Bab 13

1.8K 59 8
                                    

"Harris, awak dah mandi ke belum??"

Harris hanya menggelengkan kepalanya... Dia terpaku memandang Rian, kini dia pasti bahawa perasaanya itu adalah benar kerana pada waktu itu jantunya sedang berdegup laju seolah-olah ingin keluar dari rangka rusuknya itu...

"Kalau macam tu, awak ambil baju yang awak nak pakai, lepastu letak je beg baju awak tu atas katil ni... Saya nak mandi dulu..."

Rian memandang hairan... 'Apahal dengan budak ni pandang aku macam tu... Takkan dah tergoda kut, aku baru je buka tudung, baru tunjuk rambut dah pandang tak lepas... Aku tahu la aku cantik...'

"Ehemm... Awak dengar tak ni??"

Harris menundukkan pandangannya, baru dia tersedar yang dia hanya diam membatu melihat mahkota isterinya yang selama ini disimpan rapi...

"Sa...saya...den...ngar..." 'Aduhhh, apasal gagap pula ni... Kantoi dah aku renung dia... Malunyaaaaaa...'

Rian hanya keluar dari bilik itu dengan menutup rambutnya dengan tuala... Hatinya berasa terusik dengan kekalutan suaminya itu... Walaupun sebelum ini dia tidak pernah menutup rambutnya itu dengan tuala namun pada hari itu dia berbuat seperti itu... Jika selama ini dia langsung tidak menjaga auratnya dihadapan keluarga besarnya itu, namun setelah dia berkhahwin, perkara itu ditimbangnya dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk menutup auratnya dengan penuh...

**********
"Wei Irfan, sudah-sudah la macam ni... Sampai bila kau nak terperuk dalam rumah macam ni??"

"Dah la, kau nak keluar kau keluar je la... Aku takde mood..."

Amirul hanya mengeluh hampa... Sejak semalam kawannya itu hanya duduk di dalam rumah sahaja... Ingin bertanya dia takut, walaupun dia sudah kenal Irfan sejak lima tahun yang lalu, namun sikap Irfan sering berubah-ubah... Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak mencampuri masalah yang sedang di tanggung oleh Irfan...

"Kenapa susah sangat kau nak terima aku balik Rian... Aku tahu aku salah, aku tahu aku bodoh tapi kenapa kau susah nak bagi aku peluang untuk aku buktikan cinta aku pada kau Rian... Kenapa??"

Kad jemputan yang diberi oleh Rian direnyuk-renyuk oleh dirinya... Hatinya kini terasa seperti disiat-siat dengan kenyataan itu... Air matanya mulai gugur dan selepas itu bercucuran sehingga matanya menjadi sembab disebabkan tangisannya itu...

"Aku takkan berhenti mencintai kau Rian... Aku pasti satu hari nanti kau akan sedar yang aku ni jodoh sebenar kau... Aku akan tunggu kau hingga nafas yang terakhir, itu janji aku Rian, itu janji aku..."

**********
Kringggg kringggg kringggg

Kringggg kringggg kringggg

Harris mencari punca deringan itu... Setelah dia menjumpainya dia terus mengangkat panggilan itu...

"Hello??"

"Hello, hah jawab pun... Ni aku nak cakap, ini no telefon aku... Aku dah masukkan no kau dalam what apps, jadi lepasni kita berhubung melalui itu... Kau faham tak ni budak??"

"Haaa... Haaa... Faham... Faham..."

"Haaa, good, good... Kau kena ingat, Rian tak boleh tahu pasal benda ni..."

"Ye... Ye... Ingat, ingat..."

"Okay la, bye... Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..."

"Sejak bila aku pakai phone ni??"

Telefon pintar jenama IPhone 6s dibeleknya... Dia hairan dengan telefonnya yang secara tiba-tiba bertukar bentuk... Setahu dirinya dia tidak pernah menukar telefon baru sebelum berkhahwin dengan isterinya itu... Harris tersentak tatkala pintu bilik dikuak... Rian yang baru sahaja selesai mandi dipandang Harris... Sekali lagi jantung Harris berdebar, hatinya pula berasa berbunga setaman, nafsu lelakinya usah ditanya kerana pada ketika itu dia sudah berkira-kira untuk menerkam isterinya yang kelihatan sungguh menggoda itu...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now