sukarelawan sebab masa tu dia dah masuk tahun dua dekat Oxford tu, mula-mula mam dengan ayah larang tapi nak buat macam mana yang masukkan nama dia dalam senarai bukan ayong tapi lecture dia dengan alasan ayong tu berkaliber sebab ayong dapat pointer 3.98 masa tahun pertama..." Mata Najwa kembali membulat, terkejut mendengar keputusan kakak iparnya itu pada tahun pertama... "Pandainya ayong..." Hatinya mengagumi kebijaksanaa kakak iparnya itu, masakan tidak, bidang yang diceburi adalah perubatan dan bidang perubatan memerlukan otak yang bijak dan dapat berfikir dengan pantas kerana mereka semua berhadapan dengan manusia yang sedang nyawa-nyawa ikan...

"Ayong memang dari dulu dia pandai... Kalau sayang nak tahu dulu aabang dengan adik beradik abang ni jenis yang malas datang sekolah tau... Tapi still pandai, jangan tanya macam mana boleh pandai sebab semua tu rezeki dari Allah... Hehehe...." Najwa mencebik, memang tak dinafikan hal itu kerana dia sendiri melihat dengan kedu-dua matanya... Adik iparnya yang paling bongsu masih bersekolah tetapi jikalau semua ahli keluarga berkumpul acu akan ponteng sekolah semata-mata ingin meluangkan masanya dengan keluarga... Zakuan hanya tersengih sumbang, dia tahu isterinya itu pelik namun itulah hakikatnya... "Lepas tu abang???"

"Lepas two, three la..." Dan sekali lagi Najwa mencebik... Suka sangat suaminya itu mengenakan dirinya... "Alaaa, abang gurau je... Jangan la merajuk ye..." Selepas beberapa minti senyuman diukir dibibir Najwa, Zakuan yang mengurut kakinya terus meneruskan urutan...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now