Bab 8

2K 74 2
                                    

"Bro, kau ada duit tak???"

"Kau nak berapa??"

"RM 55 000..."

Fakrul tersedak mendengar jumlah wang yang diinginkan oleh kawan baiknya itu... Walaupun dia tahu yang ayah Daniel berhutang dengan samseng, namun jumlah duit yang diperlukan sangat-sangat mengejutkan...

"Aku minta maaf bro, aku tak dapat tolong kau, syarikat papa aku hampir bankrupt sebab orang dalam khianat... So aku takde duit nak tolong kau... Aku minta maaf bro..."

Daniel Harris hanya mengeluh lemah, nampaknya sudah tidak ada cara lain lagi... Walaupun dia telah melakukan solat istikharah, pertunjuk yang dipohon masih belum diperolehi... Fakrul yang melihat Daniel yang sejak dari tadi bingung menghentikan sedutannya... Air laici diletak tepi bagi memudahkan mereka untuk berbicara...

"Kau okay ke tak ni??"

"Entah la Rul... Aku dah buntu nak cari jalan macam mana nak bayar hutang tu..."

"Kau tak minta panjangkan tempoh ke??"

"Aku tak mampu Rul... Aku dah terhutang nyawa dengan dia..."

"Hutang nyawa??? Sejak bila samseng tu kesah pasal nyawa kau ni???"

Harris mengangkat mukanya memandang kawan baiknya itu... Selepas itu dia mengetuk kepalanya sendiri...

"Sorry Rul... Aku lupa nak beritahu kau, aku dengan samseng tu dah takde hutang dah... Malam tadi ada seorang perempuan ni, dia hampir langgar aku sebab aku lari ke arah kereta dia... Waktu tu aku langsung tak perasan..."

"Habistu kau cedera kat mana??? Dia hantar kau pergi klinik tak??? Luka tu besar tak???"

"Hishhh kau ni, kalau tak menyampuk memang tak sah kan... Kalau ye pun tunggu la aku habiskan ayat aku..."

Fakrul hanya tersengih memandang sahabatnya itu... Selepas itu dia membuat isyarat tangan supaya meneruskan cerita sensasi itu... Harris mengambil nafas sebelum menceritakan segalanya kepada Fakrul, beberapa saat kemudian dia menghembuskan nafasnya dengan tenang...

"Okay, aku sambung balik yang tadi tu... Perempuan tu sempat brek, so aku takde la cedera dekat mana-mana... Dia keluar nak tengok keadaan aku, entah macam mana aku boleh terlepas cakap dekat dia yang aku perlukan pertolongan dari dia sebab waktu tu konco-konco samseng tu kejar aku... Lepas je aku cakap macam tu, dia suruh aku duduk dalam kereta dia... Aku just tengok je la perempuan tu berurusan dengan orang yang kejar aku tu... Yang peliknya perempuan tu langsung tak nampak takut... Dia buat relax je depan diaorang sedangkan diaorang ada senjata..."

Fakrul melopong mendengar cerita dari kawannya itu... Langsung dia tidak menyangka bahawa kawan baiknya itu menghadapi masalah yang sebegitu teruk... Harris menyedut minumannya dengan menggunakan straw... Tekaknya ketika itu terasa sangat kering dek kerana menceritakan perihal yang berlaku padanya kurang dari sembilan jam itu...

"Lepas je selesai, perempuan tu bawa aku pergi makan dekat kedai mamak... Time tu memang aku tak sangka sangat sebab kereta yang dia pakai, takde dalam Malaysia... Lepastu kitaorang makan la dekat situ... Habis je makan perempuan tu cakap hutang bapak aku dia dah langsaikan..."

Fakrul terus menepuk kedua-dua tangannya... Sungguh dia tidak menyangka bahawa perempuan itu sanggup menolong kawan baiknya itu... "So, kenapa kau nak lagi duit tu???"

"Ni aku nak cerita la kenapa aku perlukan duit tu...."

Fakrul hanya mengangguk tanda faham dan kemudian dia kembali fokus kepada Daniel...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now