Bab 25

1.9K 50 0
                                    

"Ayong..." Mata Rian yang tertancap pada skrin telefon pintarnya kini dialih ke wajah satu-satunya adik perempuan yang dia ada...

"Ada apa???" Riasya hanya tersengih sebelum duduk di sebelah kakaknya itu... Semua yang ada di ruang tamu itu hanya menanti bicara selanjutnya dari Riasya...

"Ayong dah jumpa dah dengan orang yang akan jadi supplier kain untuk acik, ayong boleh tak tengokkan contract yang acik buat ni..." Satu dokumen diserahkan kepada Rian, telefon pintar yang berada di tangan di letakkan di sebelah pehanya, dokumen bertukar tangan dan tanpa berlengah Rian membuka satu demi satu helaian untuk meneliti segenap isi yang tertaip di atas ketas itu... Riasya hanya menunggu dengan penuh debaran, wajah serius kakaknya dipandang dengan detak jantung yang berdegup laju...

"Hmmm, tak okay sangat la, contract ni Nampak sangat berat sebelah... Kalau kamu buat untung dari jualan tu 35% untuk supplier tu ayong rase okay sebab 20% tu sikit sangat... Kalau ayong jadi supplier pun ayong takkan sign sebab tak menguntungkan..." Penjelasan Rian hanya mendapat anggukan dari Riasya, semua yang berada di ruang tamu itu hanya mengangguk sahaja... Pendapat Rian sememangnya masuk akal walaupun jurusan yang di ambil langsung tidak ada kena mengena dengan business... Tidak pernah di nafikan bahawa segala yang di buat oleh Rian kepada Mega Holdings dan P&P Cooperation amat membanggakan, dalam masa yang singkat kedua-dua syarikat itu dapat berdiri gah di persada dunia malah mendapat tempat dalam senarai pendek sayrikat yang paling maju di dunia...

Harris yang mendengar segala butir penjelasan dari isterinya itu menzahirkan rasa kagumnya kepada Rian, ternyata kredibiliti yang ada pada dirinya sememangnya tidak dapat disangkal lagi dan segala rumusan yang dibuat oleh para wartawan mengenai ciri-ciri isterinya yang berfikiran jauh itu amatla dipersetujui...

"Ayong, esok acik dengan acu nak balik perlis, ayong nak ikut tak lagipun nenek nak sangat jumpa dengan along..." Kata-kata Asyraf mengundang seribu kesunyian, wajah kakaknya dipandang lama ingin mencari perubahan namun sebarang riak masih tidak dipamerkan... Siti dan Halim hanya dia seribu bahasa, kejadian tiga tahun lalu seboleh-bolehnya tidak mahu diungkit kembali namun apa kan daya permintaan Hajah Kalsum terpaksa dipertimbangkan kembali...

"Berapa hari kamu duduk sana???" Riasya menguntum senyuman, pertanyaan kakaknya itu pantas dijawab... "Dalam tiga hari macam tu, tapi kalau ayong nak balik awal kitaorang tak kisah..." Anggukan kecil di beri oleh Asyraf, kini tinggal menunggu kata putus dari ayongnya sahaja...

"Okay..." Selepas beberapa minit berdiam diri, memikirkan permintaan neneknya itu Rian mengambil keputusan untuk balik ke perlis walaupun hatinya tidak mahu untuk menjejakkan kakinya di rumah peninggalan arwah datuknya, tambahan pula kejadian tiga tahun yang lalu kembali terlayar di minda Rian, kejadian di mana maruahnya dipijak... Ketegangan yang terasa membuatkan Harris tertanya-tanya, riak wajah ibu dan bapa mentuanya itu menimbulkan seribu persoalan di benaknya namun perasaan itu dicuba sedaya upaya dikawal dengan mendiamkan diri...

"Along dah nak start masuk sem 2 kan???" Harris hanya menganggukkan kepalanya, perbualan pertama antara dia dan adik iparnya itu mengundang situasi yang agak janggal kerana perbezaan umur mereka... Riasya yang masih tidak mampu membiasakan diri memutuskan untuk mendiamkan dirinya selepas soalannya dijawab dengan dua anggukan, walaupun dia masih tidak bersetuju dengan pilihan ayongnya itu namun jodoh tidak mengenal umur, latar belakang dan pekerjaan seseorang... Kenyataa yang sukar untuk diterima terpaksa untuk dibiarkan sahaja tambahan pula angahnya sudah semakin membiasakan diri dengan abang ipar mereka yang lebih muda dari mereka berdua...

**********

"Awak okay???" Pintu yang terbuka ditutup kembali, wajah Rian yang kelihatan sedikit muram diperhatikan sahaja kerana masih menunggu jawapan dari Rian... Melihat kedudukan Harris yang sedikit mendekat Rian mengambil keptusan untuk memandang anak mata Arris, terkejut dengan tindakan Rian kening sebelah kanannya diangkat sedikit...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now