Bab 31

1.7K 50 2
                                    

"Kenapa kau balik sini ha!!!!!!" Jerkahan dari perempuan yang kelihatan sudah memasuki lingkungan 50-an itu mengejutkan semua yang sedang duduk berkelah sambal makan buah rambutan... Puan Martijah memandang tajam wajah anak keduanya itu, ibu kepada Hashima dan Haslinda... Rian hanya membuat muka biasa, jerkahan dari mak ngahnya itu sudah biasa dia dengar... Asyraf dan Riasya pula sudah panas badan mendengar jerkahan mak ngah mereka, kedua-dua beradik itu turut bangun sama dan berdiri di sebelah nenek mereka... Harris masih lagi terkedu, tidak sangka pergaduhan yang ditkutkan berlaku secepat itu...

"Eh perempuan, hang buat apa kat anak aku ha????!!!! Tak puas lagi hang dah buat Shima tak jadi tunang dulu, la ni hang nak buat apa pula kat Linda??!!!!" Tengkingan-tenngkingan diberi, dada mak ngah keliatan turun naik selepas menghamburkan kemarahannya, Haslinda yang berdiri disebelah berpura-pura menangis sedih... Puan Martijah menggeleng kepala, tidak faham akan ketidakpuasan hati anak keduanya itu...

"Mak ngah tak perlu pun nak tinggikan suara tu, tak payah nak jadi perempuan murah sangat..."

ZAAAASSSSSS

Berapi telinga Puan Zuridah mendengar anak sulong adiknya itu berkata demikian... Dengan langkah yang pantas dia datang menghampiri Rian untuk menampar pipi perempuan itu namun Rian dengan cepat bangun dan menghadiahkan pandangan tajam sehingga mematikan langkah mak ngahnya... Terkaku Zuridah melihat riak wajah anak saudaranya seperti 3 tahun lepas... Harris turut sama bangun, Haslinda hanya melihat dengan hati yang pedih, sakit hatinya ketika itu tatkala maknya tidak mampu untuk menyentuh perempuan yang sangat dibencinya...

23 Tahun Dahulu

"Hai, nama kita Puteri Riana Natasya binti Megat Abdullah Halim..." Budak permpuan yang berumur lima tahun itu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan kakak-kakak sepupu yang lain... Gembira hatinya tatkala mama dan ayahnya mengatkan bahawa dia mempunyai kakak saudara dari sebelah mamanya di kampong, sejak kecil lagi dia berharap dia mempunyai kakak saudara kerana kawan-kawannya yang lain mempunyai kakak yang dapat bermain anak patung bersama...

"Eleh setakat nama kau tu yang ada 'Puteri' tu kiteorang tak heran la, dah la jom pi main kat tempat lain..." Perempuan yang kelihatan tua sedikit dari Rian mengajak yang lain untuk pergi dari situ dan meninggalkan budak perempuan yang berumur lima tahun itu... Rian hanya menangis, tidak pernah dia dilayan dengan sedemikian walaupun dia hanya mempunyai abang-abang saudara sebagai penemannya ketika main... Dalam asik dia menangis, dating seorang budak lelaki menegurnya, Rian mengelap wajahnya yang sudah banjir dengan air mata, namun buada lelaki yang kelihatan lebih tua itu menghalang dan mengelap wajah Rian dengan kain sapunya...

"Kenapa awak menangis??"

"Diaorang tak nak kawan dengan saya..." Dengan sedu sedan Rian menjawab... Budak lelaki itu hanya tersenyum sambal mengusap kepala budak perempuan yang baru dia temui itu... Tanpa mereka sedari ada orang yang melihat, pandangan matanya ketika itu sangat tajam dan sifat dengki mula menguasai diri kerana Hashima sudah lama suka akan budak lelaki yang tua setahun dari dia itu... Rian senang dengan layanan yang diberikan, dia merasakan seolah-olah abang-abang saudaranya yang sangat menyayanginya ada di sisi ketika itu...

Selepas bermain, Rian berjalan kaki pulang... Hashima, Haslinda, Syarmila dan Suhaila yang sudah menuggu kedatangan adik saudara mereka yang dikhabarkan duduk dibandar itu... Sampai sahaja Rian di tepi pokok manggis mereka berempat keluar dan menghalang laluan Rian... Rian terkedu, matanya mulai berair meihat kebengisan yang ditunjukkan dari kesemua kakak sepupunya itu...

"Hoi perempuan, hang memang tak tahu malu kan..." Kata Suhaila sambal menunjal kepala Rian sehingga terduduk... Mereka berempat hanya mentertawakan sahaja sambal bercekak pinggang...

"Eh, mak hang tak ajaq hang ka jangan duk menggatai sangat dengan jantan??!!!!" Hashima menjerkah di hadapan muka Rian, air mata mulai mengalir di pipi... Rian takut akan situasi yang sedang dia hadapi... Air mata kian deras mengalir...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now