Bab 32

1.8K 53 0
                                    

Deringan telefon bimbit Zakuan mematikan langkahnya untuk ke bilik air... Dia membetulkan sedikit tuala yang tersarung di pinggang dan berjalan laju menuju ke meja solek isterinya itu... Panggilan di sambung, nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya membuatkan dia berdebar...

"Assalamualaikum mama..." Hati Zakuan berdebar, segala prasangka yang negative cuba dibuang jauh namun tangannya yang menggeletar tidak dapat menyembunyikan ketakutan yang dating ke lubuk hatinya...

"Angah, ayong gaduh teruk... Surat peguam dah dihantar, peguam ayong baru datang tadi maklumkan pada mama... Shima dengan Linda masuk hospital, tolong mama pujuk ayong kamu tu ngah..." Sayu sahaja nada mamanya, Zakuan terduduk di atas kerusi kecil dihadapan meja solek isterinya... Dia mengucap panjang mendengar segala butir bicara dari mamanya itu, esakan kecil juga dapat didengari dari corong telefon bimbit... Tangannya menggeletar hebat, segala perkara negative yang ditakutinya akhirnya berlaku juga, dia tahu ayongnya itu sudah lama memberi muka kepada mak ngah dan sepupunya itu namun tindakan yang dilakukan oleh kakaknya itu menunjukkan bahawa emak saudaranya itu akan dipenjarakan dan kakak-kakak saudaranya pula akan hidup merempat...

"Angah tak boleh nak jamin mama, mama tahukan ayong selama ni diam sebab mama... Angah minta maaf mama, kali ni angah betul-betul tak boleh jamin..." Jari telunjuk dan ibu jari Zakuan diletakkan di atas hidungnya mengurut perlahan, dia buntu kerana kakaknya itu sememangnya sudah tidak mampu untuk dihalang lagi... Keluhan hanya kedengaran, Zakuan tahu mamanya juga buntu namun seglanya sudahpun berlaku dan nasi juga sudah menjadi bubur...

"Mama faham, tapi tolong la nasihatkan ayong tu ye, mama dah tak tahu nak buat apa lagi..."

"Insya Allah mama, nanti angah cakap dengan ayong..."

"Iyelah, assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..." Telefon pintarnya diletakkan kembali di atas meja solek, khabar mengenai kakak-kakak saudaranya itu tidak sama sekali mengejutkan kerana dia tahu ayongnya masih berfikiran waras dan buktinya kakak sepupunya itu masih hidup lagi... Muka Zakuan diraup beberapa kali, dia harus bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berbicara dengan kakaknya nanti kerana dia tahu perbincangan ini nanti akan meletuskan satu peperangan yang besar di antara dia dan kakaknya itu...

**********

"Kereta Lamborghini milik Rian berderu laju membelah angin, Harris yang berada di sebelah hanya diam tidak berkutik, dia sebenarnya masih lagi tidak berpuas hati akan layanan yang diberi dari Rian kepada emak saudaranya itu... Memusnahkan hidup seseorang sememangnya sesuatu yang kejam... Selepas menarik nafas dan mengumpul segala kekuatan yang ada, Harris akhirnya membuka mulut untuk berbicara...

"Kalau iye pun awak marahkan mak ngah, jangan la sampai musnahkan hidup dia... Tak cukup lagi ke awak tumbuk muka kakak sepupu awak tu lepastu awak campak kakak sepupu awak tu dalam sawah???" Harris memandang wajah isterinya dengan tenang, dia perlu bersedia untuk mendengar segala semburan api kemarahan Rian...

Dada Rian berombak, menahan amarah dari meletus... Dia sememangnya pantang mendengar nama perempuan-perempuan yang sering mencari salahnya meskipun dia tidak berbuat apa-apa kepada mereka... Cengkaman tangan di stereng semakin dikuatkan, sabarnya sudah ditakuk minima, dia seboleh-bolehnya tidak mahu berperang dengan Arris kerana hal remeh yang telah berlaku sewaktu di rumah neneknya itu namun jika Arris masih membuka mulutnya untuk mentazkirah, dia tidak akan teragak-agak untuk memberhentikan keretanya itu dan bersemuka dengan suaminya...

Harris masih menunggu jawapan dari isterinya itu, dengan tidak semena-mena amrahnya datang, jika sebelum ini dia dapat bersabar jika Rian mendiamkan dirinya namun tidak pada ketika itu kerana kelakuan isterinya itu sememangnya perlu dibetulkan...

My Wife Is Immortal....Where stories live. Discover now